Assalamualaikum, hai reader sekalian! Selamat Hari Raya yaa! Sempat lagi nak ucap ni. Mesti seronok dapat pergi rumah terbuka makan free. Hihi!
Hai nama saya Teh Susu. Alang² tengah minum teh susu ni sebab itulah nama diberi teh susu. Harini saya nak ceritakan kenapa tajuk cerita saya syawal yang sedih.
Okayy let’s get started!
Untuk tahun ini adalah tahun kedua perkahwinan saya dengan suami dan sepatutnya kami beraya disebelah family tapi tak tahu kenapa suami nak sangat beraya di sebelah dia.
Tapi dia berjanji akan balik ke rumah family saya selepas raya ketiga, so saya mengalah jela dan saya cakap tahun depan by hook by crook mesti ke rumah family saya. Yelah first year rumah dia, second year pon rumah dia jugak, kite nyee rinduu la family kite jugak! Ye dokk?
So 3 hari sebelum raya tu kami berdua pulanglah ke rumah mertua saya iaitu family dia lah. Alhamdulillah perjalanan tahun ni agak jem tapi sampai dengan selamat ke negeri suami.
Ketibaan kami juga disambut mesra dengan bapa mertua dan juga ibu mertua (ibu tiri diorang sebab ibu kandung dah meninggal.. Innalillahiwainnalillahirojiun).
Setelah sampai sana kitorang macam biasa lah berbuka, mengemas rumah, dan segala2 nya dan menunggu adik beradik suami yang lain pulang. Alhamdulillah semuanya selamat sampai dan tiba lah hari raya.
Pagi raya tu memang riuh la di dapur dengan memasak juadah² nasi ayam, nasi impit, soto, bakso pon ade uols! Dah macam kedai makan dah rumah mertua. Hahahah.
Dah siap semua saya pon bersiap lah juga sebab selepas masak kita akan bersalaman sesama ahli keluarga dan keluar menziarahi adik beradik ayah mertua dan juga ibu mertua.
Tahun ini ayah mertua ajak kami menziarahi saudara yang jauh yang saya sendiri pon tak pernah pergi. Kira hari raya pertama tu dekat 10 buah rumah jugak lah sampai sebu perut nak makan! Iskk.. Kitonyoo dah laa sembelit jadi double sembelit pulakk sebab makan banyakk!
Tak cukup dengan hari raya pertama, hari raya kedua pon ayah mertua ajak kami pergi beraya ke rumah saudara nya lagi jauh dari semalam, pusing satu negeri lah ceritanya! Elok dari cun melecun terus macam zombie jadinya. Ishh! Raya kedua tu rasa macam 10 buah rumah jugaklahh pergi..
Cakap dengan husband.. Bape banyak adik beradik abah awak ni? Suami sengeh cakap 12 orang tapi tinggal 7 dah. Aduhhh~~.. Tak larat nak jalan sebab sakit kaki! Dalam hati “Haa! Beli heals lagi padan muka!!!”. Hati mampu menangis je lah!
Seronok jugak jumpa saudara² sebabkan family saya takde saudara sangat. Adik beradik mak dok oversea.. Ish ish.. So rasa happy bila tengok ramainyaa orangg!!
Alhamdulillah, keluar pagi balik malam jugak sampai rumah. Raya ketiga melawat pulakk saudara belah arwah ibunya tapi hanya dua buah rumah sahaja.
Ayah mertua cakap hari ini dia tak berapa sihat nak jalan jauh, sakit dada katanya. So kami pon okay sahajalah tapi tengok ayah mertua makan selera je, kami pon tak fikir lebih sebab ye lah raya pertama kedua pon melantak banyak makanan bersantan mungkin angin.
Lepas balik dari rumah tu ayah mertua cakap nak solat, so kami pon pergi solat juga dan lepas solat ayah mertua cakap dia masih sakit dada, dan abang ipar saya dan biras terus bawa ayah mertua saya ke hospital.
Tak sampai sejam, abang ipar saya call akak ipar saya memberitahu yang ayah mertua saya sudah meninggal.
Riuh satu rumah dengan teriakan akak ipar dan tangisan adik beradik yang lain.
Semasa itu saya dan suami ada didalam bilik, suami tidur manakala saya sibuk mengedit gambar, suami dan saya terus bangun pergi ke bilik kakaknya dan terdengar kakaknya menjerit “Abahh dah takda!! Abah dah takda!!” sambil menangis, saya tengok muka suami terkejut dan dia terus terduduk.
Dalam beberapa minit dia call abangnya untuk mengesahkan berita itu dan abangnya memberitahu abahnya sesak nafas semasa perjalanan ke hospital dan disebabkan jalan nak ke hospital itu jem so semasa sampai abah sudah tidak bernafas dalam 20 minit. Dan dia juga berkata doctor tengah melakukan CPR.
Suami saya dan ibu mertua serta adiknya yang bongsu bergegas ke hospital. Setelah sampai disana suami beritahu saya yang nadi abah kembali ada tapi terpaksa menggunakan mesin pernafasan.
Ahli keluarga kami yang juga mendengar perkhabaran itu sudah pun redho dan abang sulung mereka telah membuat keputusan untuk melepaskan mesin oksigen itu setelah doctor memberitahu yang tiada harapan lagi.
So saya dan biras yang lain sudah mula mengemas ruang tamu rumah untuk menerima jenazah ayah mertua.
Saya pertama kali melihat jenazah betul² depan mata selalunya dalam tv je disebabkan masa saya kecil dulu saya ni lemah semangat dan mata saya ni mudah untuk nampak bukan2 so abah memang tak bawak saya ke rumah orang meninggal takut saya meracau.
Selepas itu, jenazah arwah ayah mertua saya sampai dan mulalah suara bacaan yaasin dirumah diselangi tangisan mak mertua saya dan adik beradik yang lain.
Jenazah pula sampai petang, disebabkan tukang gali kubur tiada so terpaksa ditunda untuk dikuburkan selepas subuh esoknya.
Malam itu rumah memang terang sebab semua orang tak dapat tidur walaupun masing² keletihan. Mak mertua saya masih lagi membaca surah² alquran ditepi jenazah arwah ayah dan yang lain semua duduk diruang tamu.
Tibalah hari esoknya, jenazah arwah ayah akan dikuburkan dan saya serta biras dan juga ipar lain mengucup pipi arwah ayah mertua sebagai tanda perpisahan dan suara tangisan kedengaran di pagi yang hiba itu.
Cuma husband and adik bongsu nya saja tidak mengalirkan air mata saya juga mengikuti pengkebumian arwah dan menyaksikan tempat persinggahan terakhir seorang manusia setelah habisnya masa di dunia, dimana dikembalikan ke tanah juga.
Perasaan bercampur sedih dan juga takut kerana memikirkan amalan didunia dan dosa² yang entah bergunung setinggi kinabalu dan berdoa semoga dapat dihapuskan segala dosa2 sebelum sampai ke tempat terakhir itu. Dan ini juga lah pertama kali saya menjejakkan kaki ke tanah perkuburan.
Mendengar talkin yang dibaca oleh tok imam membuatkan saya rasa kerdil nya rasa saya dengan Allah kerana selalu tidak penuh dalam menjalankan ibadah kepadanya.
Ampunkan saya ya Allah!! Selepas pengebumian kami pulang ke rumah dalam keadaan yang keletihan akibat tak cukup tidur dan dicampur pulah sedihnya hati kerana semua nya berlaku sangat pantas sebab arwah ayah mertua sihat, cuma dia merasa sakit dada tiba2 rupanya nak kena serangan jantung.
Selepas asar, tahlil dimulai oleh tok imam dan juga bapa saudara suami. Sebenarnya, hari arwah ayah pergi itu adalah hari yang saya nak balik ke kg ibu saya tapi arwah ayah cakap jom lah beraya ke rumah saudara belah mak kejap lepas tu baliklah.
Kami pon okay sebab cadangnya memang nak balik lepas asar. Yelahh tengahari panas kome oi.. Kalau petang okay la sikit. Saya pon selalu pesan dekat husband, kalau ayah mertua nak pergi mana² bawak je jangan bagi alasan nanti pape jadi terkilan, ayah pon dah tua.
Nasib husband mendengar kata, kalau tak ku pulass telinganya! Malam itu, suami datang ke bilik kami dengan mukanya macam nak menangis dan duduk disebelah saya, mukanya disembamkan ke bahu saya dan berkata dalam suara yang serak “Abang takde abah dah yang! Lepas ni macam mana nak balik raya. Abah dah takde..”
Saya terus memeluknya dan berkata abah dengan mak saya kan ada lagi. Dalam beberapa saat suami menangis dalam pelukan saya dan itulah kali kedua saya melihat dia menangis.
Pertama semasa nikah, kedua sekarang. Kami berpelukan agak lama sampai basah baju saya dengan air mata masing² plus sekali hingus. Iskk!
Sebelum tidur, saya memikirkan kalau lah saya kehilangan mak dan abah saya mesti saya tak kuat macam diaorang. Mesti saya nangis macam orang gila. Tak sanggup pula rasanya nak tanggung bila terbayangkan situasi itu.
Esoknya pagi² saya bangun siapkan breakfast memandangkan yang lain agak kepenatan. Tak lama itu, ibu mertua pon turun ke dapur dan sambil² masak kami bersembang berdua.
Ibu cakap “Hari kau orang balik tu, abah tak habis² tengok jam bila kau orang nak sampai. Dengar je bunyi kereta terus abah turun tengok”. Air mata ibu pon turun tapi sempat diseka.
Disambungnya lagi Abah suruh orang tembak kancil sebab abah nak buat gulai untuk kau orang. Nak bagi kau orang rasa. Gigih dia siang kancil tu sambil senyum².”
Sambil tu ibu gurau lah dengan abah, “Sapa nak masak nii? ” Abah cakap, “Nak suruh menantulah masak! ” dan senyum lagi.
Saya yang mendengar apa yang diceritakan ibu mengalir air mata sebab ye lah abah ni jenis tak tunjuk perasaan. Tak tahu dia happy ke sedih ke sebab dia jarang bercakap sangat. Samalah dengan husband pon, tak bercakap sangat.
Masa mula2 kahwin rasa macam kahwin dengan tiang tnb sampai terfikirlah kenapalah aku kahwin dengan dia ni sebab kitonyo suka bersembang!
Saya mengusap bahu ibu dan meminta ibu bersabar. Ibu hanya senyum dan berkata ibu terkilan sebab abah elok je tiba² jadi macam ni. Saya mengusap bahu ibu dan berkata semuanya takdir Allah ibu. Sabarlah.
Ibu juga sebenarnya kematian suami juga semasa anak² ibu masih kecil dan ibu tidak berkahwin sehinggalah anak²nya besar. Ibu dan ayah mertua juga seperti saya dimana usia perkahwinan baru mencecah 3 tahun.
Okay. Tamatlah cerita saya. Syawal tahun ini, bagi saya amatlah sedih dimana sepatunya syawal itu disambut dengan riang ketawa menjadi suram disebabkan pemergian orang tersayang.
Tapi, siapalah kita untuk mempersoalkan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah kerana kita hanya jasad yang dipinjam oleh Allah untuk beribadah kepadanya.
Dengan pemergian ayah mertua juga dapat disimpulkan kematian itu tetap akan datang tak kira bila, dimana dan bagaimana dan sebagai manusia yang beriman haruslah kita mempersiapkan diri kita untuk pulang ke negara abadi dengan bekalan amalan yang cukup.
Sekian dari saya Teh Susu. Maaf andai kata ada ayat yang berterabur sebab saya tak pandai mengarang cerita.
– Teh susu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit