Syirik Tanpa Sedar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Thanks admin jika artikel aku ini disiarkan.

Mesti korang rasa cliche kan bila dengar tajuk “Syirik” di mana rata-rata kita semua sudah pun sedia tahu tentang kewujudannya. Tetapi, almost daripada kita tetap buat perkara syirik yang sama tanpa kita sedar perkara itu adalah dosa besar di sisi Allah.

Jadi kali ini, aku terpanggil lagi untuk tulis artikel sebegini pula. Sepanjang hidup aku, aku pernah melalui zaman kejahilan di mana aku dan keluarga tika dahulu juga melakukan perkara syirik tanpa sedar.

Tambah-tambah lagi, bila kami dilanda sakit atau sebarang gangguan, kami sekeluarga akan berjumpa dengan pengamal perubatan yang kononnya claim diri mereka ini, “perawat Islam” tapi sama sekali tidak.

Barang-barang yang digunapakai semasa rawatan seperti kemenyan, garam, limau nipis adalah bertentangan dengan rawatan yang mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Ingatlah, biarpun penyakit mahupun sebarang masalah selesai dengan menggunakan rawatan di atas, ia berlaku atas izin Allah tapi cara tu salah sama sekali. Allah SWT tidak redha dengan hambaNya yang melakukan syirik.

Cuba kalian fikirkan, mengapa perlu adanya barang-barang seperti itu dan ia seperti sudah menjadi kewajipan di mana-mana tempat perubatan sekalipun (tetapi bukan semua), seolah-olah barang tersebut adalah syarat untuk kesembuhan seseorang.

Bukankah Islam itu mengajar sesuatu yang lebih indah dan mudah, mengapa kita perlu pilih yang susah. Percaya tentang sesuatu kuasa selain Allah pun sudah berdosa, apatah lagi bila kita mengamalkannya.

Alhamdulillah beberapa tahun selepas itu, kami telah pun berubah selepas kami tahu dan sedar perbuatan itu adalah dosa besar. Kami telah banyak menghadiri majlis ilmu dan join program-program yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Kedua, mengenai kepercayaan karut yang masih dipercayai dan diamalkan oleh segelintir masyarakat zaman moden ni. Contoh, kalau nak goreng ikan, mesti kena kepala ikan kena letak bahagian depan kuali diikuti ekor ikan di belakang, dengan sebab “nanti senang je nak beranak”.

Selalu jugak aku dengar kalau sesiapa yang snap gambar bertiga, salah sorang akan meninggal. Wow, hebatnya pemikiran sebegini. Soal ajal itu kerja Tuhan, takde kaitan pun nak snap gambar bertiga ke berlima ke. Syirik tu.

Lagi yang selalu aku dengar bila orang cakap, “Wahh sejak aku masuk kedai ni ramai pulak orang datang” seolah-olah orang seperti ini claim diri sendiri ada kuasa bahawa dialah punca orang ramai, dialah pembuka rezeki di kedai tersebut walhal itu semua berlaku kerana kuasa Allah bukan kuasa dia. Dia tu cuma manusia biasa macam kita semua.

Yang lagi best, bila tengok ada orang yang pakai gelang hitam dekat kaki yang dipercayai seperti tangkal yang mampu melindungi seseorang itu. Allahuakbar.

Kenapa sampai begitu wahai saudara Islsmku, bukankah kita hanya memohon perlindungan dari Allah, bukan pada kepercayaan karut mcm tu. Nauzubillah. Kalau ikutkan, memang banyak nak aku listkan tapi inilah di antara contoh-contoh syirik yang kadang kita lakukan tanpa sedar.

Sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisa, ayat 116,

“Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sungguh dia telah tersesat jauh sekali.”

Dan yang terakhir, syirik ni dipanggil syirik Khafi, iaitu syirik kecil (tersembunyi) yang paling rapat dan dekat dalam diri kita semua. Sedar atau tak sedar, memang almost kita semua pernah buat.

Contoh syirik Khafi ini bila kita rasa bangga dengan apa yang kita ada. Kita rasa seolah-olah kita dapat kerja yang bagus itu semata-mata atas usaha kita sahaja, sedangkan kita lupa Dia yang mengizinkan sesuatu itu berlaku. Same goes macam orang yang dapat result cemerlang, seolah-olah result yang cemerlang itu semata-mata usaha kita semata-mata.

Pernah tak korang nampak atau berlaku pada diri korang sendiri, bila mana korang berjaya di atas sesuatu perkara and then korang akan cakap, biasalah “Halimah memang pandai” atau pun “Aku memang power atau pandai ” Perkataan yang kita sering ungkapkan ini tanpa sedar dah masuk dalam kategori syirik Khafi (kecil) atau maknanya riak.

Supposely, yang patut kita ucapkan apabila berjaya atas sesuatu dengan ucapan Alhamdulillah. La Hawla Wala Quwwata Illah Billah (Tiada daya dan kekuatan melainkan atas izin (pertolongan) Allah Azza Wa Jalla. Itu yang sepatutnya.

Dan satu lagi yang aku lihat bila mana kita mempunyai rasa riak dalam melakukan amal ibadah hanya semata untuk menunjuk kepada orang lain. Islam menggalakkan kita yang beragama Islam ni menunjukkan amal yang baik kepada orang lain supaya ia menjadi contoh ikutan yang baik kepada kita semua.

Tetapi, apa jua amal ibadah yang kita lakukan, bermula daripada niat kita sendiri. Jika niat kita memang nak mengajak yang lain ke arah kebaikan, maka baiklah perbuatan itu, jika niat itu sebaliknya maka buruk lah perbuatan itu.

Beringatlah kawan-kawan, segala amal ibadah kita hanya sia-sia apabila kita melakukan syirik. Syirik adalah dosa besar di sisi Allah. Perbuatan dimana kita mempercayai bahawa wujudnya kekuasaan lain selain Dia. Kita semua manusia, Allah dah cipta manusia ini dengan sempurna fizikal dan akal. Maka, gunakanlah akal kita dengan sebaiknya.

Pelajarilah dan perbanyakkan lah mempelajari ilmu yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah. Dan pilihlah guru yang betul, jangan terlalu atau mudah mempercayai guru yang hanya famous sebagai ustaz/ustazah selebriti kerana bukan semua mengikut ajaran Islam berlandaskan Al-Quran dan hadis.

Aku doakan moga kita semua bebas daripada melakukan perkara syirik. Wallahua’lam

– Hamba Allah, pendakwah dari hati ke hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *