Syarikat Dari Neraka

Nama aku Maria. Aku berumur 30 tahun, ada family dan anak-anak. Aku bekerja sebagai seorang software developer. Kerja aku untuk develop system la kaedahnya. Aku ada 7 tahun pengalaman dalam developing dan jugak aku dah bekerja dengan 5 syarikat. Tapi syarikat yang terakhir ni adalah syarikat yang paling teruk, kejam dan paling neraka pernah aku kerja.

Ya betul, Gaji yang ditawarkan adalah menarik, RM9000 siapa taknak? The company even buyout aku dekat company lama. Just sebab nak aku kerja dengan dieorang. Benefit? Working from home, flexi hours, medical, gym. Kau dengar semua best la waktu interview. Tapi sebenarnya indah khabar daripada rupa.

Aku ditawarkan untuk bekerja dan selepas tanya decision the whole family, semua cakap rezeki jangan ditolak, better amek je. Aku pon fikir anak-anak aku, dorang nak sekolah , dan aku sebagai isteri, aku nak membantu suami aku yang bekerja kerani gomen, yang korang tau gaji dorang berapa je kan.

On the first day of working, HR introduced aku dekat staff2. dan explain rules and regulations. tu normal la kan. Yang tak normalnya bila dalam team aku, tak ada team lead, yang ada pon acah-acah team lead dan jugak dia tak introduce aku dekat team, takde pengenalan pada project yang tengah buat.

Dan dia terus bagi aku 2 task, yang aku kena complete within 2 weeks, which is ridiculous sebab aku baru join dan paling ridiculous adalah tak ada documentation dan tiada langsung requirement. Kiranya dieorang buat kerja, pakai buatttt jela.

Aku ni bukan yes man, Jadi on the second day , aku pergi jumpa CTO untuk raised my concern dan jugak aku raised tentang masalah UIUX, apa yang sepatutnya dilakukan dan apa sepatutnya yang tak dilakukan. Designer was so helpful. Tapi CTO tu macam Errrrr. Atleast aku dah raised my concern.

Lepas aku dapat tasks yang aku kena siapkan dalam masa 2 minggu, with new language, new architecture, no documentation, no requirement, aku work days and night and I even ignoring my kids, I skip my lunch and dinner just to finish the tasks. Which now i regret it so so MUCH!

Aku tak sepatutnya bekerja sampai macamtu sekali sebab dieorang tak kesah pon. Akhirnya aku berjaya siapkan kerja yang acah-acah team lead tu bagi within two weeks. Yes berjaya siapkan tapi kerja days and nights. which make it MENGARUT!!

Siapa yang bekerja dalam bidang Developer dan IT akan faham apa yang aku rasa, patut ke kita buat kerja tanpa flow, tanpa requirement , tanpa documentation?? dan tiada tools untuk track apa developer buat? CTO dan CEO senang-senang datang dekat developer dan push kteorang.

Oh lupa nak bagitahu dalam company tu semua muda dan tak kahwin lagi ya. Aku dan sorang developer lagi yang dah kahwin dan ada anak, jadi fokus kami berbeza, bukannya boleh fokus programming sampai lupakan tanggungjawab pada anak-anak dan keluarga. Aku punya CTO, CEO semua tak kahwin lagi.

Politik dalam syarikat ni sangat tinggi. Korang bayangkan yang on the 3rd weeks aku dalam syarikat tu, aku dah dengar benda tak best. which is someone said that aku ni not friendly, aku unapproachable, aku ni itu dan ini. Aku jadi tak faham, korang boleh je datang dekat aku dan aku layan baik gila dekat semua orang. but why aku dengar benda=benda camni? Sebab someone are trying to get rid of me.

Aku ni dah 30 tahun, aku malas nak layan office politic dan kau had enough. Faham takAku tahu aku nak buat kerja, dan aku nak balik jumpa anak-anak tu je. Tapi tak. dieorang ni tak faham collegue yang ada anak-anak. Pada dieorang aku ni sama je macam dieorang. have to work 24 hours.

One day syarikat hired a team lead untuk team aku, which is a good thing. Aku happy gila sebab atleast ada orang tengah untuk deal dengan boss aku yang super emo macam budak budak tu. Team lead aku tu pon blur, kau tahu sebab apa? Sebab takde documentation, or explanation about the project. So dia kena figure out himself. Belum sampai sebulan dia bekerja dekat situ. Boss terus cakap dia tak buat kerja. Kau rasa??

Yang paling aku marahnya, boss aku ni overpromised dekat client yang kami boleh siapkan bulan dan bintang akhir bulan december ni without asking us developer whether boleh buat atau tak. Last-last if tak siap developer yang kena. Ehhh suka hati kau je kan!

Probation period is 6months betul? Jadi kita ada masa untuk belajar dan siapkan task dalam masa 6 bulan untuk dapatkan confirmation betul? Tapi kes aku ni special sikit guys, cerita yang aku cerita dekat korang ni adalah betul dan aku tak reka sikit pon.

Bayangkan last weeks boss panggil aku untuk buat review, dia cakap semua okay. keep up a good work. But this week dia panggil aku lagi dan cakap camni “actually the review that we made last week is not correct”. I was like eh boleh ek sesuka hati cakap tak correct pulak.

Dia cakap aku tak contribute apa-apa dekat company. RUDE! Aku work days and night untuk company. Dan dia cakap aku tak perform. Macam mana dia nilai performance aku dalam masa 1bulan setengah??Aku tak sempat buktikan apa-apa terus cakap aku tak perform! RUDE!!!! dan best part dia cakap “if family yang buat you tak perform I think you shud focus on your family” RUDE!!! This is too much!

Masa tu aku dah terbayang muka anak-anak aku dah. Syarikat yang sebelum2 ni tak pernah cakap pasal family aku, tak pernah sentuh pasal family aku. TAK PERNAH!

Aku bagitahu dia yang dahlah document takde, explanation takde. Pastu dia cakap semua orang dalam company ni perlu lalui benda yang sama.

Pergh aku masa tu nak meletop, tapi aku sabar. Aku masih terbayang muka anak-anak. Boss cakap dekat aku yang you have to push yourself macam orang lain. WOW. Aku cakap aku work days and night. He just dont care weh. Dont care. Dan dia bagi aku dua options. untuk resign dapat compensation atau kerja 12 jam dekat office dan dia akan bagi aku task yang susah gila nak mati. Gila apa nak kerja 12 jam?Staff lain kerja 8 jam je!

Apa maksud dia tu gais? Maksudnya dia memang nak buang aku lah cite die.Bukan sebab aku tak perform atau apa. Tapi sebenarnya memang nak buang aku.

Soalan aku sekarang, kenapa korang amek aku kerja kalau korang dah tahu aku ada anak-anak dan keluarga untuk dijaga?? Lepastu korang nak salahkan family aku. Apa yang kau nak sebenarnya??? Adil ke untuk aku?? Adil ke kau buang aku macam tu je?? Kalau dia boleh buat dekat aku macamni, dekat orang lain pon dia boleh buat.

Beware untuk orang yang dah berkahwin dan ada anak, kalau ada syarikat yang pekerja ramai tak kahwin, ESPECIALLY IF BOSS TAK KAHWIN, janganlah korang join. Lagi satu tanya habis-habisan siapa yang buat documentation, flow kerja macam mana, macam mana syarikat track progress kerja, tanya semua sekali. Jangan sebab gaji besar je korang nak g, kalau taknak jadi macam aku..

Sekarang ni aku pegang quote ni, “Kita kerja bagai nak mati sekalipon, atau kita MATI sekalipon, Boss takkan kesah, Lepas kau MATI, sejam kemudian dia akan cari pengganti kita”.

Aku rasa sampai bila-bila aku takkan maafkan dieorang. Sampai bila-bila sebab menganiaya aku sampai macamni sekali. TAK AKAN.

– Yang teraniaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *