Syaitan dan Depression

Aku awal 20an. Masih study. Sem nii aku alami dipression yang sangat teruk. Walaupun orang nampak aku macam biasa, nothing happen, aku meraung dalam bilik memang macam orang gila, kalau kat hostel, aku tunggu roommate aku xdk, then aku akan start, aku rasa aku benci diri aku sendiri, aku rasa ada benda yg hilang, berkat hidup aku makin lama makin berkurangan.

Setiap minggu, aku akan tunggu hari Khamis, sbb bila aku tengok wajah adik2 aku, hilang sikit depress tu, walaupun aku penghafaz Al Quran, berat untuk aku baca dan pegang Al Quran di masa lapang, Astaghfirullahaladzim. Bila orang baca Quran atau mengulang Al Quran tepi aku, aku rasa tak selesa. Aku banyak dengar lagu2 yg lagha. Aku ingat pesan tok guru aku, “sapa yang banyak dengar lagu yg lagha, hati dia akan menjadi fasiq.” Aku sedar semua positive vibes aq hancur, aku tau orang pandang serong kat aku atas sikap aku, bnyk keje yg aku tangguh ke last minute.

Aku pegang Thoriqat As Syazily dengan sanad, Quran aku pun bersanad, tapi Wirid aku tunggang langgang. Mula2 kena uji tu, aku buat jugak, padahal x boleh tinggal walaupun sehari, last bila aku tinggal, aku mula terjebak dengan benda2 yg sia2,(biar aku dan Allah saja yang tau, betapa menyesalnya aku) sikap aku berubah 360 darjah, cara cakap aku, aku mula rasa macam dh x dk kata2 hikmah untuk aku kongsi dengan orang. Ya Allah pedihnya ujian nii, Sampai tahap aku rasa lidah aku makin hari makin pelat dan x fasih sebut ayat2 Allah. Padahal aku talaqi Quran dengan guru aku dari Fatihah sampai An-Nas, dan dah beberapa kali khatam di hadapan guru aku sebelom masuk ke Mahaad Tahfiz.

Aku mula jadi macamnii, sbb aku x redha dgn satu perkara yg jadi kat aku. Aku kata kat Allah, “biar laa, jadi apa pun aku tak kan redha benda nii berlaku kat aku.” Bongkaknya aku. Aku tak penah rasa diri aku baik, banyak ilmu dan pandang orang lain hina. Sirius x penah. Sbb yang beza hanya taqwa. Boleh jadi amalan seseorang yang sikit tu, bila dia istiqomah maka dengan itu jadikan diri dia lebih bertaqwa berbanding orang yg amalnya banyak tapi tidak istiqomah.

Sejak tu, Allah uji aku dalam keadaan sedar tapii aku tak mampu nak ubah, betapa hidayah itu perlu dipohon agar sampai, agar ada kekuatan yg Allah berikan. Aku dah ambil keputusan untuk jumpa pakar supaya aku tahu tahap dipress aku setara mana dan cara mengatasinya, tapi belum sempat aku ke sana, Allah uji aku dengan sakit, yang mana bila aku haid 15 hari, darah istihadoh tu bersambung sampai haid yang seterusnya non stop. Selama hampir 5 bulan setengah. Betapa siksanya, solat tarawikh dan sunat2 yang lain, aku tak dapat buat, sebab apa yang aku faham, satu wudhuk untuk satu kali solat bagi orang yang istihadoh. (kalau aku silap, tolong betulkan aku). Solat Fardhu pun susah untuk aku buat di masjid sebab darah aku turun laju. Dari situ, aku mula rasa yang Allah dah tak suka aku, “Allah uji aku macamnii sebab tak nak aku solat ke?” Aku menangis semahunya. Berat aku susut, aku check dekat DR, scan rahim, DR cakap hormon aku tak stabil. Banyak kali aku jumpa DR semua cakap benda yang sama.

Sejak aku sakit tu, aku kerap kena gangguan, kena tindih tu biasa, ada satu malam tu aku tak boleh tidur, roommate semua dah lelap. Aku perhati sekelilng dalam bilik yang gelap, aku tengok siling, sampai aku rasa mengantuk. Masa aku dah nak lali untuk lelap, aku rasa badan aku berat, Ah! kena tindih lagi, aku lawan, baca Ayat Kursi dan ayat ruqiyah dalam hati, kali nii kena tindih berat lebih daripada biasa, dalam aku tengah lawan “benda 2” cekik aku,, sesak, aku tak boleh buat apa2. Aku hanya mampu sebut AllahuAkbar dalam hati, aku sebut sepenuh hati walaupun x dengar, mulut kaku. AllahuAkbar! Alhamdulillah “benda 2” dah hilang. Aku capai phone, aku cari mana2 kawan aku yang tak tidur lagi untuk aku hilangkan rasa takut. Tapi hambar, bila aku story dia lagi takut dan aku tambah takut. Then aku gagah jugak buat2 tidur sampai aku betul2 tidur, aku nak bergerak walaupun seinci aku rasa takut. Last kaku sampai tetido.

Lepas kejadian tu, lagi mainstream bila aku drive memalam, jam 12 lebih dari kampung aku untuk balik rumah sebab keesokanya aku kelas (tokwan aku cancer, setiap minggu aku balik kampung untuk jaga atau ziarah tokwan). Masa lalu satu jalan nii, aku dah start nampak benda bukan2 kat tembok jalan, aku istighfar mungkin tu perasaan atau ilusi aku je. Aku sampai rumah dalam keadaan penat, kebiasaanya aku kena tindih masa aku lali nak tidur, then masa tu for the 4th times aku nampak jelmaan “dia” atas kepala aku dalam keadaan separa sedar jadi tak berapa jelas. Ya Allah truly menakutkan. Pernah jugak, masa tu Maghrib, aku duduk atas kerusi, di sisi katil Tokwan, Tokwan mengerang sakit, aku nak bangun, nak tekan bahagian perut tokwan bagi rasa kurang sakit.(Kanser lymphoma tokwan dah menyerang ke seluruh badan dan sekarang stage 4, doakan Tokwan aku sembuh). Tiba2, masa aku nak bangun, ada ‘benda’ tolak aku, aku jatuh, sebelum jatuh aku ada berpaut dekat satu kerusi, aku jatuh dalam keadaan mengiring sebelah kanan, sekali dengan kerusi tu terbalik, dan bunyi memang sangat kuat. Tokwan aku terkejut sampai lupa dia sakit kat mana. (macam lawak pun ada). Petang tu tokwan memang ada meracau sikit. Alhamdulillah laa aku tak tercedera masa tu, cuma aku rasa tu satu tolakan yang sangat dahsyat aku penah alami. Kerusi tu? Patah dan terpeleot, tapi sekarang dah repair. Sedara aku yang tengah solat Maghrib kat luar pun tak khusyuk, sbb bunyi yang terlalu kuat.

Dulu aku penah kena histeria masa Sekolah Menengah time form 1, sebab lemah semangat. Setiap petang waktu senja hampir maghrib, mula laa aku rasa tak sedap badan, aku rasa sedih, gelisah tanpa sebab. Lepas aku amalkan wirid dan zikir bersanad yang guru aku ijazahkan, ‘benda tu’ hilang dan tak lagi ganggu aku.

Disebabkan aku kerap kena gangguan, masa ‘prep’ malam, aku kena study dalam bilik senior, tingkat atas, study sambil pintu terbuka dan boleh nampak bangunan asrama lelaki, masa aku tengah study, aku toleh dekat balkoni asrama, memang betul2 aku nampak permpuan rambut panjang mengurai, rupa buruk. Aku terpana, tergamam.. Suddenly, aku teringat tok guru aku pesan, kalau nampak ‘benda 2’ baca surah An-Nass, sambil tunjuk dekat dia dan yakin dengan ayat tu berserta izin Allah, ‘benda tu’ akan terbakar. Aku buat macamtu, tapi aku tak berani nak tenung, Alhamdulillah lepas tu hilang.

Berbalik kepada kisah aku yg ingin aku kongsikan, aku ikhtiar cara lain. Aku cuba rawatan Islam. Malam ke 23 Ramadhan lepas, aku pergi ke Darul Syifaa..

*Maaf, Sambung Part 2

-Mel

– Mel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit