Assalamualaikum dan hi, first of all thanks admin jika confession ini disiarkan.
Sedikit intro, aku seorang budak baru belajar dan pelajar first year di sebuah universiti.
Harini result SPM keluar, aku tengok kat twitter ramai yang happy, tak kurang ada yang sedih. Ada yang post slip exam dia, ada yang dapat C D and even fail tapi mereka masih bersyukur. Aku teringat dulu masa aku dapat result SPM, aku sedih sangat sebab aku tak dapat capai target which is straight As. Result aku ada A dan B je, jauh sekali gagal. Tapi aku tak pernah bersyukur. Aku selalu persoalkan kenapa aku dapat result macam ni? Hampir setiap malam aku bersengkang mata untuk study tapi kenapa result aku macam ni? Setiap hari aku korbankan masa rehat aku sebab nak jumpa cikgu tanya soalan tapi kenapa result aku still macam ni? Aku selalu buat homework bertimbun cikgu bagi, tapi kenapa mereka yang tiru aku tu dapat straight As?
Tapi sampailah aku masuk universiti, aku dapat course yang aku tak pernah mimpi pun nak masuk bukan sebab course ni hebat tapi sebab aku rasa aku more than layak untuk course ni. Tapi bila aku masuk, aku perform, jadi aku rasa macam oh ni kot hikmahnya aku dapat result macam tu dulu, sebab kalau result aku ok, mesti aku sambung belajar tempat lagi gah and result aku mesti kelaut. Barulah tahu nak bersyukur sikit.
Lepastu long story short, aku dapatlah result sem 1 aku, alhamdulillah aku dapat dekan tapi bukanlah 4.0, sekali lagi aku persoalkan kenapa aku dapat result macam ni? Even budak yang aku ajar yang dapat 4.0, kenapa aku tak? Every assignment, tutorial semua aku buat sehabis baik. Masa nak exam berpuluh set past year aku buat but aku tak dapat 4.0. Aku persoalkan kenapa?
Tapi aku tak pernah tanya diri aku, kalau aku tak dapat dekan macam mana? Kalau aku gagal any subjek macam mana? Kalau aku kena repeat macam mana? Aku tak pernah persoalkan sebab aku rasa aku patut dapat yang lebih baik.
Memanglah orang kata, kalau kita asyik compare dengan orang yang lebih teruk, kita takkan kemana sebab kita rasa kita ni bagus dan berada di zon selamat. Tapi bila aku tak compare dengan orang yang lebih teruk, hilang rasa syukur dalam diri aku ni.
Kadang kadang, aku selalu fikir apa dosa aku buat sampai aku ni usaha macam mana pun tak nampak hasilnya. Aku bersungguh minta maaf dekat mak ayah aku, kawan kawan aku, cikgu cikgu aku semata aku takut sebab dorang kecik hati ke sampai aku ni tak berjaya even dah berusaha bagai nak rak.
Aku rasa aku dah tau kenapa, sebab aku ni tak pandai nak bersyukur.
– budak baru belajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit