Syok Sangat Main PS5

Cerita dia macam ni…

Hari Jumaat malam Sabtu. Aku dan suami syok main PS5. Main dari isya sampai lah pukul 1/2 pagi.

Tapi aku ngantuk dah lepas pukul 1 tu. Aku pun tido je la kat sofa sebab nak teman suami main PS5.

Pukul 2 macam tu, suami kejut ajak tido dalam bilik.

Aku pun bangun la masuk bilik terus landing katil. Aku perasan je suami aku pun otw nak tido. Aku terus lelap tak perasan apa dah..

Dalam 20 min tu, suami aku tak dapat tido, dia bangun pergi sambung main PS5 kat ruang tamu.

Sedang khyusuk main, dia dengar aku masuk toilet bilik utama. Dia tunggu la aku jenguk keluar ruang tamu tengok apa dia buat.

Tapi tunggu punya tunggu, aku tak keluar pun tengok dia. Lalu, dia sambung main game.

Tiba-tiba ada bunyi ketukan dari dinding sebanyak 3 kali berturut turut dekat ruang tamu.

Ketukkan tu selang beberapa saat je.

Tak lama tu, suami aku masuk tido.

Esok pagi, suami tanya, “awak perasan tak semalam, dalam tengah pagi pukul 3 macam tu, saya takde kat sebelah?”.

Aku: Aik?

Suami: Eh bukan awak pegi tandas ke? sebab dengar bunyi air..

Aku: Eh bila masa pulak, setahu saya. Memang takde terbangun langsung..

Rupanya, yang kat tandas tu, bukan aku…

– Mastura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *