Assalamualaikum IIUM Confession. Terima kasih kerana menyiarkan confession saya. Saya CT, berusia 25 tahun. Confession saya berkisar tentang “Penganiayaan Majikan Terhadap Pekerjanya.”
Menetap di bandar besar memerlukan saya menyara kos sara hidup yang tinggi, apatah lagi setelah kematian kedua orang tua.
Saya merupakan anak sulung dalam keluarga, dan mempunyai 2 orang adik di bawah saya, membuat cabaran hidup semakin mencabar.
Seorang graduan ijazah sarjana muda, namun, dek kerana penangan pandemik, syarikat tempat saya bekerja terpaksa gulung tikar. Mengangggurlah saya.
Setelah beberapa lama mencari kerja, sahabat rapat saya menyarankan saya untuk mencuba bekerja dengan satu syarikat pembersihan di Kuala Lumpur.
Syarikat ini menawarkan khidmat pembersihan rumah dan bangunan, sama seperti kebanyakan syarikat2 pembersihan lainnya. Syarikat ini hanyalah bertindak sebagai orang tengah untuk mencari customer dan kami mendapat job.
Memulakan kerjaya baru:
Selepas proses briefing, kami diberi latihan dengan bayaran kami kepapa pihak company sebanyak RM95. Latihan yang diberi ala kadar sahaja dan disampaikan dengan nada bentak-membentak oleh trainer.
Kesilapan kecil semasa latihan mencuci oleh seorang calon kru menyebabkan kru tersebut ditengking dan menimbulkan ketakutan kepada kru lainnya
(Sebab ada kru yang mengulas isu tersebut seusai selesai training pada hari tersebut dan decide untuk tidak mengambil apa-apa job di bawah syarikat ini).
Kami diajar sekadarnya sahaja dalam menyelesaikan masalah kebersihan dan pencucian rumah. Ala kadar, touch and go.
Yang banyak dilatihnya kami ialah bagaimana nak follow SOP company dan SOP berurusan dengan customer. Masa ni, dah rasa kurang yakin nak teruskan berkomitmen dengan company tersebut.
Ok, seterusnya, tibalah waktu kami mengambil job. Job pertama berjalan dengan lancar. Kemudian, setelah bekerja dengan beberapa customer, terdapat 2 laporan daripada customer kepada company.
Antaranya, saya tidak sempat membersihkan oven di rumahnya dan kesilapan saya membuang barang personal yang biasanya orang guna barang itu sebagai barangan pakai buang. Dan barangan tersebut telah pun digunakan dan kondisinya agak kotor dan berbau.
Agak pelik bila masih mahu simpan barangan yang dah rosak. Tidak mengapalah, manusia kan pelbagai ragam.
Pernah saya mengambil job selama 8 jam straight, dan pulang ke rumah dalam keadaan otot-otot yang bengkak dan memerlukan MC dari doctor.
Polisi company, jika tidak datang kerja tanpa MC, mereka akan tolak gaji sebanyak RM30. Benarlah, mana boleh bawak main-main bab kerja.
Kerja cleaning ni macam kerja kerbau sawah. Saya masih ingat, saya dikerah sampai kering oleh satu customer tu, rehat tidak diberi walaupun kerja 8 jam straight. Setitik air tidak minum, dikerah bawa barang berat bertingkat-tingkat tanpa rehat.
Minta izin nak minum air, namun tidak diberi kebenaran sama sekali. Nak kejar masa katanya, nanti rumah tak sempat dibersihkan. Allahuakbar. Berhenti solat? Apatah lagi nak diberi rehat untuk solat.
Serba salah saya waktu itu, sebab jika saya melanggar arahannya, pihak company akan hukum saya dengan menolak gaji saya dan memberhentikan saya.
Tak kurang juga membersihkan rumah customer (dia adalah customer kedua yang tak boleh orang buang barang penjagaan hygiene yang dah busuk tu, yang kuat complain semua servis yang dia pernah guna, pernah ada kes saman dengan orang ternama),
Yang penuh dengan najis tikus terperap lama, tahi cicak berserekan di merata rumah dan lantai-lantai yang melekit serta sampah yang berlonggok-longgok.
Sesi hanya 5 jam. Dengan masalah pengaliran air yang terlalu perlahan. Kita dah bersihkan rumah dia pun cukup bagus, sental-menyental tak perlu katalah, memang azab. Expectation-nya ialah rumah dia jadi istana dalam 5 jam. Sorry.
Sepatutnya, jika complain diterima dalam 3 kali, saya harus jalani latihan semula. Bila saya bertanya apa masalah saya, katanya masalah saya bukanlah berkaitan isu kualiti kerja, tapi lebih kepada tidak mematuhi peraturan company.
Contohnya, tidak boleh buang barang customer. Allahu, manusia normal memang akan buang barang yang layak kita gelar sebagai sampah. Busuk, berbau. Baiklah, saya akan improve.
Tak kurang juga, 90% pelanggan yang saya entertain ingin memanggil saya semula untuk bekerja secara rutin mingguan di rumah mereka secara personal dan tidak lagi melalui company.
Kata mereka, mahal bayarannya dan kasihan kru dapat bayaran sikit. Mereka lebih suka mengelakkan penggunaan orang tengah, kata mereka.
Namun, atas etika dan polisi company, saya menolak tawaran-tawaran customer. Tak kurang juga ramai yang mengambil nombor telefon personal saya dan menghubungi saya semula selepas sesi di rumah mereka.
Namun, sekali lagi saya menolak tawaran mereka atas dasar polisi company yang akan blacklist saya dari bekerja.
Malangnya, selepas 2 kali mendapat aduan dari customer, belum cukup 3 kali, akaun saya digantung atas alasan kualiti. Saya perlu menghadiri latihan lagi.
Saya akur. Namun, latihan ditangguh-tangguhkan kerana isu pandemic. Job di rumah customer boleh pula berjalan seperti biasa, latihan biarlah ditangguh. Janji keuntungan dapat dibuat. Kru tiada pendapatan tidak mengapa, janji job-job dari customer masuk.
Hari terakhir bekerja:
Dan, pada hari terakhir saya bekerja dengan company tersebut, terdapat sedikit masalah teknikal dari syarikat telco yang menyebabkan gaji saya ditolak lagi.
Biasalah, pakej murah, ada tempat yang tidak ada coverage. Sudah tentu, dalam kepenatan bekerja dan menahan kerenah latihan ditangguhkan hingga menyebabkan tiada lagi job yang boleh diambil, pendapatan pula makin berkurang, itu saja sudah cukup menguji kesabaran.
Saya akhirnya justify apa yang berlaku pada waktu tersebut. Dan, ada sedikit menegur mereka supaya sabar dan toleransi berikutan masalah teknikal tersebut.
Ada sahaja option lain dimana mereka boleh saja hubungi pihak customer untuk mendapatkan update jika saya tidak dapat dihubungi langsung pada hari tersebut.
Setelah beberapa minit berhubung dengan management company, job-job saya yang sedia ada dibatalkan secara tiba-tiba. Kesemuanya!
Kemudian, ada customer yang hubungi saya beberapa hari kemudian dan bertanyakan khabar saya. Adakah saya ok? Kenapa dengan saya? Kenapa saya tidak dapat datang lagi ke sesi mereka yang akan datang?
Akhirnya, ada ex-customer saya ajak berjumpa secara personal dan kami bersembang. Kemudian, beliau menunjukkan jadual beliau yang mana beliau tidak membatalkan apa-apa tempahan pun.
Katanya, pihak company ada menghubungi mereka mengatakan bahawa saya tidak akan datang lagi untuk job seterusnya sampai bila-bila.
Kejamnya. Pihak company juga berdiam diri tentang latihan yang dijanjikan. Tidak disangka, kerja yang sangat bersemangat saya lakukan ini dibalas begini sekali.
Keberkatan yang dicari dengan berusaha memberi yang terbaik, dibalas dengan penganiayaan. Percayalah, doa orang yang teraniaya akan didengari Allah.
Apa-apa pun, gaji yang saya dapat dari hasil membersihkan rumah orang, terasa keberkatannya. Allah knows. Walaupun sedikit, namun, terasa kaya. Banyak benda saya boleh selesaikan.
Benarlah, jika gaji kita RM500, tapi jika kita kerja seperti gaji RM5000, inshallah RM5000 itu akan diberi dalam bentuk yang lain.
Buat para HR dan pemilik business, ketahuilah bahawa, “employee commitment is gained by reciprocal relationship.” Boleh baca Social Exchange Theory by George Homans (1989), Blau (2002), Emerson (1982) and Strauss (2009).
Pembaca yang budiman, doakan saya dimurahkan rezeki dan mendapat pekerjaan yang baik, sesuai dengan lulusan saya, dan saya boleh mengubah hidup keluarga saya serta membayar hutang arwah ibubapa saya sehingga selesai. Semoga roh mereka tenang disana.
Confession diakhiri dengan ucapan terima kasih.
– CT (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit