Sweet Talker vs Stalker

Assalamualaikum. Kisah aku bermula zaman universiti. Aku seorang yang tak pernah ada pasangan, bagi aku berpasangan menghabiskan banyak masa dan duit dan memerlukan komitment yang agak memeningkan kepala. Memandangkan aku seorang yang tak boleh fokus dua benda dalam satu masa jadi aku ambil pendekatan untuk hidup ‘single’ sebelum ‘plural’.

Ringkas cerita. Setelah hadir satu program bersama kenalan rapat, aku disapa seseorang. Since tu kami kenal dan mula ada rasa nak kasih sayang. Aku seorang yang punya perancangan dan bersungguh bila melibatkan benda-benda besar. Jadi aku dah set hala tuju hubungan tu supaya kelak tak membazir usia kedepan.

Awal pengenalan aku memang tak ambil peduli sangat. Tapi bila dah sayang semua benda aku akan cakna. Kira dah masuk list keutamaan aku. Macam orang bercinta lain-lain jugak. Aku akan tanya kabar dan lain-lain perkara kongsi sama-sama. Mula-mula kami just kenal melalui laman sesawang, lepas aku like satu gambar yang dia ambil masa program yang sama aku dan dia hadir.

Masa ni dia tengah buat side income photography.. Terus dia pm aku nak kenal dan setelah beberapa lama kenal dia terus terang tujuan nak buat isteri. Kes nak buat isteri la aku layan. Kalau ajak cinta lama-lama konferm dah kubur awal. Kalau korang nak kecam percaya cinta laman sesawang ni. Ye aku percaya jika Allah takdir dan gerakkan. Tapi percaya jugalah pada aku.. Sebab aku jenis bukan senang nak sayang someone dan percayakan entah sesape..

Aku tegas bab-bab ni walau aku kurang pengalaman. Tapi firasat aku kuat. Setelah sekian lama kenal, ada ketika sifat dan perhatian dia mula berubah. Banyak janji-janji sweet dia tu dah berpaling tadah. Aku ni bukan la budak susah nak faham orang lelaki walaupun tak pernah ada pengalaman bercinta. Masuk tahun akhir aku di universiti, aku dah maklum pada mak niat aku next. Dalam masa sama, aku dah mula pelik dengan dia.

Bila bercakap soal kawin dah mula ada kurang minatnya. Kengkadang dia tak melayan mana, sedangkan sebelum ni dia yang beria.. Kengkadang aku legakan hati sendiri dengan kata dia ni duk bz sambung study, biasa takkan ada masa banyak untuk sesama tanya kabar. Tapi tu tak membuatkan semangat aku kurang untuk selalu ada dan support dia. Dia pun selalu kongsi cerita. Macam biasa tak ada apa2x. Hari-hari tak pernah lupa aku. Cuma ada dua tiga perkara yang mula buat aku syak dengan dia. Perasaan ni biasa orang perempuan memang kuat “perasaan dicurangi” Aku tak sembur terus..Aku kena siasat dulu sebelum buat tuduhan. Jadi aku stalk dengan cara aku.

Sweetnya bila dia tak pernah tak sweet bila sembang dengan aku. Selalu sayang dan rindu. Aku pun makan la jugak gula dia, telan la hari-hari. Padah bercinta. Nak jadi cerita, aku dah tahap tak boleh bersangka baik dengan perubahan dia. Then aku mula la cari segala sumber sehingga lah aku klik satu gambar ig sahabat dia, keluar gambar hari first akad nikah dia. Aku scroll lagi ig. Fuhh.. Jantung remuk, hati derai rasa.. Tapi aku tahan juga sebab minggu aku dapat tahu tu minggu final exam.. Tahan la hati.. Nak maki benda dah jadi.. Sakit kau yang duk cari sendiri..

Aku mula menidakkan cinta aku rasa. Mula dah nak slow-slow undur diri. Mula tenangkan hati sendiri. Mula cari Tuhan bila dah kena batang hidung sendiri. Dia pulak hari-hari tak putus tanya kenapa aku dah banyak diam.. Aku just reply bz dengan minggu exam. Ada sesekali aku tanya “awak ada tak nak jujur apa-apa dengan saya? ” sampai tahap tu.. Dia masih tak berterus-terang. Dia masih macam biasa..

Aku scroll lagi tarikh nikah dia dengan tarikh aku duk wassap dengan dia. Dah 8 bulan.. Remuk hati Tuhan je tahu. Aku rasa aku buat dosa free 8 bulan dengan suami orang. Wallahi kalau aku tahu aku tak teruskan lagi, aku tak niat nak sakitkan isteri dia. Aku takkan hidup untuk bahagiakan diri aku. Aku lagi rela derita untuk kebahgiaan orang lain. Itu prinsip aku. Aku pegang kemas-kemas.

Habis sahaja paper akhir, tahun akhir.. Aku wassap dia sepatah setelah beberapa lama aku membisu cari ketenangan aku sendiri. Aku still tanya soalan yang sama “awak ada apa-apa tak nak jujur dengan saya”. Sakitnya bila baca. “takde.. Kenapa ni…. ” rasa nak ambil je lori bertan-tan gilis kepala dia. Aku tampal gambar yang aku dah screen shot dari ig sahabat baik dia. Aku tulis pendek “dalam panjang-panjang penjelasan yang akan keluar lepas ni. Kenapa susah betul nak jujur dengan benda besar macam ni? ” dia pun tahu aku paling pantang dengan manusia yang tak JUJUR.

Tak lama lepas tu banyak masuk call. Aku masih tak kuat nak dengar suara dia memujuk. Aku matikan semua call. Wassap aku tak reply. Aku perlu masa untuk diri. Wassap masuk banyak dengan ucapan bersalah dan mintak maaf. Ye.. Dia la lelaki pertama yang berjaya buat aku nangis pasal lelaki.. Huhh.. Masa tu rasa banyaknya masa aku buang untuk manusia. Tuhan nak tegur tu, Tuhan nak tegur.. Aku bangun solat malam-malam mintak ampun dengan Tuhan, walau aku tahu sepatutnya aku mintak maaf dengan isteri dia.

Sesi memujuk dan terus terang berpanjangan. “cukup la sampai sini.. Apa awak ingat 8bulan tu singkat? Banyaknya dosa saya dekat isteri awak.. ” penyesalan aku.. Dia masih tak putus asa. Dia call satu malam. Cakap nak balik bincang dengan family dan isteri. Nak ambil aku jadi isteri kedua. Terkedu wehh.. Terkedu..

Dalam masa sama.. Aku rasa dia betul sayangkan aku. Dalam masa sama aku berperang dengan perasaan syaitan aku. “Takyah la.. Cukup la.. Sebelum ni awak ada masa buat pilihan.. Awak dah pilih pun.. Lepaskan lah saya.. Saya boleh bina hidup saya sendiri, saya takkan bina bahagia saya atas derita orang lain..”.

Bukan satu yang aku mampu untuk bermadu kasih. Aku banyak diam. Muhasabah diri, aku dah penat rendam air mata.. Aku bangkit sendiri. Aku jauhkan dia dari hidup aku. “Kita jumpa.. Sekali je.. Nak mintak maaf depan-depan” konon-konon lagak lelaki macho la kot. Aku setuju. Sudahnya pertemuan tu takde pun kata maaf. Aku tengok kau, kau tengok aku.. Menagis pun takde.. Nak sweet-sweet pun takde.. Aku makan dan shooping macam orang takde hati. Sebenarnya aku tak kuat. Tapi aku kena kuat. Dan bataskan, tu laki orang tu..

Masa berlalu. Sehingga la aku selamat pulang ke pangkuan keluarga balik. Dia ada je muncul selalu wassap tanya kabar. Kengkadang aku dah tahap tazkirah ceramah UAI dah peringat kat dia. Amanah dan tanggungjawab dia bukan pada aku. Dia duk mengadu tak bahagia.. Perempuan tu bukan pilihan dia.. Pilihan mak dia.. Pulak dah dia nak drama ngan aku. “Ada hikmah.. Pilihan mak, restu mak.. Tu lagi baik dan akan jadi terbaik satu masa nanti.. ” Aku pun bukan baik sangat. Kadang-kandang aku kalah juga sembang dengan dia. Aku still perli-perli supaya dia sakit lantas jauhkan diri dari aku.

Sampai satu tahap aku dah tak boleh fikir. Aku menipu kata aku dah kawin. Cerdik buat la macam mana cara mintak dia jauh dari hidup aku. Sekejap selama beberapa tahun hilang dia.. Sehingga la aku rasa dosa menipu. Aku mintak maaf balik ngan dia. Terus-terang dan berlanjutan. Tuhan ampunkan aku. Aku taknak jadi pendosa selalu.. Aku pun penat. Tak tahu kenapa dia boleh tak penat.

“Setia. Ada.. Apa-apa kongsi la..selalu ada nak tahu update awak.. ” setelah sekian lama aku block segala sumber diri aku untuk dia tahu. Munafik betul aku. Nak tipu diri sendiri.. Ye sayang masih ada. Aku move on berkenalan dengan memana lelaki yang mungkin wujud atas bumi ni. Sungguh banyak.. Tapi nak rasa macam dia layan aku tak jumpa lagi. Nampak syaitan punya kerja..

Sudahnya dia bawak aku buai kenangan dulu-dulu. Aku bertegas aku tak hidup untuk masa lalu.. Aku bz kan diri dengan kerja dan kerjaya. Doakan la aku semua.. Supaya Allah jodohkan aku orang yang baik-baik.. Yang boleh jaga Setia dan Jujur aku akan bagi.. Aku pun percaya masih ramai lelaki macam ni. Bukan kerana dia sorang, semua lelaki dapat gelaran sama.

Aku tak tahu.. Aku ni satu perangai lagi.. Baik tak bertempat.. Dia penah gitau isteri dia mengidam nak makan sekian-sekian masa mengandung.. Ehh dah menggandung, ritu cakap tak sayang bini.. Itu lah.. Ini lah.. Huhu.. Aku fly tunaikan hajat yang isteri dia mengidam tu. Makanan tu femous dekat tempat aku je. Jadi aku tunaikan. Kebetulan ada program ye tuan-tuan. Jadi terbang bawak hajat orang lain satu pahala InsyaAllah.. Sebab fikir banyak dah buat dosa ni. Buat pahala pulak untuk isteri dia. Entah betul mengidam atau memang saja nak jumpa aku.. Yang tu satu hal jugak.. Syaiton tahu betul timing dia..

Sampai sekarang. Aku dan dia masih kawan. Tapi tak lebih dah dari tu. Aku tahu bataskan diri aku. Dan dia dah belajar bataskan diri dia. Aku masih doa satu masa aku dapat jumpa isteri dia dan mintak maaf atas dosa aku. Aku ada try2x nak call atau wassap tapi aku takut keruhkan harmoni rumahtangga orang. Jadi aku fikir biar masa tentukan.. Aku pun taknak orang lain terluka kerana aku.

Apa pun pengalaman ni buat aku dewasa. Sakit ni buat aku kuat. Sungguh Tuhan sayang tu dia uji.. Kengkadang kita tak faham kenapa? Tapi dalam masa sama… Waktu akan jawabkan untuk kita.. Supaya kita sentiasa kuat… Kuat untuk next ujian untuk kita terima dalam hidup kita. Dan next ujian aku lagi sakit Allah temukan aku dengan orang lain.. Jadi confess bersiri ke ape nih.. Huhu.. Apa-apa pun Allah tu baik.. Allah tu baik.. Sangat baik pada Hamba. Aku selalu doa..

“Ya Allah jika ni baik untuk aku, dekatkan. Jika buruk.. Mintak Kau jauhkan, x bersatu takpe.. Asalkan aku tahu, dalam setiap keputusan aku. Aku dah selitkan redha Kau Tuhan yang kuasa buat keputusan bagi hamba.. ”

Memana yang nak bercinta..berkasih.. Fikir-fikir la. Renung-renung la.. Dan jangan lupa stalker habis-habisan.. Kot… Kot.. Laaa.. Laki orang jugak.. Haha.. Hakak dah payong kurang-kurang.

Kepada perempuan lain yang sama nasib cam aku.. Aku nasihat. Bataskanlah diri dalam hal-hal seperti ni.. Jangan buat celaka untuk rumahtangga orang lain.. Jangan jadi orang ketiga keempat.. Jangan binasakan kebahagiaan orang lain.. Lawan la, kau mampu.. Tuhan tahu kau mampu.. Jangan tega buat, sebab takdir kita Allah maha Tahu. Dia boleh pulas kita pula yang rasa.. Atau esok-esok anak-anak kita. Kita tak mampu ubah takdir.. Tapi aku percaya kita mampu hidup dengan takdir.

– Senyum

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *