Syukur

Assalamualaikum semua…tiba-tiba hari ini aku terdetik nak berkongsi sesuatu dengan semua tentang cerita aku. Cerita aku tak ada lah segempak drama Hero Seorang Cinderella ke apa..cuma cerita tentang syukur..
Sejujurnya dulu aku tak pernah bersyukur , bukan tak bersyukur langsung la..cuma aku terfikir asal semua yang aku nak aku tak dapat ni..

First, masa kat sekolah dulu masa form 4 dan form 5…aku nerd ulangkaji la macam nak gila ..tapi aku still x dapat result yang aku nak.Tapi aku bukan jenis yang cepat give up.Aku usaha lagi masa kat matrik demi mencapai cita-cita aku.Tapi sayang..kat matrik pon aku tersungkur jugak utk sem 2 disebabkan subjek2 tertentu la.. tapi sem 1 punya result aku agak puas hati. Tapi tak apa la..at least dari situ aku kenal mana kekuatan aku..aku ok subjek berkaitan bio dan kimia..so aku tak akan ambik course yang berkaitan math sebab aku tahu aku akan pening tengok nombor…masa aku tengah tunggu keputusan matrik aku ada dapat interview dekat UKM course forensik..seronok gila aku tapi sayang aku tak pergi disebabkan faktor2 tertentu..masa tu aku rasa macam nak menjerit satu rumah..asal semua yang aku nak aku tak dapat ..aku mula nak banding2 kan diri aku dengan org lain..aku rasa low gila waktu tu ,aku rombak habis UPU..semua jauh2 aku pilih and uni yang biasa-biasa sahaja.. tapi seperti yang aku mention kat
atas aku bukan jenis cepat give up..aku still nak belajar dalam bidang yang aku minat..so aku try la macam2 ..nak dijadikan cerita aku dapat course yg aku minat. Dari situ aku terperasan satu benda..doa aku dimakbulkan..mesti ada sebab kenapa dulu aku diuji sebegitu.Rupa – rupanya dulu aku kurang bersyukur.Masa form 1 sampai form 3 result aku boleh dikatakan gempak la jugak sampai dapat 2 biasiswa tapi masuk form 4 and form 5 aku jatuh menjunam..waktu tu aku dh mula terperasan tentang pentingnya ‘Syukur’ itu.

Second is, dulu aku tak pernah puas hati apa yang aku dapat. Aku rasa teringin nak ada abang , kakak tapi aku tak perasan semua tu aku dah ada.Memang aku anak tunggal tapi aku still ada sepupu- sepupu yang sangat rapat dengan aku yang dah anggap aku macam adik beradik sendiri.Waktu aku susah diorang sentiasa ada bagi sokongan dan pertolongan. Dulu aku langsung tak pernah perasan semua benda ni tapi sejak umur aku dah mula masuk angka 2 aku dah mula muhasabah , apa yang aku patut buat , apa yang aku patut ‘Syukur’.Aku dah ada semua.Dalam masa yang sama aku ada 2 ibu dalam satu masa.Mak kandung aku dengan ibu angkat aku dekat Ipoh.Betapa besarnya nikmat yg Allah bagi kat aku.So atas alasan apa untuk aku tidak bersyukur??

Moralnya..semakin aku besar , semakin aku matang untuk berfikir semua benda dan aku semakin bijak atur langkah hidup supaya masa hadapan aku tidak sia-sia.Yang paling penting sesuatu yang aku masih pegang sehingga kini adalah betapa pentingnya rasa ‘Syukur’. Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sentiasa membantu aku especially to all my relatives. Thanks a lot kepada semua yang sudi membaca. Hope cerita aku memberi serba sedikit pengajaran kepada semua.Maaf jika ada kekurangan dari segi penulisan aku. Assalamualaikum..

– S.M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit