Sweet Psycho Revenge

Hai, salam perkenalan. Saya Kobis. Umur Kobis sekarang di lewat 20 an, dan kejadian ni terjadi semasa Kobis belajar di universiti. First sekali nak cakap sorry kalau penulisan Kobis ni panjang sangat.

Dulu, Kobis ada boyfriend, Aiman. Tapi virtual boyfriend la. Ala biasalah, zaman dulu-dulu, dekat fb pon boleh bercinta.

Kobis kenal Aiman dah nak masuk setahun. Call, whats app setiap hari, tapi tak pernah jumpa. Banyak kali Kobis ajak Aiman berjumpa, tapi dia macam-macam alasan dia bagi.

Antaranya sebab jauh, sebab dia dekat Kedah, Kobis dekat Melaka. Kobis sayang Aiman walaupun tak pernah jumpa dia lagi.

Dipendekkan cerita, Aiman curang. Perampas dalam relationship khayalan kitorang ni, namanya Yaya.

Sebelum tu nak bagitahu Aiman ni umurnya 2 tahun lagi muda dari Kobis, dan Yaya ni umurnya 3 tahun lagi tua dari Kobis. Kobis rasa Aiman ni taste dia memang perempuan lagi berusia daripada dia kot.

Aiman kenal Yaya dalam online game. Pada masa ini, Kobis baru menjalin hubungan selama 8 bulan dengan Aiman. Tapi disebabkan Kobis kadang kala sibuk dengan assignment, Kobis tak dapat meluangkan masa dengan Aiman.

Jadi, Aiman pun menghabiskan masanya dengan main game. Oh ya, Aiman ni tak kerja. Kerjanya mencintai Kobis je. Hehe gurau. Tak tahu lah kenapa dia tak kerja. Tapi sebab dia hensem, Kobis suka je. Ala, budak-budak kan.

Satu hari tu, Kobis bergaduh dengan Aiman, disebabkan apa Kobis tak pasti. Aiman mendiamkan diri, dan Kobis pun add salah seorang kawan Aiman di facebook. Kobis namakan dia Dollah. Kobis beritahu masalah Kobis dengan Aiman pada Dollah.

Dollah pun spill the tea. Dia kata patut lah dekat wallpaper desktop Aiman muka perempuan lain. Masa ni Kobis dah geram. Why Aiman letak wallpaper gambar perempuan lain sedangkan Kobis ni girlfriend dia? Girlfriend lah sangat.

Kobis pun whats app Aiman, bagi tahu apa yang Kobis tahu daripada Dollah. Disebabkan hal ni, Aiman bergaduh dengan Dollah. Dollah ni ada rupa juga la, lagi handsome dari Aiman.

Ada gaya artis korea sikit. Sambil chat Dollah, Kobis terfikir kenapa la Kobis tak couple dengan dia dulu. Dah la hensem, sopan pulak tu.

Kobis pun merajuk. Sampai hati Aiman menduakan Kobis. Selepas tempoh Kobis berdiam diri yang panjang, Aiman akhirnya telefon Kobis dan beritahu dia memilih Kobis daripada Yaya. Kobis tanya sejak bila kenal Yaya, dia kata baru 1 minggu lepas, belum pernah jumpa lagi.

Wah macam mana Kobis yang dia dah kenal 8 bulan, boleh tergantikan Yaya yang dia baru kenal 1 minggu? Siap tukar wallpaper lagi.

Disebabkan rasa tak puas hati, Kobis pun minta putus dengan Aiman. Kobis rasa terkhianati bila diduakan. Menangis-nangis Aiman masa Kobis minta putus.

Dia kata tak boleh hidup tanpa Kobis. Tapi Kobis tetap tak nak. Beberapa hari selepas tu, profile whats app Aiman terus bertukar gambar Yaya. Wah cepat betul kau move on ya.

Nak dibandingkan Yaya dengan Kobis, macam rama-rama dengan kepompong tau. Yaya tu free hair, rambut warna perang, putih gebu, sexy pulak. Selalu post gambar pakai mini skirt, mini dress, semua mini lah dekat fb dia. Tapi memang lawa lah.

Biasalah Kobis zaman darah muda kan, Kobis pergi create fake account, Kobis pergi serang fb Yaya, Kobis cakap Yaya ni perampas. Rupanya Yaya ni boleh tahan juga.

Mulut dia lagi lancang dari Kobis. Sekali tu je Kobis serang Yaya. Bila Yaya reply dengan maki hamun, Kobis pun bertukar jadi taugeh. Takut hahaha. Tapi jangan ingat Kobis buat kerja bodoh ni sekali je ya.

Selepas Yaya maki Kobis, dia post dekat wall facebook dia, sambung maki hamun Kobis. Kobis dapat rasa Aiman pun buruk-burukkan Kobis depan Yaya, itu yang Yaya sampai marah sekali.

Dekat post-post Yaya tu, Kobis baca komen Aiman. Wah dengan Aiman pun memaki hamun Kobis sekali. Padahal masa Kobis minta putus, menangis-nangis dia merayu macam anak mati emak.

Well, mendapat lah Kobis kan. Siapa suruh buat fake account pergi serang Yaya. Tapi Kobis serang sekali je. Yaya boleh dikatakan tiap hari update dekat wall dia screenshot fb Kobis, memaki hamun Kobis.

Kobis macam, eh dia ni dah kenapa. Kan Kobis serang sekali je dan tak reply. Tapi Yaya ni macam meroyan pulak. Mesti Aiman ni hasut-hasut dia.

Yang buat Kobis paling sakit hati, Kobis pernah cerita dekat Aiman yang parents Kobis bukan orang senang, ada la beberapa details kesusahan family Kobis cerita dekat Aiman.

Boleh pulak Yaya cerita dekat wall facebook dia. Lepas tu ramai kawan-kawan dia komen menghina Kobis. Masa ni Kobis down juga la, sebab Aiman ni buka aib Kobis dekat Yaya.

Kobis yang bijak ni pun beritahu abang Kobis. Abang kobis ni Paskal tau. So dia memang tegas. Kobis bagi nombor telefon Aiman dekat abang, suruh abang nasihatkan Aiman cakap dengan Yaya berhenti lah post pasal Kobis dan parents Kobis. Rupanya abang kena maki pula dengan Aiman.

Masa ni Aiman tak tahu abang Kobis ni siapa, berani lah dia maki. Abang pun geram, dia kata nak minta budak-budak dia yang dekat Kedah cari si Aiman ni. Dapat patahkan kuku pun jadi la. Kobis tak bagi, Kobis cakap nanti jadi kes lain pula. Sepatutnya kobis bagi je. Ala kuku je pun.

Beberapa hari selepas tu Kobis dapat satu message, berkenaan saman. Dalam message tu menyatakan yang Cik Kobis telah mengganggu Cik Yaya dan Cik Yaya nak kemukakan saman ke atas Cik Kobis.

Lepas dapat chat ni Kobis takut sangat. Ye la budak-budak lagi kan. Kobis dah terfikir nanti Kobis masuk penjara. Yaya pulak sindir -sindir Kobis dekat facebook dia, cakap tak sabar nak saman Kobis diiringi komen-komen menghina kakak dia dan kawan-kawan dia.

Untuk pengetahuan, Kobis dah block dah fb Yaya, Kobis tahu dia update ni pun dari facebook kawan-kawan Kobis. Sengaja Yaya setting post tu untuk public, supaya Kobis dan kawan-kawan baca. Memang kitorang baca pun, lepas tu sakit hati, huhu.

Masa ni Kobis dah stress, dengan nak final exam, dimomokkan kena saman lagi. Mana lah Kobis nak cari duit, dah lah parents Kobis susah.

Time ni lah menyesal tak sudah kenapa la Kobis pergi serang Yaya.

Kobis cerita dekat kawan baik Kobis, William. Dia chinese. William ni pun ada masanya sengal-sengal ubi macam kobis jugak. Lepas tahu, habis kerja je William terus drive selama 2 jam untuk berjumpa dengan Kobis yang dalam ketakutan masa tu.

William sampai je, Kobis terus tunjuk message tu dekat dia. William pakai iphone, Kobis pakai android je. William tengok message tu, lepas tu dia search number penghantar tu melalui true caller. Nah, terpampang muka Yaya.

Rupanya, Yaya pakai phone number dia message Kobis, tapi acah-acah jadi lawyer pulak. Eleh ingat Kobis takut. Tapi memang takut pun huhu.

Dalam kereta, William brainwash Kobis. Dia kata kenapa layan perempuan ni, kenapa serang, bla3.. Memang teruk lah kena bebel dengan dia. Yela, mana Kobis tahu nak jadi macam ni.

William dengan bijaksananya, ajak Kobis pergi balai polis, nak buat report Yaya ni mengganggu Kobis. Dalam kereta masa otw pergi balai polis tu macam-macam skrip William suruh Kobis sebut bila depan polis. Bila depan akak polis tu, memang berterabur lah cerita Kobis.

Kobis cerita la macam mana Kobis kenal Aiman, lepas tu jadi cinta tiga segi, sampai lah kes Yaya message Kobis acah-acah jadi lawyer. Akak polis tu pun pening dengar cerita Kobis, tapi dia type je apa yang Kobis tulis. Bila baca semula report polis tu, Kobis pun pening.

First time kot buat report. Dengan dalam kepala mana nak cari duit kalau kena saman. Yaya dah la kaya, rumah dia dekat Bukit Antarabangsa. Kobis ni apa pun tak ada.

Lepas dapat salinan report polis tu, William suruh Kobis chat Yaya, lepas tu cakap yang Kobis tak kenal Yaya dan jangan ganggu Kobis lagi. Short and simple. Cehh konon cara bermaruah lah tu. Haha. Kobis pun buat macam yang dia suruh.

Ingatkan lepas Yaya dapat message tu, dia berhenti la meroyan. Rupanya Yaya siap buat fake account guna gambar Kobis dan tulis bukan-bukan pasal Kobis. Kobis tahu ni pun sebab kawan Kobis bagitahu fake account tu add fb diorang.

Ya, Yaya buat fake account tulis bukan bukan pasal Kobis, lepas tu add kawan-kawan Kobis.Fake account tu cakap Kobis jual diri la, apa la itu ini.

Zaman ni zaman fb tengah up, instagram pun tak popular lagi. Memang malu lah kawan-kawan university Kobis nampak. Hmm menyesal Kobis serang Yaya.

Setelah melalui perbincangan yang panjang, William setuju pura-pura jadi boyfriend Kobis, kononnya nak tunjuk Kobis dah move on lah.

Bila fikir balik, Kobis pun tak faham kenapa William ni setuju je ikut plan kurang bijak Kobis. So kitorang pun buat la relationship status dekat fb and set to public. Masa ni Kobis tak kisah dah sedara mara Kobis ke, kakak Kobis nak tengok ke. Lantak lah sana.

Lepas buat relationship tu, beberapa jam lepas tu kitorang scroll fb Yaya, dengan William2 sekali kena maki berjemaah dengan Yaya dan kawan-kawan dia hahaha. Kesian William tak tahu apa, tiba-tiba fb dia kena screenshot dan kena maki berjemaah.

Dengan sengal-sengal ubi William tu, dia pergi google gambar kereta Honda, lepas tu dia post dekat wall dia. Kononnya tu kereta dia baru beli, padahal pakai Myvi je.

Kobis yang tak matang ni pun, melayan la sekali komen dekat gambar tu, wish tahniah lah, tak sabar nak naik la, boyfriend kan. Kawan-kawan William pun komen. Kobis tak tahu la kawan dia komen apa sebab diorang tulis dalam bahasa cina.

Konon masa ni dah menang la, Kobis ada Honda. Kau ada apa? Tapi kegembiraan kitorang sekejap je. Hebatnya Yaya masa tu, dia boleh tahu tu gambar google. Yaya screenshot post william, screenshot gambar google dan post sindir-sindir William dengan Kobis dekat wall dia.

Lepas tu dia upload gambar dia dan kereta dia. Yaya ada BMW. Anak orang kaya kan. Malu gila Kobis masa tu huhu. Dengan Aiman2 sekali rancak komen dekat post tu. Bahasa diorang tak payah cakap la, memang kasar. Yang kelakarnya, dia kata William pun fake account.

Dia kata Kobis buat fake account guna nama William, pastu buat fake relationship dengan Kobis. Sad kan. Ni semua salah William, siapa suruh dia pilih gambar google lepas tu post dekat wall.

Kan Kobis dengan dia dah malu. Dia tu tak apa la, orang ingat tak wujud. Kobis ni, dengan kawan-kawan Kobis sekali rajin stalk si Yaya ni. Malu Kobis huhuhu

Tak matang masa tu kan, mana boleh kalah. Kobis tak apa la tak matang, masalahnya William ni pun sama, padahal dia tua 3 tahun dari Kobis. William ni programmer, so dia pandai sikit la bab IT. Dia pergi hack fb si Aiman pulak.

Masa zaman ni, security fb tak kuat macam sekarang. Fb Kobis pun pernah kena hack dengan William time dia saja try main-main. Geram betul masa tu. Kobis tak tahu la apa istilahnya ntah dia buat phishing attack ke apa, kitorang boleh log in fb Aiman.

Haa dari sini la ceritanya bermula. Malam tu, William datang dan ajak Kobis lepak kat Mcd. Masa ni Kobis dah duduk menyewa dekat luar, so bebas lah sikit. Entah kenapa William rajin pulak melayan drama Kobis ni. Mungkin dia pun geram lepas kena maki berjemaah.

Sampai je William dekat Mcd, dia terus on laptop dia. Dengan berhoodie hitam dan dengan spect kanta tebal, William sebiji macam watak hacker dalam movie yang Kobis tengok haha.

Dalam hati Kobis cakap, handsome jugak William ni sebenarnya. Tapi Kobis pelik kenapa William tak nak sebarkan kekacakan dia dekat fb.

Profile picture pun gambar kura-kura.

Bila Berjaya log in fb Aiman, kitorang baca conversation Aiman dengan Yaya, wow rupanya diorang berdua dah berjumpa. Time dengan Kobis dulu, bukan main liat nak jumpa kan. Dengan Yaya ni laju je, tahu lah Yaya tu sexy gebu. Dari conversation tu, baru Kobis tahu, gatal juga Aiman ni.

Masa dia jumpa Yaya dia dah pegang tangan, dah peluk cium semua. Lepas tu boleh pulak diorang berdua bercerita pasal 18sx dalam conversation tu. Kobis apa lagi, semua Kobis suruh William printscreen dan hantar pada Kobis. Sampai pukul 2 pagi kitorang lepak Mcd tu.

Nasib baik malam minggu.

Memang betul lah Aiman tokok tambah cerita, dia kata dia tinggalkan Kobis, Kobis tak move on dan selalu ganggu dia dan kawan-kawan dia.

Eeee perasan betul. Kitorang scroll lagi conversation diorang berdua, ada Yaya mengadu dia marah-marah Aiman pasal Kobis.

Lepas tu Aiman cakap, dia nak balas cara halus dekat Kobis, maksudnya nak hantar sihir. Yaya pun cakap, ok cepat sikit. Wah kau Yaya, sudah lah merampas, nak syirik pula kau ya.

Masa ni Kobis rasa, screenshot conversation tu saja tak cukup untuk Kobis ugut yaya. Mesti ada sesuatu yang lebih dalam pasal dia Kobis kena tahu.

Kobis buat lagi satu fake account. Masa ni Kobis dah habis final exam dan tengah cuti sem ya, jadi masa Kobis agak lapang untuk buat benda tak berfaedah ni.

Ok berbalik tadi, Kobis buat fake account, Kobis letak gambar model perempuan, Kobis namakan dia Hilda. Sebab melalui post-post Yaya, ada sorang mamat yang selalu komen dekat post Yaya dan ada beberapa gambar diorang berdua. Mesti best friend Yaya ni.

Nama kawan baik Yaya ni Jason.

Kali ni Kobis bijak sikit, gambar untuk fake account tu Kobis tak cari kat google dah, Kobis cari dekat instagram. Lepas tu, Kobis grow kan account tu. Kobis cari kawan-kawan, Kobis cari follower. Kobis rasa Kobis ambil masa 1.5 bulan kot untuk growkan account tu.

Kobis buat engagement dengan fb orang lain. Birthday orang Kobis wish, gambar orang Kobis komen, Kobis chat. Ada beberapa orang Kobis targetkan untuk adakan engagement dalam fb.

Dan Kobis rajin juga post gambar-gambar kononnya memasak, gambar shopping dan gambar selfie. Sejenak Kobis rasa, best juga fake account ni.

Kobis post gambar maggi Kobis sendiri masak pun, beratus orang komen. Kalau post dekat fb Kobis sendiri, mesti 2-3 orang atau William je yang komen haha.

William tak tahu pun plan Kobis ni, kalau dia tahu confirm dia membebel dekat Kobis. Tambahan pula, mesti dia takkan bagi. Berbalik dekat fake account nama Hilda tu, sengaja Kobis pilih tarikh birthday selepas 2 bulan Kobis buat fb tu.

Cukup masa untuk semua engagement yang Kobis buat, pulang ke Kobis semula. Ada beberapa orang kawan-kawan Jason Kobis add dan engage.

Seperti yang Kobis jangka, bila tiba birthday fake account Hilda, banyak yang post wish birthday dekat wall tu. Ada yang tag Kobis, ada yang bagi gambar.

Ada yang panggil Kobis sister, macam adik Kobis. Kawan Jason pun ada komen wish birthday. So nampak macam real account dah. Selepas cukup yakin, Kobis add facebook si Jason ni.

Selepas Jason approve, Kobis tak mulakan perbualan pun, Kobis cuma like je gambar-gambar dia. Tak nak nampak obvious sangat. Lepas tu Kobis pun masuk uni semula, sambung semester ke berapa entah. Kobis sampai lupa dah Kobis ada fb sendiri, syok juga pakai fake account ni.

Terfikir apa-apa, post je. Ada je orang komen. Sampai lah satu masa Jason chat Kobis. Haaa dekat sini lah catfishing game Kobis bermula. Sambil-sambil time study tu, Kobis chat la Jason. Siang malam Kobis chat dia.

Kobis pun kadang-kadang lupa Kobis ada misi yang nak dibuat. Sampai lah satu hari keluar dekat wall Kobis, Jason komen dekat post Yaya.

Post Yaya tu post yang sedih lah, Kobis tak ingat details dia tulis apa. Lepas tu Jason komen bagi kata-kata semangat dekat Yaya, ewah.

Time ni la Kobis cucuk jarum. Kobis screenshot, lepas tu Kobis bagi dekat Jason and pura-pura tanya kenapa you komen macam ni. Jason pada mulanya macam tak nak cerita, Kobis layankan aje. Benda macam ni tak boleh paksa hehe.

Sampai la larut malam, finally Jason buka cerita pasal Yaya. Diorang bestfriend lama dah, dia cerita Yaya ni baik sebenarnya. Tapi dia tersalah pilih boyfriend. Kobis konon menjadi pendengar setia.

So cerita punya cerita, rupanya Yaya ni dah ada boyfriend dah, Bard nama dia. Lepas tu Yaya jumpa Aiman dalam game, Yaya saje-saje try Aiman ni. Bard ni sejenis panas baran, tapi Yaya ni still lagi nak dengan Bard ni sebab Bard ada hutang Yaya dalam 10k macam tu.

Yang Yaya post status sedih tu pun sebab kena lempang dengan Bard lepas Yaya maki dia dan tagih hutang. Kobis tanya lagi, Aiman macam mana. Jason cakap, Aiman ni lagi haprak tak guna huhu. Kobis tanya Jason, kenapa cakap Aiman macam tu.

Rupanya, masa diorang berjumpa tu, Yaya tipu family dia, dia kata pergi tidur dekat rumah kawan. Rupanya dia check in kan hotel untuk dia dengan Aiman. Bilik asing-asing ya. Malam tu selepas diorang tengok wayang, Aiman datang bilik Yaya.

Kononnya nak berborak, lepas tu Aiman tiba-tiba tolak Yaya atas katil dan naik ke atas Yaya. Tapi Yaya sempat tolak Aiman semula, bangun dan lari keluar.

So, Yaya terselamat dari jadi mangsa r***** Aiman. Ternganga Kobis masa ni. Nasib baik lah Kobis belum pernah lagi jumpa Aiman. Kalau Kobis jumpa dia, tak tahu lah apa nasib Kobis.

Dengar cerita ni, Kobis jadi kesian pula dekat Yaya. Tapi Kobis ada misi. Misi menghentikan kegilaan dia merapu pasal Kobis dengan William dekat wall facebook dia.

Ya, walaupun dah 4 bulan Kobis putus dengan Aiman, dia masih lagi merapu dekat wall dia. Tak cukup pampangkan muka Kobis, dia hina pula parents Kobis. Cakap pasal dalam kain lah, Kobis ni bohsia la, entah apa-apa.

So malam tu, pakai account Hilda, Kobis chat Yaya, Kobis screenshot je apa yang Jason tu cerita dekat Kobis, dengan screenshot conversation jijik Yaya dengan Aiman.

Kobis ugut Yaya, Kobis cakap Kobis dah ada location dia (melalui William tracking ip address) dan Kobis bila-bila masa boleh jumpa parents dia dan Bard untuk reveal semua tu. Tempat kerja Bard pun Kobis dapat tahu.

Biasalah perempuan kalau stalk kan macam CSI. Memang Kobis kena carut lah dengan Yaya masa tu hahaha.

Dengan Jason sekali carutkan Kobis. Jason maki Kobis sebab dia gaduh teruk dengan Yaya dan Yaya block dia. Tapi Kobis relax je, Kobis terus block Jason tu. Kobis da habis gunakan dia. Now fokus Kobis kepada Yaya. Kobis bagi kata dua je dekat dia.

Dia post secara terbuka minta maaf dekat Kobis atau Kobis hantar screenshot ni dekat facebook mak ayah, Bard, adik beradik dan sedara mara dia. Sebab dekat account Hilda tu Kobis dah mutual friend dengan circle Yaya.

Time ni baru dia merayu dekat Kobis jangan buat macam tu dan setuju dengan permintaan Kobis. Time genting macam ni, Kobis rasa kalau Kobis ugut sambil minta duit pun Yaya akan bagi huhu.

Lepas sesi ugutan tu, terus Yaya delete semua post memburukkan Kobis dan post satu status yang panjang meminta maaf pada Kobis dengan kawan-kawan Kobis yang dia burukkan. Puas hati Kobis. So tamatlah cerita pasal Yaya.

Aiman. Ingat Kobis nak lepaskan dia macam tu je? Memang tak lah. Kobis guna fb Hilda tu, Kobis bagitahu yang Kobis ni kakak saudara Yaya. Kobis ada kelebihan kat situ sebab Kobis tahu detail cerita apa yang terjadi antara Aiman dengan Yaya.

Merayu-rayu Aiman dekat Kobis supaya jangan report polis. Lepas tu Kobis terus block dia. Tak cukup dengan tu, Kobis tunggu pukul 12 tengah hari. Sebab kaki game macam Aiman ni, waktu tidur dia siang. Malam baru berjaga.

Kobis log in fb dia, Kobis post screenshot-screenshot jijik dia dengan Yaya. Tapi Kobis blurkan nama Yaya tu. So, memang ramai la kawan-kawan game, family dia nampak post tu dan komen. 2-3 jam lepas tu, fb dia hilang.

Mungkin dia delete sebab terlampau malu. Seminggu lepas tu, baru dia buat fb baru. William ada tanya Kobis, macam mana Yaya boleh delete semua post pasal Kobis, Kobis cakap tak tahu. Kawan-kawan Kobis tanya pun Kobis cakap tak tahu.

So tamatlah cerita gila antara Kobis, Yaya, Aiman dan William. Kobis pun dah kerja sekarang. Bila lepak-lepak dengan William, selalu teringat benda ni. Tapi, sampai sekarang William tak tahu kenapa Yaya dan Aiman tiba-tiba delete post merapu tu huhu.

– Kobis Bukan Nama Sebenar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *