Assalamu’alaikum Admin & Readers.
Acik rasa dah sampai tahap Acik nak merayu kepada pihak berwajib, para Ustaz, pendidik & semua Ketua. Tak kiralah Ayah ke, Atok ke..
Geram betul bab nafkah ni. Tak kira cerita dulu atau baru, orang lama atau muda, orang kampung atau bandar, orang terpelajar atau dropout, orang agama atau biasa, jutawan atau usahawan… Eh ramai sangat lah yang tak paham.
Acik kenal beberapa lelaki yang masuk kategori tak bertanggungjawab ni. Pangkat bapak, suami & abang.
Yang bapak species paling luar biasa, bukan sahaja dia tak bagi duit kat bini, tapi dia turunkan pulak perangai ni kepada anak jantan dia & marah anak2 perempuan dia tuntut nafkah kecuali seorang sebab dia tu tak kerja.
Pada dia engkau dah kerja, tak payah lah mintak duit laki. Duit dia dok beli tanah sana sini (katanya untuk masa depan), jalan & belanja orang sana sini (hobi mungkin).
Tolong ye, engkau masuk kubur, Tuhan tak tanya berapa keping geran engkau bawak.
Kewajiban engkau bagi makan pakai & tempat tinggal kat anak bini tu yang kena tanya. Dosa tau kalau engkau tak tunai nafkah!
Hah.. si suami pulak.. Kalau setakat tak nak bagi duit poket bini, Acik ok lagi. Tapi tolong lah tanggung anak2 yang beratur ni..
Nak jadikan diaorang manusia berguna makan modal woo.. bukan duit beras je, duit belajar, transport, bil itu ini.
Sebab bini di luar rumah 12 jam sehari, hukumnya bini tanggung semua, gaji bini pakai sampai habis, tak cukup baru engkau top up? Sape lah keluar fatwa camtu..
Yang lagi Acik heran sebab mereka ni solat, puasa, berzakat, naik haji, pergi kuliah kat surau, baca Quran.. apasal tang nafkah, spoil terus?
Acik rasa ramai lelaki Malaysia ni insecure. Agaknya mereka pikir kalau duit bini dia banyak, bini akan berlagak atau membazir atau nanti bila2 boleh angkat kaki, jadi dia tarah siap2. Biar poket dia penuh, jangan akaun bini dia penuh.
Acik mintak pihak Pejabat Agama, Sekolah Agama, Sekolah Kebangsaan & Menengah yang ada subjek Agama, tolonglah include & tekankan syllabus nafkah ni.
Rosak masyarakat bila Ketua Keluarga tak paham tanggungjawab nafkah ni. Bagi Ustaz, Pencetus Ummah, Kaunselor & macam2 lagi, tolong lah ajar betul2. Jangan menyindir pula.
Acik pernah dengar penceramah yang guna ayat2 macam ni:
Ada duit, abang sayang, Takde duit, abang melayang.
Bini kalau dapat pitih, sengih, kalau takdok pitih, mucung..
Macam2 lah.. takde masa nak tulis semuanya. Cuma Acik pikir, kenapa penceramah gambarkan Wanita yang hendakkan duit suami tu macam budak2, hina atau bodoh…
Bukankah memang Allah dah sebut dalam Al-Qur’an tentang tanggungjawab & hak masing2, Wanita & laki2.
Kenapa tak tanamkan rasa bangga kepada laki2 yang berjaya tunaikan tanggungjawab nafkah dengan baik sekali.
Sah ada benda yang tak kena dengan pemikiran, didikan & sistem dlm masyarakat kita.. sebab masuk Tahun 2021, cerita dok lagu tu jugak. Laki tak bagi nafkah, isteri derita, ada yang tahan, ada yang cerai.
Itu je Acik nak cakap. Harap2 daripada platform ni, sampai lah kepada pihak berkenaan, yang boleh membawa kepada perubahan.
Terima kasih.
– Acik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit