Assalamualaikum, salam syawal kamu semua. Cukuplah saya kenalkan diri sebagai kakak. Berumur Awal 20 an. Berkahwin. Ada kerjaya sendiri. Anak je belum ada. Doakn gais supaya kakak dikurniakan anak pada waktu yang kakak benar2 bersedia agar kakak dan suami tidak abaikan hak nya.
Harini, kakak saja nak share tentang manisnya bila kita reset kehidupan ikut aturan Allah. Kakak tau kakak muda lagi tapi tak kira nak share juga. Hahaha.. Selama ni kakak rasa hidup kakak selalu terkejar2. Tak cukup masa walaupun hari cuti. Rasa tak berkat. Rasa tak cukup.
Suatu hari, di hari jadi yang ke 22 tahun, kakak berfikir dalam2, SANGAT DALAM. Sampai bila aku nak jadi macam ni. Hidup rasa resah, rasa tak cukup. Makin hari makin tua. Nanti dah ada anak macam mana. Kalau meninggal dunia apa yang aku bawa.
Jadi aku fikir aku kene reset hidup aku. Eh, macam mana tu?
1) Solat
Kakak mengaku dulu slalu lopong2 dalam solat. Jadi, kakak usaha betulkan solat dulu. Betulkan bacaan dalam solat. Faham makna dalam solat. Serius korang, tolong lah cuba sekali faham makna solat, feel dia lain.
Ingat lagi makna solat 1st yang kakak belajar surah Al Fatihah. Dalam surah tu ada makna lebih kurang tunjukkan aku jalan yang lurus. So patutlah kenapa orang yang jaga solat hidup nya berlandasan. Sebab dalam solat ada doa untuk diri. Kita je tak perasan sebab tak nak belajar maksud. Melulu je baca.
2) Kerja
Kakak kerja dalam bidang frontliner. Shift. Super busy. Terkejar sana sini siapkan doctor order dan pastikan pesakit sentiasa selamat! Solat pon terkejar. Kakak mengadu pada sorang kawan. Kakak cakap. “aku busy weh kerja. Solat terkejar. Solat aku laju kat tempat kerja. Solat hujung waktu selalu”.
Jadi, Kawan kakak nasihatkan supaya kakak doa selalu supaya Allah ringankan beban kakak. Dia juga ajar yang kita boleh solat buat rukun je. So kalau masa kerja sibuk sangat2, kakak solat buat rukun je dan solatlah dengan tenang.
3) Quran
Ni kene amalkan dengan istiqamah slow and steady. Belajar tajwid jika ada peluang. Sama juga kes solat. Jadi apa kakak buat. Kakak install apps quran online kat handphone dan letak 1 quran kecik dalam kereta.
Sebelum keluar kereta masuk kerja, baca beberapa ayat al quran yang ada dalam kereta tu. Atau mana2 masa terluang contoh time beratur kat mesin atm atau beratur tunggu giliran kat tealive ke buka quran online baca beberapa ayat.
1-2 ayat pon cukup untuk latih diri. Untuk jadikan quran masuk dalam jiwa. Semoga Al quran jadi peneman kita kelak.
4) Pengisian rohani
Jiwa perlu makanan. Cari masa buka ceramah kat YouTube ke atau mana2 sumber. Banyak. On the way pergi atau balik kerja, pergi shopping, atau pergi mana2.. Curi masa 10 min dalam kereta dengar ceramah tu atau apa2 ayat quran atau doa. Lepastu kalau rasa nak bukak radio buka lah balik.
5) Jadual harian
Selalu kita set Jadual harian kita pukul 6 pagi bangun, pukul 7 sarapan. Apa kata kita ubah cara. Allah dah susun elok ada 5 waktu solat dalam sehari, gunakan.
Contoh, sebelum subuh bangun siap2 solat. Lepas subuh mengaji sikit dan siap2 pergi kerja. Lepas asar, siap2 masak atau basuh baju atau apa2 kerja lah. Lepas maghrib, mengaji/ pengisian ilmu agama. Lepas isya’ masa dengan keluarga. Amalkan, kita akan rasa hidup teratur je.
6) Kawan2
Kawan je dengan semua orang. Tapi, cari juga kawan2 atau group yang tarik kita arah kebaikan. Supaya kita tak selalu tersasar ke arah keburukan.
Contoh mudah kakak bagi, Kakak ada join satu group, Geng Tahajud 5 Pagi. Sebab kakak sedar kakak payah sangat nak belajar bangun tahajud. Kang bila bagitahu kat kawan2 minta semangat kene cop bajet alim pulak kan hahaha paranoid betul.
Jadi lepas join group tu kakak belajar dan lagi semangat nak tahajud. Sebab kakak rasa seronok ada kawan2 macam tu, kakak rasa kakak tak keseorangan dalam perjuangan ni.
7) Sedekah dan doa
Sedekah lah kawan2, walau RM1. Apa sahaja bentuk sedekah. Dan jangan lokek doakan mereka. Doakn diri sendiri juga. Allah Maha Mendengar.
Kesannya, hari ini kakak rasa hidup kakak tenang sangat walaupun kakak tak kaya, kakak tak banyak duit. Walaupun tak banyak duit, kakak rasa cukup je. Kakak rasa terkilan kalau tertinggal mengaji atau solat sunat. Rasa bersalah kalau tertinggal solat fardhu.
Rezeki kakak, Allah bagi kakak kerja yang kakak tak perlu berkejar tentang solat. Dapat solat dgn tenang. Kuncinya buat berterusan. Cuba kawan2, reset hidup kita ikut aturan Tuhan. Dunia harini penuh dengan stress. Kita perlu ubat untuk jiwa dan diri kita.
Kakak tahu ramai orang macam kakak. Tercari2 apa tujuan hidup. Cuba ye. Kita cuba reset diri. Manatahu sekejap lagi meninggal dunia. Sekurangnya ada benda baik kita buat sebelum “pulang”
Eh, panjang pulak post. Maaf ye hehehe.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit