Syawal dan Ramadhan Bukan Bulan Berbelanja

Assalamulaikum buat semua muslim yang bakal berpuasa nanti.

Bulan puasa dah nak dekat, macam biasa, nafsu makan akan makin bertambah bila berbuka. Berat yang sepatutnya kurang pun akan naik mendadak, bukan sebab ponteng puasa, tapi bila berbuka tak kawal makan.

Bazar ramadhan pun akan mula naik, bergaduh ke tak peniaga nak rebut tapak itu aku tak tahu tapi yang aku pasti setiap tahun ramai akan membazir membeli makanan yang bukan keperluan tapi sekadar nafsu semata-mata.

Bulan ramadhan ni memang ramai dah tahu perang melawan hawa nafsu, tapi ramai yang salah faham nafsu makan dan nafsu syahwat saja kena kawal. Nafsu membeli terus diabaikan, dibiarkan mengamuk suka hati tanpa dikawal.

Dulu pernah viral tahun lepas, sorang abang ni pegang sepanduk suruh orang berjimat dekat bazar ramadhan, bagi aku itu adalah keberanian yang sangat tinggi dalam mengajak orang berbuat baik, bukan nak rosakkan peniaga melayu yang berniaga tapi kita kena ingat apa tuntutan asal bulan ramadhan.

Aku kurang berminat dengan komuniti peniaga yang dah sibuk fikir macamna nak buat duit masa bukan ramadhan dan syawal seolah olah bulan ramadhan ni bulan nak kutip dunia, bukan nak kutip amalan. Bagi aku trend macamni dah jadikan bulan ramadhan dan syawal setakat adat dan bukan lagi ibadah.

Setiap kali bila habis raya, yang peniaga akan makin kaya tapi yang lain? Habis terpaksa berjimat berbulan sebab nak cover balik duit beraya dan duit yang habis sempena ramadhan, berjimatlah, kawal nafsu membeli.

Peniaga nak menjual itu bukan salah diorang tapi kita sebagai pengguna kena kawal nafsu membeli. Baju raya kalau elok tak perlu beli baru, bersederhana saja. Tak perlu pun beli baju mahal mahal semata mata nak upload gambar dekat instagram.

Jangan kita jadikan bulan ramadhan dan syawal bulan yang menipiskan poket kita, jadikan bulan ini bulan yang melatih nafsu kita. Nafsu makan dan nafsu membeli.

Tak pasti fakta ataupun mitos tapi aku pernah baca, sesuatu yang kita buat selama 21 hari berturut turut akan menjadi habit. Jadi gunakan masa ramadhan nak latih diri jadi lebih cermat berbelanja.

Tips: Korang perasan tak baju kurung ke, jubah ke, baju melayu ke, masa bukan dekat hari raya bukan main murah, aku rasa masa ni patut beli, bawah RM50 boleh dapat yang cun, lepastu perap la sampai raya, jimat.

Nota: Orang yang menulis confession ini adalah seorang yang dah tak membeli baju raya selama 3 tahun, sebab banyak baju elok lagi dan bila ke pasar ramadhan dia terus ke gerai yang menjual nasi beli nasi dan ayam yang berharga RM5 dan terus balik. Minum air kosong letak ais :)

– Muslim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit