Syaitan Tak Dengar Lagu

Syaitan Tak Dengar Lagu

Macam mana aku nak mula ya? Okay, kepada akak surau yg suami dia terpaksa jual barang2 muzik, dan juga brader amirul pungpang2 supgearbox apa tah nama dia aku pun tak ingat. Aku muncul ni atas dasar ketidakfahaman masyarakat terhadap sejenis hiburan yg dipanggil muzik dan sedikit sebanyak memperbetulkan tanggapan orang terhadap peminat muzik berirama berat ini. Chill ya kawan-kawan. Aku tak sokong pun si amirul pungpang2 ni, dan aku juga tak pernah ada sebarang skandal sulit dgn akak surau yg tengah happy dengan set kabinet dapur dia sekarang ni. Tak, dua-dua ada salah dan dua-dua ada betul. Cuma cara pembawakan tu sah-sah tak betul. Aku cuma nak bersihkan udara (clear the air). Sebab apa? Sebab orang kita ni banyak mendengar, menonton, menghadiri seminar encik jutawan, tetapi sangat kurang dan tak banyak yg MEMBACA . Alah setakat gain knowledge dalam iium confession ni, jangan nak claim diri anda ulat buku, okay? Teruskan membaca perenggan lain.

Kita tahu apa itu muzik, dan aku percaya ramai yg tahu muzik ni ada banyak pecahan dan cabang dia. Hang pi gerai Mak Piah pun ada banyak jenis kuih, inikan muzik. Dari blues, jazz, pop, rock, country, r&b, raggae, metal, opera, hip hop, zapin melayu, nasyid dakwah, nasyid jiwang, rock leleh, rock surau, rock sangkut, rock kepit dan macam-macam lagi aku tak larat nak tulis. Semua ni menggunakan adunan tepung yg sama mcm Mak Piah buat donat dgn cakoi. Sama la muzik, dari notations, scales, chords dan progression yg sama, boleh membentuk atau kompos berbagai jenis lagu, dari lagu Sign of an Open Eye dendangan Gorgoroth, sehinggalah lagu Ku Rela Dibenci yg dinyanyikan oleh lelaki ayu, Aiman Tino.

Sedikit sejarah di sini, eh sekejap! Nanti dekat2 last baru aku grip leher akak surau dgn si Amirul caklempong tu ya? Korang duduk diam-diam dan baca ja. Aku tulis ni pun dengan perasaan yg girang, jauh dari sifat riak, sifat mazmumah, politik wang semua takda. Siap sambil borak-borak dengan kucing aku lagi ni ha. Semuanya juga berdasarkan bacaan dari buku-buku yg bertimbun dalam bilik aku ni, sumber dari ustaz-ustaz dan guru-guru agama termasuk ayah aku, ada internet research sikit, dan secubit pengalaman hidup selain daripada perangai aku yg banyak songeh, mulut hanat dan suka bertanya walaupun soalan bangang (even mamak Ali Maju pun aku tanya resepi buat roti bom). Hahaha.

Okay sambung balik pasal sejarah muzik. Korang kenal siapa orang pertama mencipta muzik? Beliau boleh dikatakan maestro muzik atau pakar muzik la. Haaa ni kalau tanya si Amirul coqkeria tu confirm ternganga, akak surau tu lagi la lap hingus dengan tudung dia agaknya. Okay, tokoh muzik yg aku maksudkan ialah Al-Farabi atau di barat diorang panggil Alpharabius. Nama penuh beliau Abu Nasr Muhammad Bin Tarkhan Bin Uzlaq Al Farabi. Orang Islam. Banyak kitab-kitab muzik yg dia tulis. Antara yg paling popular dan menjadi rujukan semua tokoh-tokoh muzik dunia ialah kitab Al-Musiqa Al-Kabir (Buku Besar Tentang Muzik). Kitab ni aku baca dan dalami selama dua tahun (aku bukan orang muzik, saja nak gain knowledge). Al-farabi ni juga pakar dalam bidang sains, metaphysics, political philosophy, law, logic. Korang cari la sendiri. Kita patut berbangga sebab orang Islam lah yg berjaya menjumpai theory2 asas dalam banyak bidang termasuk muzik (refer balik sejarah Islam).

Okay sekarang aku nak kaitkan hubungan muzik dengan manusia. Sumber yg aku guna sekarang ialah tak lain dan tak bukan, Al-Quran dan beberapa keratan daripada tokoh-tokoh terkemuka Islam. Cuba korang selak surah Al-Maaidah, tengok ayat 4, “Mereka bertanya kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik.” Sadaqallahul’azim. Rileks, baca pelan-pelan.

Okay, dalam badan kita, ada mulut dan perut. Mesti la lapar kalau tak makan. Lalu kita ke gerai Mak Piah untuk membeli kuih atau nasik lemak dan kita pun sumbat dalam perut. Sebab aku suka coqkeria dia, nasik lemak dia pun sempoi baq-hang. Haa itu perut, macam mana pulak dgn jiwa? Telinga? Takkan tak lapar? Otai kita, Imam Ghazali pernah berkata “Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa.” Dan yg ini pun otai kita jugak, Prof Yusuf al-Qaradawi berkata “Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat.” Saidina Ali pun pernah berkata “Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu, maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya.” Yang kaki-kaki sibuk nak tanya nas, sahih ka tak, status hadis, sila berkumpul di hujung pagar bersama-sama Kak Bun. Aku tak berminat nak berbahas dengan set-set tak tahu adab dengan ilmu ni.

Okay, sekarang kita ushar sikit pasal alat muzik pula, aku pun sebenarnya main muzik jugak, ada la sikit koleksi-koleksi gitar dan alat-alat muzik lain walaupun sekadar hobi. Baiklah! Dari segi perbahasan dalam Islam, ramai ulama-ulama berpendapat bahawa setiap sesuatu perkara hukum asalnya adalah harus. Kalau korang selak dalam Al-Baqarah ayat 29, “Dialah Allah yang menciptakan untuk kamu setiap sesuatu yang ada di bumi.” Haaaa dah tu? Bukanlah sebab zat alat muzik tu bertali, tapi ia menghasilkan bunyi yang baik dan menyeronokkan, aku pun sampai sekarang gian dengan solo-solo gitar yg best ni. Confirm muka akan senget punya. Hang makan nasik goreng mak hang pun tersenget-senget muka sebab sedap. Cuma pengharaman dia tu ada banyak hujah la, yg tu korang kena la mengaji. Ada pulak tuduh laki hang kena rasuk dengan syaitan. Mamat tu sikit punya skema tahap surau. Yang Amirul supgearbox ni pulak janganlah sukahati nak cakap akak surau tu bodoh dan takda otak. Makan lesung batu hang kalau mak si minah surau tu dengar.

Dan daripada beberapa dalil Al-Quran juga, dapat aku garapkan di sini bahawa setiap benda yang baik lazimnya halal, kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia. Korang selak dalam Al-A’raf ayat 32, “Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hambaNya, dan demikian juga benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakanNya?”. Pejam mata dan renungkan ayat-ayat suci tersebut. Ewah, dah macam pencetus ummah dah aku ni (padahal tshirt metal penuh almari).

Walaupun terdapat berbagai-bagai pendapat pasal hal muzik dan nyanyian ni, tak kurang yg syadid dan tak lebih juga yg longgar. Kita yg kurang ilmu ni, (sama la yg menulis ni pun) kena la pandai mix & match pendapat-pendapat ulung yg kita rasa kuat untuk dijadikan sandaran. Tepuk dada, tanya iman. Carry on brader, jalan ja, Allah ada. Tak payah nak pungpang-pungpang aku betoi hang salah, hang bodoh aku pandai, itu haram ini haram, dia tu kafir dia ni kafir, mak kau hijau mak dia hitam matted. Habis agama Islam ni Pak Ngah hang buat ka? Pak Ngah hang pun makan duit pencen TNB, dahla tak boleh makan udang pulak tu, gaut. Berlapang dadalah dalam semua hal wahai sahabat-sahabat.

Untuk minah surau, check betul-betul minat suami kau tu. Kalau tak pandai jugak, pegi dapur ambil pisau dan tenung pisau tu. Pisau yg sama kau boleh potong bawang masak telur dadar yg kau terer sangat tu, dan pisau yg sama jugak kau boleh guna untuk bunuh diri sebab tak tahan dengan “lagu sembah syaitan” laki kau tu. Faham? Sama la jugak lagu-lagu metal ni, tak semua pun yg memudaratkan. Aku yakin laki kau pun bukan orang bodoh. Ada jiwa Inteam waaaanita hiasan duuuniaaa (sengau) jugak tu. Lagi satu aku tengok dan perhati kebanyakan metalhead ni educated. Takkan lah suami kau tak reti beza baik buruk (walaupun firasat aku mengatakan cerita yg dia tulis tu tak lebih dari khayalan dia ja. Peratusan logik mungkin sekitar 5 hingga 5.1%).

Untuk amirul supgearbox, gua pun layan metal jugak. Pernah la perform kat pentas-pentas besar jugak walaupun sekadar hobi. Ni antara band-band favourite aku (kau boleh dengar kalau takda dalam playlist kau lagi): Burzum, Mayhem, Emperor, Darkthrone, Dimmu Borgir, Gorgoroth, Bathory, Immortal, Venom, Opeth, Amon Amarth, Satyricon, Dissection, Marduk, Dark Funural, Meshugah, Graveland, Arcturu, Agalloch, Windir, Nile, Nargaroth, Abruptum, Abigor, Sodom, Deafheaven, Behemoth dan banyak sangat aku tak larat nak taip. Cd dan vinyl bertimbun kat rumah kalau kau nak pinjam. So far paling ganas dalam play list aku ialah tak lain dan tak bukan iaitu Aiman Tino dan Ayda Jebat.

Tapi! Semetal2 aku pun, takda lah sampai tersesat dengan lirik-lirik yg aku tak nak kaji tu. Ushar lirik, ambik yg okay, layan music arrangement diorang. Okay ja. Minum sirap limau lagi, takda la sampai ritual minum darah kambing. Balik kampung pun ayah masih percayakan aku. Siap suruh azan maghrib & isya’ lagi, rilek ja. Jauh sekali nak bodohkan orang, Nak kata orang tak ada otak. Kita siapa nak claim orang itu bodoh, orang ini pandai? Jadilah metalhead yg cool dik. Sedih aku baca confession kau. Tak perlu tunjuk rebel dan brutal macam yang kau cakap tu. Nak brutal-brutal pun orang tua-tua tak suka dik. Kita ni Melayu, belacan takkan jadi keju. Jadilah contoh terbaik untuk orang sekeliling. Aku kalau naik kereta dengan awek dunia akhirat aku (mak), automatik IKIM.FM beb. Takpun tekan cd Hapis Hamidun. Hahaha. Gila nak dengar mak aku potpet-potpet sing along dengan lagu-lagu metal tersebut? Tak nak aku. Lagu ghimau katanya. Hehehe.

Ok lah, aku rasa dah cukup jelas kot. Seribu kemaafan buat kedua-dua confessor di atas. Even ada banyak benda lagi aku nak tulis dan jelaskan. Cukuplah tu, yg korang-korang semua tu janganlah sampai kita bertelagah dan gaduh-gaduh. Malaysia ini kecik aje, kalau kita gaduh siapa nak jaga? (kata Aboi).

Sekian.

– Budak Printer
(Yaaaaa! Pen yg sama aku guna untuk tulis cerita Kak Bun! Hehehehe bye awak!)

– Budak Printer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit