Syaitan Apa Yang Merasuk Aku Ni

Aku ni tak pandai nak karang2. Tapi aku cuba la nak luahkan masalah aku ni sebaik mungkin. 

Sebab nak cerita kat orang lain aku malu. Kat sini at least orang tak kenai aku. 

Cerita dia macam ni, aku ni jenis kurang ilmu agama. Solat mengaji apa aku tak pandai la. 

Satu hari macam timbul kesedaran dalam hati aku. Ya la umur pun dah 30 lebih. 

Lepas tu kebetulan aku jumpa iklan dalam fb. Ada orang ajar mengaji2. Dekat dengan rumah aku. Aku contact la orang tu. 

Aku sebenarnya tak sangka pun yang ajar mengaji tu perempuan muda yang sangat cantik. 

Aku dok ingat ustaz la kan. Mula2 macam janggal la. Dia ajar ramai2 orang. Banyaknya budak2 kecik. 

Mula aku macam malu. Budak2 kecik lagi pandai. Tapi aku fikir lantak la. Sebenarnya aku lagi segan sebab dia seorang perempuan. 

Aku pi kelas dia beberapa kali ja la. Lepas tu aku tak mai dah. Dia ada wsap aku tanya kenapa tak mai. 

Aku cakap busy kerja. Dia kata kalau macam tu mai kelas malam. Ya la, nak berubah baik ni syaitan mesti kacau. 

Nak pi pun macam malas dan tak dak mood. 

Aku pun masa tu dok baca iqra lagi. Tapi aku ada pi sekali dua.. Yang kelas malam ni penuh dengan makcik2 tua. 

Kepochi betul depa. Tanya aku dok mana. Kerja apa. Lepas tu ustazah ni baru aku tau, pelajar UIA. 

Memang bahsa2 arab, agama2 ni semua kepakaran dia la. Dia sebelum2 ni pun ajar tajwid kafa semua. 

Dia sementara tunggu posting, dia ajar mengaji dulu. 

Tapi sekarang dia dah kerja ustazah kat sekolah rendah. 

Eh awat aku nak cerita semua ni ya. Sorry2 aku jump to point. 

Aku sebenarnya dah kahwin la dengan dia. Aku masih belajar mengaji dengan dia setiap hari. Dia cuma ajar aku ja. Dah tak ajar kat public. 

Isteri aku ni jenis yang sangat2 lembut. Mungkin sebab dia dah biasa dengan budak2, so macam cara dia lain tau. Bagus betul. 

Aku tak reti nak cakap macam mana. Dia jenis sangat2 penyabar. Dan tak pernah langsung marah, baik kat aku atau sapa2 la. Lepas tu aku rasa dia sangat2 manja. 

Bila dah kahwin ni, dia isteri yang sangat taat pada aku. Semuanya ok ja. Cuma aku ada satu masalah, aku cepat turn on dengan dia. 

Dan benda ni selalu berlaku waktu dia ajar aku mengaji. Kadang2 aku rasa, dia sengaja nak mengoda aku ka. 

Sebab cara dia memandang aku tu. Aishh tak reti nak cerita la. Mungkin aku tak perasaan cara dia pandang aku waktu lain. Sebab time mengaji ja kita focus kat dia. 

Aku ni memang ada masalah sebutan2 setengah huruf yang agak2 sama. Macam alif, hamza. 

Tapi bunyi dia ada beza. Lepas tu bab2 tajwid. So bila dia betulkan, dia suruh aku pandang bibir dia. 

Masyallah, aku tak boleh nak focus dah. Dia ni dah la putih melepak. Bibir dia merah gila. 

Bila aku pandang, aku terus macam hang. Sebab otak aku dah fikir bukan2. Lepas tu dia akan tanya dengan lembut longlainya, abang ok tak ni. 

Aku kata ok ja. Tapi sebenarnya aku dah gelisah. Lagi satu kadang masa aku mengaji, dia akan betulkan bacaan. 

Kadang bila dia diam, aku akan pandang dia la. Ya la nak tau aku baca betoi ka dak. Sebab lama dia diam. Aku pun pelik kenapa dia diam. 

Masa tu bila aku spontan tengok dia, dia macam tengah pandang aku, sambil snyum2. Tapi bukan snyum lebar. Senyum macam tengah perhati aku kan. Aku tak reti nak explain. Dia macam senyum tak nampak gigi tu. 

Tapi pandangan dan senyuman tu mengugat iman aku. Tapi aku cuba cover. 

Aku cuma tanya awat diam. Dia kata dah abang baca betul, syg diam la. Cakap sambil senyum2. Lembut2, mengodanya aku rasa. 

Kadang masa aku mengaji dia akan cakap pandai. Cara dia sebut pandai tu macam puji budak2 sekolah rendah tu. 

Aku macam tiba2 rasa blushing. Tapi dia macam lagi galak menyakat aku bila tengok aku malu2. 

Sebab aku ni sebenarnya kalau nak compare dengan dia, aku lagi sangat2 pemalu berbanding dia. 

So dia macam take advantage atas sikap aku tu. Macam lagi dominant dalam bab2 tu. 

Sebenarnya aku tak kisah pun yang tu. Cuma masalahnya, aku turn on pada waktu yang salah. 

Aku mengaji sehari satu muka surat ja.. Lepas tu macam al mulk ka, yasin ka, dia ajak aku macam tadarus. 

Dia baca sebaris, aku baca sebaris.. Kecuali kalau dia tengah uzur, dia just dengar ja aku baca betoi ka dak. 

Masalahnya, lepas habis mengaji, elok ja aku normal balik. Hilang terus perasaan2 horny aku tu. 

Kadang memang dok tunggu masa nak habis isyak, tapi last2 aku bantai tidoq dulu. 

Ya la, tak kan nak gomoi dia time tengah mengaji kot. Macam tak dak adab pulak. 

Aku ni jarang meluah apa2 kat dia. Aku pun tak tau kenapa.. Aku selesa simpan sendiri. 

Lagi satu. Aku pun pelik dengan diri aku. Aku tak macam laki2 lain la. Sebab aku sangat2 malu bab tu. 

Aku tak pernah cakap apa2 pun kat dia pasal tu.. Pasai apa yang aku rasa. Pasal perasan aku yang selalu berdebar2 bila dengan dia. 

Tapi ya la, kalau aku cakap pun bukan boleh buat apa. Mesti dia akan cakap dia boleh ja bantu aku. Aku rasa itu yang dia akan cakap. 

Sebenarnya mesti hangpa ingat baru2 kahwin sebab tu macam tu. Tapi sebenarnya kami dah 3 tahun khwn. Ada anak sorang. 

Dulu awal2 lagi la teruk.. Sebab aku solat kadang duduk tak betoi apa semua.. Asal dia sentuh aku, dah macam kena karen. 

Mula ingat baru2 sebab tu macam tu kot. Tapi ni dah lama pun masih macam tu. 

Dia duduk dalam rumah tak pakai tudung, aku ok ja.. Bila tengk dia pakai telekung nak sembahyang, aku rasa ghairah. 

Kadang dia akan cakap abang jom ngaji. Aku rasa macam dia cakap abang jom main. 

Aku pun tak tau la apa tak kena dengan aku. Aku ni sebenarnya kalau dia tak suruh mengaji, aku tak akan mengaji. 

Lagi satu aku pernah jugak cakap, aku mengaji sendiri la. Dia kata kenapa pulak.. Jom la sama2. 

Adoii aku lemah betoi la dengan cara dia cakap. So bila dia ajak mengaji, mula aku ok. Lepas tu mula la rasa tak tentu arah bila dia sebut apa2. 

Kadang masa mengaji, dia akan sebut hmm.. Kira dia respon pada bacaan aku, kira aku baca betoi. 

Tapi bila aku dengar dia sebut hmm tu masa tengah mengaji, tiba2 aku macam terbayang suara dia masa kami bersama. 

Macam semalam, dia tengah uzur. Dia suruh aku mengaji. Lepas tu aku ni masih tak pandai tawjid. 

Walaupun dia beli kat aku quran tajwid tu.. Tapi macam dia kata, tawjid mad tu kena panjang 2 harakat. Tapi dalam quran kadang tak dak warna. 

So macam semalam la, aku baca, dia kata panjangkan abang. Aku macam tiba2 blur dan hang. 

Aku pandang dia, dia pun pandang aku dan ulang panjang 2 harakat. Tapi aku macam kosong tiba2. 

Sebenarnya masa tu otak aku rasa nak ajak dia buat benda bukan2. Benda yang kami tak pernah buat pun. 

Tapi sebenarnya kalau dia uzur, aku boleh ja sabar tunggu dia bersih. Aku tak pernah pun suruh dia layan cara lain. 

Tapi time mengaji, aku rasa nak suruh dia layan cara lain. Masa mengaji aku macam kat dunia lain. Macam berangan2.. 

Bila aku macam tu, dia akan tnya ok tak ni. Kadang masa aku pandang, dia macam angkat kening. Aku rasa macam dia mengoda aku. 

Aku macam lemah la dengan setiap respon dia.. Aku tak berani cakap sebab takut nanti dia makin galak usik aku. 

Lagi satu, aku sendiri macam rasa aku ni gila seks ka. Aku macam ada benda yang aku set dalam otak. Contoh, nak buat tu mesti kena malam2. 

Jangan tunjuk perangai gatai sangat. Jangan jadi laki miang sangat. Walaupun aku suami dia yang sah.. Tapi bagi aku, hidup ni bukan pasal tu ja. Sebab tu aku selalu macam cool ja depan dia. 

Character aku berbeza la kot dengan laki2 lain. Sebabnya aku tau la kawan2 aku macam mana.. Sebab tu aku rasa aku tak sama macam orang lain. 

Sebenarnya waktu2 lain pun dia manja ja dengan aku. Contoh masa kami tengok tv sama2 ka, dia ada ja dok lentok kat aku. Baring kat riba, dok belai2 aku la. 

Tapi masa tu semua aku ok ja. Jarang la nak rasa stim. Tapi time dia nak pi sembahyang, nak ajar aku mengaji, mula la otak aku jadi mereng. 

Macam tajuk aku tu. Aku pun tak tau syaitan apa rasuk aku time2 tu. Sebelum mengaji baca segala doa dah, ayat kursi apa semua. Tapi sama ja.. 

– Ahmad Albab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. takpe bang, tu bini halal. aku baca pun happy, mesti bini kau tahu dia happy sebab dia berjaya buat suami dia terpikat pada dia satu satunya. asalkan kau jangan turn on dengan yang haram dah la. semoga perkahwinan kau kekal sampai ke syurga.

    • Betul
      Turun on kat bini sendiri sudah
      Jgn duk nak turn on kat bini orang pulak.

  2. Bang, nanti cerita la pulak macam mana boleh berjaya mengorat ustazah tu sampai boleh jadikan isteri.

  3. Biasa la tu fetish kot haha. Kdg benda ni mmg di luar kawalan tp ok la tu, masih normal lg. Cuba je la cerita kt dia, mesti gelak besar dia..

  4. Fetish ‘cosplay’ maybe.boleh pause sesi mengaji untuk bersenggama haha.Isteri halal tuan.jangan abaikan dan juga jangan simpan perasaan sendiri.makan diri nanti.

  5. Alhmdulillah dpt bljr dgn istri, btullah tu syaitan mnghasut mcm2 cara bila kita nk brubah ke arah kebaikn… kipidap 👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *