Syirik

Aku nak cerita tentang suami dan keluarga mertua aku yang syirik.

11 hari setelah suami kata dia pergi buat rawatan kaki dengan mak ayah dia kat satu tempat yang agak jauh dari daerah kami tinggal.

Aku ni sebab sibuk jadi aku malas nak ambil tahu sangat mana tempat yang suami aku betul2 pergi. Ni aku baru check phone suami.

Seperti biasa sejarah perbualan whatsapp antara suami dengan mak ayah dia, suami akan padam. Aku lihat pula mesej simpanan suami untuk diri dia sendiri.

Ternyata ada mantera dan step untuk menjalankan aktiviti syirik disimpan, bertarikh pada hari yang sama dengan tarikh suami aku kata nak buat rawatan kaki. 

Ambil garam kasar, Baca Bismillah, Lillabaahadlahummubin.

Pasarjirimmalaikat, aku pagar pak penahab sekilian seteru jangan rapat malaikat jambi turunkan ubat. Dengan berkat doa. Allaziun (sapu muka).

Korang kalau baca mantera atas ni korang rasa apa?

Ini baru satu ya. Belum aku cerita macam mana selama 5 tahun aku tinggal dengan suami dari zaman tinggal dengan mertua, sampailah duduk di rumah sewa sendiri.

Lepas kahwin baru tau sikap mertua dengan suami yang suka sangat hal2 syirik macam ni. Mengharap benda lain yang boleh halang dari syaitan.

Pak mertua aku tu orang masjid ya. AJK lagi.

Tak pernah miss pergi masjid, tapi dia boleh ajar anak lelaki dia ni untuk buat segala hal syirik khurafat macam ni. Teringat pulak dalam beberapa bulan lepas.

Mak mertua sakit sampai tak boleh bangun langsung. Mak mertua aku memang dah ada macam2 penyakit.

Lepas terjatuh dalam tandas haritu, terus tak boleh bangun. Apa keluarga mertua aku buat, diorang call pak ustaz mana suruh datang.

Pak yang konon ustaz tu datang2 terus tanya pak mertua berapa ramai anak, dan semua rumah anak kena bayar sekian2 untuk buang saka dari rumah. Hampir ribu2 ya kalau termasuk rumah anak lelaki aka suami aku.

Masa tu aku panas hati tau, jadi aku bangun aku sindir “lepas buat ni dah tak jadi apa lagi ke?”.

Wahh ‘pak ustaz’ tu terus bangun mengamuk cakap, “hang nak buat kerja tuhan ka, kami ni usaha jaaa yang lain urusan tuhannn” menjerit ya ‘pak ustaz’ tu. Macam la aku taktau modus kau nak cekau duit ja.

Aku malas nak gaduh, aku cakap pada suami kalau buat kat rumah sewa kami diami, aku nak balik rumah keluarga aku. ‘Pak ustaz’ tu kata kalau tak buat kat rumah semua anak jadi sia2 la sebab saka tu boleh lari pergi rumah aku.

Fikir kau siapa nak takutkan aku benda2 b*d*h macam ni. Ada juga saudara depan rumah yang spesis macam keluarga mertua aku ni, dok tenangkan ‘pak ustaz’ tu kata aku ni mentah lagi.

Lepastu aku tengok la ‘pak ustaz’ tu gi picit kaki mak mertua aku yang tengah sakit terbaring atas lantai tu. Mak mertua aku tu jatuh, sakit belakang tak boleh bangun, tapi dah kenapa dan apa kena mengena dengan buatan orang pulak.

Aku tak faham la. Aku jadi geram sebab suami aku diam tak reti nak bertindak.

Depan aku suami kata tak percaya jugak benda2 macam ni, tapi depan ‘pak ustaz’ tu suami aku diam je tak backup pulak masa aku melawan.

Dulu masa awal kahwin, aku ikut je mertua ipar suami pergi sana sini nak buat segala macam rawatan syirik macam ni.

Kak ipar sulung memang kena sihir, katanya sihir buatan keluarga jauh yang nak tanah keluarga mertua.

Aku bukan tak percaya benda2 macam ni tau, tapi keyakinan aku hanya Allah swt sahaja yang boleh hilangkan semua ni,

Bukan dengan beriya nak pergi sana sini diperbodohkan keluar duit ribu riban semata-mata nak harap manusia biasa yang diorang anggap pak ustaz entah tulen atau tak tu untuk pagar rumah la, jampi bagi syaitan tak masuk la.

Setakat rawatan syifa tu aku terima la. Ni sampai kena pagar rumah dengan garam baca mantera pelik2 bagai, kena bayar ratus ribu, untuk apa sebenarnya?

Padahal satu2 benda yang diorang patut buat sebenarnya ialah mendekatkan diri pada Allah swt. Baca lah Al-Quran tu. Zikir lah sepanjang masa. Setakat solat wajib tu bare minimum je la.

Ni aku tengok takde pulak mengaji. Tak reti mengaji tu pergi la belajar.

Suami aku pun sama jugak tak reti mengaji dan keluarga sendiri pun macam tu. Tapi sanggup panggil kumpulan marhaban datang rumah nak halau itu ini.

Apa benda semua ni aku penat la. Aku sendiri pernah disyaki antara yang terlibat nak sihir keluarga mertua ya haaa korang nampak tak apa jadi bila dah sampai taksub sangat percaya semua benda yang ‘pak2 ustaz’ ni cakap.

Aku taktau bila tapi pernah keluarga mertua syak sampaikan suami aku sendiri syak aku sebab entah ‘pak ustaz’ mana kata pelaku pakai kereta putih, suami aku pulak memang pakai kereta putih.

Jadi takkan nak syak suami yang buat kakak sendiri kan, mestilah aku si menantu aka orang luar ni yang kena.

Tapi mungkin sebab segala mantera diorang buat tu tak bagi apa2 kesan pada aku, jadi mereka beralih semula fikir saudara jauh yang buat. Banyak lagi hal2 lain yang jadi.

Sampai pernah pukul 1 pagi pergi ‘berubat’ entah kawasan pedalaman mana, kena masuk bilik gelap. Aku memang ikut dan lihat je tapi jiwa aku rasa sakit tengok semua benda syirik depan mata macam ni.

Dulu aku banyak diam sebab aku orang luar. Ikut je sebab dah suami aku nak aku ikut.

Tapi lepas tinggal rumah sewa sendiri aku berani bersuara sebab aku dah penat sangat nak hadap.

Cuma aku masih tak boleh nak ubah suami aku untuk tak percaya dengan benda2 macam ni sebab didikan yang dia dah dapat sejak kecil dan suami aku sendiri dah jadi sama taksub macam keluarga dia.

Nasihat aku sebelum korang kahwin, ambil lah tahu hal kefahaman suami tentang agama. Nak jadi ketua keluarga tapi benda macam ni pun tak mampu nak fikir.

Ya silap aku sebab tak selidik hal ni sebelum kahwin. Aku pun menunggu masa untuk ‘lari’ dari semua ni.

– Haru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *