Susulan Lelaki Atau Perempuan Mata Duitan

Alhamdulillah. Aku dah baca beberapa komen susulan kisah aku yang keliru kenapa aku asyik jumpa orang yang nak gunakan aku, https://iiumc.com/lelaki-mata-duitan-perempuan-mata-duitan/

Antara jawapan aku,

Aku dah report polis. Alhamdulillah dia dah tak kacau. Itupun aku menangis depan polis cakap aku takut sebab polis asalnya tak nak terima report aku.

Bila dia dah tolong aku, dia kata boleh buat sebagai cover report dan dia boleh bagi amaran. Aku tak tau apa tindakan polis, tapi, dia dah tak kacau aku.

Lelaki kedua, aku memang tolak awal2. Dah lama tak hubungi. Sebab belum apa2 dah kata nak guna jawatan aku untuk buat pinjaman.

Lelaki ke tiga, aku masih cuba pujuk dia bayar hutang aku, dan dalam masa yang sama dia macam masih cuba nak pinjam lagi duit dari aku.

Kawan perempuan tu, entah hilang ke mana. Lepas kahwin terus senyap. Rasanya pernah sekali dia cuba hubungi aku, tapi, sebab aku sakit hati, aku diamkan.

Kalau nak ikutkan, aku memang nak mereka bayar hutang aku. Berpenat lelah aku kumpul.

Buat pengetahuan juga, aku sangat lah sempoi. Tak pakai barang kemas, tak pakai baju mahal, kenderaan yang ada motor. Cuma status aku sebagai pekerja sektor awam, buat orang rasa aku banyak duit.

Aku memang tak lupakan sedekah pada keluarga terdekat. Selagi mampu aku tolong. Duit belanja parents setiap bulan aku tidak pernah lupa. Aku bagi cukup untuk parents aku kumpul beli barang2 yang mereka nak, nak baiki2 rumah di kampung.

Ye, gaji aku berbaki banyak sebab aku tak hidup mewah langsung. Aku abaikan keseronokan hidup sebab aku nak kumpul duit. Aku bujang. Aku rasa aku perlu ada simpanan masa hadapan.

Tapi, itulah. Saat aku sangka aku dah bertemu orang yang betul, aku dikecewakan. Ramai kata aku bodoh, naif. Mungkin ye. Aku terlalu mudah simpati.

Kali ini, aku berjaya tepis lagi dari meminjamkan duit pada lelaki ketiga. Aku sedar, dia betul2 cuba gunakan aku. Sanggup dia cuba pinjam lagi harta aku.

Entahlah. Kali ni, aku betul2 berdoa hari2 dilindungi dari manusia yang hanya mahu mengambil kesempatan. Sekiranya takdir aku untuk hidup seorang diri, maka, aku akan. Biarlah aku hidup bersama2 keluarga sendiri sahaja.

Terima kasih kerana bagi teguran. Aku mungkin cuma wanita biasa yang teringin ada suami dah keluarga sendiri. Tapi, rezeki aku di beri ujian macam ini.

Aku cerita menurut kisah yang aku alami. Aku tahu, tak kira jantina ramai je mata duitan. Tapi, di laman sosial, hanya diwar2kan kisah wanita jahat. Lelaki takkan mengaku ada lelaki yang macam aku jumpa. Mesti akan jadi salah perempuan juga.

Aku sedih baca komen2 hina wanita. Aku tak hina lelaki2 yang aku jumpa. Aku anggap je ni semua salah aku sendiri. Jadi lelaki, jadilah lelaki yang melindungi. Yang faham lumrah wanita memang mengharapkan belas lelaki.

Banyak mana pun harta seorang wanita, apabila dia jadi isteri, nafkahi lah dia sebaiknya. Begitu juga perempuan. Hargai suami masing2. Beruntungnya kamu dapat alami rasa punya suami, dan anak2 sendiri.

Aku akan terus cuba baiki diri aku. Aku akan cuba terus kuatkan mental dari dipergunakan lagi. Aku akan sayang diri aku lebih lagi.

Aku jugak akan simpan wang aku, pada laluan2 yang sukar nak dikeluarkan. Biarlah orang kata aku tamak. Penat aku berusaha dari kecil mencari jalan hidup senang. Akhirnya diambil orang macam tu je.

Doakan aku. Aku doakan mereka yang menipu aku juga insaf. Aku kasihan pada keluarga mereka. Mereka usaha cari rezeki untuk keluarga, tapi, cara salah.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hi Nur, bagusnya awak sangat pandai menyimpan..betul cakap awak, better simpan pada saluran yg betul dan susah nak keluarkan macam TH, ASB, Simpanan Emas dsb..awak juga boleh ambil hibah kalau belum ada..rumah pun boleh beli kalau mampu..boleh sewakan atau buat air bnb..simpanan, pelaburan dan aset perlu ada utk masa depan awak sebab itu penat lelah dan rezeki utk awak..semoga awak dilindungi selalu dan ditemukan org yg baik²..jadikan pengalaman pahit ni utk awak lebih berwaspada dan berhati² dlm berkawan..fikirkan diri sendiri sebelum fikir utk org lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *