Sweet Psycho Revenge II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sweet-psycho-revenge/).

Hi terima kasih lagi sekali admin, kalau admin siarkan confession Kobis yang kedua ni. Kat sini Kobis nak letak disclaimer, kalau acik-acik atau akak-akak yang suka baca cerita pasal KRT, biawak hidup, suami curang, Kobis mintak tak perlu lah baca confession Kobis.

Sebab Kobis ni single lagi, rumah dan tangga je yang Kobis ada dekat kampung tu. Rumahtangga sendiri belum lagi. Yang menyesal baca confession pertama pun, tak perlu baca confession ini ya.

Sebenarnya, lepas Yaya delete post-post tu, Kobis dapat satu whats app daripada Aiman. Aiman minta maaf merayu dekat Kobis dia minta Kobis maafkan dia. Aiman kata hidup dia tak tenang selepas tinggalkan Kobis.

Pelik Kobis, dia yang nak sihirkan Kobis, tiber dia pulak yang tak tenang. Kobis tak reply pon. Lagipun masa dapat message tu Kobis tengah berjimba dekat bilik karaoke dengan kawan-kawan Kobis, memang malas lah nak layan dia.

Lepas tu Kobis pun meneruskan hidup Kobis macam biasa. Kalau korang sebaya dengan Kobis, zaman-zaman baru facebook nak up, kan kita suka stalk-stalk facebook orang kan.

Facebook crush, kawan, even lecturer pun kita stalk. Ala sekarang pun kalau ada keperluan, kita masih akan stalk kan fb atau social media orang kan. Ye, korang lah tu.

Berbalik cerita, masa tu Kobis acah-acah popular, Kobis terjumpa satu page ni dia share quotes yang berbunyi, “Hello stalker. I’m doing fine. Thanks for checking up on me,”.

Wah kobis yang perasan ni, Kobis download la quotes tu dan letak dekat Kobis punya cover photo. So kalau sesiapa yang buka profile Kobis, nampak quote tu terpampang besar dekat profile Kobis. Haa, kan terasa orang yang stalk tu. Ha giteww.

Beberapa hari lepas Kobis tukar cover photo tu, kawan-kawan Kobis report ke Kobis, dia kata Yaya pun tukar cover photo, pakai gambar quote yang sama macam Kobis. Kobis tukar pada 9 October, Yaya tukar pada 11 October.

Tak cukup dengan tu, Yaya post status dia kata ada orang suka stalk dia, dan mengidolakan dia. Tapi dia tak mention Kobis pun. Masa tu Kobis dah rasa Kobis menang, so Kobis biarkan aje la, malas nak layan.

Mungkin dia memang attention seeker dan sunyi. Kesian dia, tapi ok la sedih-sedih dia boleh menangis dalam BMW. Masa Kobis kena kecam dengan dia ni, Kobis mampu menangis dalam bas aje.

Pernah satu hari Kobis menangis lepas baca post Yaya dalam bas. Ada African foreigner duduk sebelah Kobis. Dia nampak Kobis menangis, terus dia buka bag dia dan hulurkan Kobis coklat snickers tu. Sweet kan.

Terima kasih la dekat foreigner tu, sebab masa tu Kobis memang lapar. Time tu jugak Kobis makan. Mesti foreigner tu ingat Kobis menangis sebab lapar tak makan huhu.

Siapa yang biasa bergaul dengan student foreigner ni (African mostly) mesti tahu perangai diorang ni memang sweet-sweet gitu.

Tapi kes Kobis menangis sambil makan coklat sebelah mamat Africa tu habis kat situ je la. Korang tak payah nak ship kan kobis dengan mamat Africa tu pulak.

Fast forward, selepas 2 tahun kes tu, Kobis tamat belajar dan dapat kerja dalam bidang yang sama. Kobis dapat kerja dekat KL. Masa Kobis nak cari rumah sewa, Kobis post dekat group facebook rumah sewa.

Selepas post, muncul lah owner rumah ni, dia offer bilik sewa berharga Rm300 dengan jarak kaki ke stesyen LRT selama 4 minit. Kebetulan tempat kerja Kobis betul-betul berhadapan dengan stesyen LRT.

Tanpa berfikir panjang Kobis pun terima je sebab Kawan Kobis pun ada menyewa dekat Kondo area situ. Senang la nanti Kobis nak menyusahkan dia.

Lepas pindah, hampeh betul Kobis kena game. Rupanya Kobis kena jalan kaki selama 17 minit untuk ke stesyen LRT berhampiran. Dengan kena lintas jalan besar, kena lalu kawasan anjing melepak lagi dekat belakang rumah kedai.

Bila sampai dekat stesyen LRT, memang berpeluh habis lah Kobis. Kalau time mood anjing tu tak baik, habis Kobis kena kejar sampai cair make up Kobis. Banana split pun boleh jadi cekodok kalau hari-hari kena macam ni.

Penat lah nak pergi kerja pun kena fikir mood anjing. Rupanya jarak 4 minit tu kalau naik kereta. Kenapa la dia tak tulis siap-siap tu jarak kalau naik kereta. Hampeh punya tuan rumah. Salah Kobis jugak tak tanya betul-betul.

Masa tu Kobis belum beli kereta, so Kobis naik grab je lah hari-hari pergi kerja. Ada lah dalam Rm16 sehala. Satu hari tu, time Kobis dalam grab, ada satu fake account nama Tomato hantar chat ke Kobis.

Kobis pun reply, ”who are you,” Eleh speaking la sikit, baru rasa best kononnya.

Terus fb tomato tu reply, ni Aiman lah. Dalam hidup Kobis kenal 2 orang je Aiman, Satu Aiman Tak Kisah, lagi satu Aiman Tak Guna. Ni confirm Aiman Tak Guna.

Tapi saje je Kobis acah-acah tak kenal. Lepas tu Aiman terus bagi detail diri dia. Kobis pun iyakan aje lah. Dia tanya khabar, Kobis reply  ‘I’m good’. Eleh masih nak speaking konon. Masa kerja ni Kobis dah reti make up, so cun lah sikit.

Saje Kobis selfie sebelah muka, nampakkan Kobis punya lesung pipit lepas tu send dekat Aiman. Saje je nak bagi Aiman tengok apa yang dia terlepas. Eceh.

Aiman cakap Kobis cantik sekarang. Melambung dia puji. Grab yang Kobis naik tu kereta Bezza, tapi dia letak langsir warna gelap dekat tingkap.

Berbekalkan skill ambil gambar Kobis, nampak macam Kobis dalam kereta mewah. Padahal 10 kali juga adjust tempat duduk tu.

Driver tu mesti berbulu je tengok Kobis macam memerang dok snap2 setiap angle dalam kereta dia. Aiman cakap “untung la kerja hebat, ada driver pergi kerja,” konon nak beramah mesra la tu.

Kobis cakap “Eh tak lah, ni company bagi je..” Kobis saje humble bragging (berlagak secara merendah diri). Wahh kuat berangan kau Kobis.

Naik grab pun sebab kena kejar anjing, kalau tak mesti kau ketiak masam je kan pergi kerja.

Lepas tu Aiman mintak phone number Kobis, terus Kobis block dia. Padan muka dia. Ingat Kobis nak dia lagi ke. Dulu ye la Kobis tak matang sanggup bergaduh entah apa-apa sebab dia.

Sekarang Kobis sanggup terjun masuk dalam lombong lah dari get back dengan dia. Kalau boleh diputar masa pun Kobis tak nak kenal dia huhu.

So, sampai situ je lah pengakhiran cerita Kobis dengan Yaya dan Aiman. Kobis baca tau satu-satu komen korang. Ada yang kata kitorang bunch of clowns. Tapi Kobis tak marah pun, memang Kobis akui masa tu Kobis tak matang.

Lagi pulak masa tu zaman uni, ada kawan-kawan kepala sama-sama tak matang asyik mereport status Yaya ke Kobis aje. Ala korang pun kalau check status fb lama-lama tu, tulis mengarut-mengarut juga kan.

Ha samalah Kobis pun. Baru kenal sosial media lah katakan. Sakit perut nak berak pun nak tulis dekat fb. Yang peliknya, dulu ada je orang komen huhu.

Next, ramai yang komen Kobis ni Butan. Butan adalah penulis kegemaran Kobis, selain Mus yang pernah tulis confession peninggalan arwah tu.

Kobis bukan Butan, sebab roommate Kobis semua lurus bendul. Lepas tu semua single macam Kobis hahaha. Mungkin sebab tu kitorang jadi roomate. Biar sama-sama sendu.

Time orang-orang lain pergi dating malam minggu, kitorang terperuk dekat bilik gelap2 tengok cerita hantu sambil makan megi.

Roommate Kobis tak ada dalam selimut sebab diorang semua pakai comforter, ajet ajet sejuk duduk oversea. Padahal dalam bilik kolej pakai kipas lekat dekat dinding tu aje. Last-last comforter tu diorang gulung-gulung masuk plastik and simpan atas locker aje.

Kembang tau Kobis bila disamakan dengan Butan. Kalau macam ni Kobis dah kena upgrade tukar jadi Salad lah pulak hehe.

Ada yang tanya William tu programmer setakat itu aje ke. Sebenarnya Kobis pun tak berapa tahu skill William ni macam mana dan tahap mana. Beberapa tahun lepas, William post status gambar screenshot message conversation dari phone dia.

Penuh dengan chat orang pm dia suruh dia hack fb orang, suruh dia recover account, minta tolong itu ini. Dekat post tu dia tulis dia tak boleh buat sebab dia programmer je, bukan hackers. Lepas tu ada status dia macam ni,

“Why do you think we can help you -idk, since we don’t know nothing about you. What if you are a spammer and you target is a right person? We have a head, and we also have brain to judge this thing. And besides, request like you we are full.We need another life to complish all,”

Tak pasal-pasal Kobis pergi profile William and cari post ni balik. Kobis pun tak faham kenapa dia guna “We” kat status tu. Macam ramai pulak geng dia. Bila Kobis tanya, dia cakap dia programmer makan gaji je.

Pasal fb Aiman, fb Kobis dulu tu tak tahu lah macam mana dia boleh hack. Kalau pasal kerja, William malas nak cerita dekat Kobis. Satu sebabnya sebab Kobis tak faham. So dia explain lah 10 kali pun mesti Kobis takkan faham.

Subjek lain otak Kobis cepat tangkap, tapi bila benda melibatkan computer, kod-kod ni otak Kobis auto jadi slow macam sloth. Korang kalau pernah nampak sloth tu macam mana, boleh lah google. Macam tu la otak Kobis bila kena belajar pasal IT.

Ada masa semester keberapa Kobis tak ingat, kitorang diwajibkan ambil subjek c++ programming tau. Nak tak nak kena daftar, dan datang kelas. Memang tersiksa jiwa raga Kobis dalam kelas tu. Lepas siap buat coding, time nak “run” tu asyik error je. Stress mak.

Tapi lecturer Kobis handsome, ada la juga penguat semangat Kobis nak datang kelas. Nasib baik seminggu sekali je kelasnya dan tak ada final exam.

Nasib baik juga Kobis ada William. Kobis berjanji bulan bintang dengan dia, minta dia tolong berkenaan assignment Kobis dengan kawan-kawan. Mula-mula bising jugak dia, dia ajar banyak kali tapi kitorang tak paham last-last dia yang buatkan.

Dari assignment individu, sampai ke tugasan berkumpulan, semua dia buat. Kitorang tolong compile je hehe.. Masalahnya sambil-sambil buat tu dia dok merungut cakap benda senang je ni, apa yang susah sangat bla3 dia basuh Kobis dengan kawan-kawan Kobis.

Ikutkan Kobis nak aje lepuk dia tapi kena la sabar sebab dia sudi tolong kitorang kan huhu. Lepas tu depan kawan-kawan Kobis kena la cover sikit.

Bila habis semester tu nasib baik dia tak tuntut bulan dengan bintang dari Kobis, upah Mekdi je. Senang jaga William ni, hehe.

Ada yang tanya kenapa Kobis tak ngurat William. Sebenarnya Kisah Kobis dengan William ni panjang juga. Dengan perangai sengal ubi entah apa-apa dia tu, banyak kenangan Kobis dengan dia.

Kobis malu nak cerita dekat sini sebab Kobis rajin juga komen-komen dekat confession IIUM Confession, tapi malangnnya masih tak pernah dapat top fan huhu.

Kadang-kadang Kobis perasan William like komen Kobis. Dah la Kobis komen dekat kisah KRT orang lain. William pernah pesan kat Kobis tak payah la sibuk-sibuk rumahtangga orang lain. Kobis cakap ala da orang minta pendapat, Kobis bagi je la pendapat.

Kadang-kadang orang single punya pendapat ni lagi bernas tau sebab tak terikat dengan emosi sesiapa. Confession first Kobis hantar tu, Kobis tak komen dan tak like langsung. Kot nanti naik kat wall dia, habis la kantoi Kobis.

Amboi korang nak cerita happy ending macam dalam novel je ya. Kalau lah hidup tu seindah novel, mesti sekarang ni Kobis tengah candle light dinner sambil tersenyum tersipu malu depan William. Tapi realitinya, Kobis dengan Willaim kawan baik je.

Surat sebanyak 5 helai William tulis ke Kobis pun, masih ada lagi Kobis simpan kemas dalam kotak. Tak faham macam mana dia boleh tulis surat panjang-panjang macam tu. Dah la banyak typo, nasib baik tulisan dia cantik. Orang kidal memang tulisan cantik eh?

So sekarang ni, Kobis dan William sama – sama single. Umur William dah 32 tahun. Tapi tak nampak macam 32 pun sebab dia tinggi.

Pernah nampak tak kentang jual dalam bundle jaring-jaring warna kuning dekat supermarket tu? Ha macam tu la Kobis. Jauh beza nak digandingkan dengan William.

2-3 hari lepas baru Kobis melepak jumpa William, Kobis suruh dia kahwin, dia suruh Kobis kahwin dulu. Dia kata dia hanya akan kahwin kalau Kobis kahwin.

Hmm nampaknya kitorang berdua mereput la sampai tua. Tak pa lah, lagipun kitorang dah plan dah nanti nak duduk rumah orang tua sama-sama, petang-petang main catur sama-sama bawah pokok mangga. Ni serious talk tau.

Lastly, Kobis nak tanya, korang dah masak Kobis masak lemak ke belum tu? Harapnya confession ni dapatlah menjawab persoalan korang dekat ruangan komen hari tu ya. Hihi baii..

– Kobis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *