Terima kasih admin sebab wujudkan platform sebegini. Sekurangnya saya ada tempat untuk meluah. Dulu selalu bermasalah diari kena baca oleh orang lain, tapi sekarang lega sikit sebab orang tak tahu siapa saya walaupun baca diari saya. Semoga admin beroleh keberkatan rezeki yang terbentang luas.
Harini saya disapa oleh seorang promoter (umur 50an) masa saya tengah pilih produk yang saya nak beli. Ramah orangnya. Sambil pilih sambil berbual sampai melanjut2 ke hal yang lebih peribadi. Katanya saya ni bertuah sebab tak perlu bekerja macam dia. Seronok jadi surirumah kan duduk rumah 24 jam, anak pun seorang je. Senang cerita tak peninglah.
Saya jadi serba salah bila saya dibandingkan dengan kehidupan dia. Saya simpati pada dia sebab diusia itu masih lagi keluar mencari rezeki. Saya tak mahu perbualan menjadi lebih terperinci jadi saya ambil barang saya nak dan meminta diri untuk terus bayar.
Pada akak tu, saya panggil akak sahaja supaya lebih selesa. Kehidupan saya harini alhamdulillah sangat baik tapi mestilah akak tak tahu betapa berlikunya kehidupan saya sebelum ni. Setiap orang ujiannya tak sama. Allah uji kita bukan tanda Allah tak sayang. Tapi Allah sebenarnya nak tengok sejauh mana kita bersyukur.
Saya memang tidak arif bab2 berkaitan agama tapi tak salah kan kalau kita berusaha untuk menjadi lebih baik. Semoga akak tu dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki yang mencurah2.
Isu anak seorang bukanlah bermaksud saya tak mahukan anak. Akak tak tahu betapa kecewanya saya setiap bulan sebab saya ingin sangat hamil lagi. Nanti saya mati, anak saya sekurang2nya ada adik beradik. Tak sepi, tak sunyi. Ada ahli keluarga lain untuk berkongsi suka duka walaupun selepas saya tiada nanti.
Saya nak sangat anak ramai macam akak ada 4 orang tapi Allah belum izinkan lagi untuk saya. Saya tak mahu anak saya sebatang kara kalau apa2 terjadi pada kami berdua. Saya tak harapkan orang lain untuk menjaga anak saya. Tapi suami saya selalu sabarkan saya. Jangan stress kalau tak ada anak lain sebab kami dah ada pun yang seorang ni.
Perlukah untuk saya rasa tak bersyukur sedangkan ramai lagi yang belum dikurniakan zuriat? Saya bersyukur teramat sangat walaupun anak cuma seorang. Ada rezeki InsyaaAllah boleh menambah.
Kadang2 terganggu juga bila kerap disoal “bila nak tambah?” Tapi lama2 saya jadi lali dan dah malas nak ambil pusing. Saya ajar diri saya supaya bersyukur dengan apa juga rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah sekarang saya lebih positif bila disoal macam2 lebih2 lagi hal yang melibatkan anak.
Saya tahu cabaran anak ramai ni bagaimana. Sebab saya yang seorang ni pun kadang2 rasa kalah, rasa gagal tak layak jadi mak. Mak saya pun ibu tunggal anak 5. Dari kecik lagi ayah dah tak ada. Macam2 kerja mak buat, siang kerja lain malam pulak kerja lain. Tak pernah sekali pun saya tengok mak saya menitiskan airmata depan anak2. Tak pernah.
Mak saya ajar anak berdikari sejak kecik lagi, kena kuat. Kalau anak2 orang lain boleh bermain, tidak pula pada adik beradik saya. Main2 juga tapi cukup time tahu tanggungjawab masing2. Saya darjah 1 lagi dah boleh gosok baju sendiri, darjah 3 dah diajar memasak, pegang pisau, basuh baju dan segala macam kerja rumah kami adik beradik uruskan. Semuanya berjadual.
Malam lepas mengaji baru dapat tonton tv sama2, gelak sama2. Alhamdulillah, segala didikan mak saya tu saya cuba terapkan dalam mendidik anak saya. Bukan apa, kita ni ada masa penat sangat2, kalau anak tolong bantu, suami tolong bantu walaupun tak banyak terasa ringan. Stress pun tak datang.
Ajarlah anak2 kita berdikari seawal usia yang mungkin. Manja2 juga tapi pada masa sama cubalah tegas sekali sekala. Kalau balik kampung kadang2 saya geleng kepala je bila tengok anak2 buah yang dah akil baligh masih tak tahu nak memasak, nak mandikan adik pun susah. Semua kerja kena mama yang buat.
Kesian saya tengok ipar duai saya terkial2 uruskan anak2 sorang2. Tapi bila jawapannya “dah biasa” atau “suka buat kerja sendiri” atau “takpe, saya tak suka harapkan orang” saya jadi speechless. Masa muda ni mungkin boleh, sebab awak bertenaga. Kena awak sakit demam, boleh lumpuh 1 rumah. Silap hari bulan awak yang tengah sakit tu pun terpaksa gagahkan diri jugak untuk uruskan anak2.
Semua tahu surirumah ni duduknya kat rumah. Nak duit minta laki je. Even my MIL pun ada cakap “surirumah tetap surirumah walaupun ada buat bisnes online”. Aduh, hinanya rasa. Saya tak tahu apa maksudnya.
Bagi saya MIL sepatutnya gembira saya berusaha untuk cari duit poket sendiri jadi takdelah saya kerja nak mengikis je duit anaknya. Tapi tidak pula menyalahkan MIL, mungkin itu pendapat dia sebab dia pun surirumah juga. Mungkin kehidupan dia lebih mencabar berbanding saya.
Mak saya sendiri pun kadang2 risau berlebih2 kalau saya tiada pelanggan. Takut saya hilang punca kalau ada apa2 terjadi. Contoh suami cari lain ke, meninggal ke. Tapi sebenarnya lebih kepada takut suami tinggalkan saya.
Saya gemuk, suami kecil dari saya. Potensi nak kena tinggal tu besarlah. Saya tahu mak sayangkan saya. Mak cuma taknak saya repeat kesusahan dia. Yelah, diusia muda dah jadi ibu tunggal, hilang separuh pendapatan lagi, nak besarkan anak lagi.
Mula2 saya sangat stress bila selalu ditakut2kan. Siapa tak takut nak jadi janda. Tapi tulah, lain pulak reaksi suami saya bila saya suarakan kebimbangan saya. Katanya kalau saya surirumah pun bukan masalah besar.
Sebab bagi dia “rezeki suami tu rezeki isteri juga. Rezeki isteri melalui keberkatan rezeki suaminya. Kita kawin sebab nak bahagia. Kalau asyik fikir kalau tu jadi kalau ni jadi patut awal2 lagi jangan kawin”. Saya sangat bersetuju dengan kata2 dia.
Tak pernah lagi saya dan anak tak makan, pakaian dari kepala sampai ke kaki bertukar. Sampai saya rasa segan untuk meminta lebih. Semuanya serba lengkap. Dan perkara ni buat saya sedar betapa pentingnya syukur tu. Kalau dibandingkan dengan adik beradik saya, kami ni memang jauh kebelakang dari segi harta. Tapi itu tak menyebabkan kami tak boleh gembira.
Isu cari lain tu saya tak boleh nak jamin sebab ianya melibatkan hati. Hati ni bukan milik semua orang. Saya cuma mampu berharap ikatan kami kekal sampai ke akhir hayat saya. Selebihnya saya tak mahu fikir kerana terlalu membebankan dan buat saya jadi takut dengan bayang2 sendiri. Saya hanya inginkan kebahagian dan tak mahu kebahagiaan tu musnah sebab fikiran2 saya yang tak elok ini.
Dipandang rendah itu biasa. Bersabarlah. Kadang2 kita rasa kita ni terlalu terbeban dengan masalah sendiri padahal ada orang lain yang lebih mencabar lagi ujiannya. Jangan fikir kesusahan kita ni sebagai halangan untuk kita rasa bahagia. Kembalilah pada Allah jika rasa kekurangan diri. Carilah Allah walaupun kita dibiarkan dalam kesenangan.
Susah itu ujian, senang pun ujian. Saya akui kadang2 saya pun terlupa pada tanggungjawab sebagai hamba. Tapi betapa buruknya kita, tak kira betapa jahatnya kita ni janganlah sesekali ajak orang lain kearah keburukan. Kalau tak mampu, berdiamlah. Pada akak tu, saya tak mampu nak bantu akak. Cuma saya harap doa saya untuk kesejahteraan akak dimakbulkan Allah.
Setiap orang ada masalahnya sendiri, tak terlepas juga saya ni kak. Terima kasih cakap saya bertuah, saya tak pernah rasa diri saya bertuah sebab saya kerap rasa rendah diri dengan orang lain. Tapi kata2 akak buat saya sedar, saya sangat2 bertuah.
Saya ada suami yang baik,
Saya ada anak yang kacak dan menyenangkan,
Saya masih ada ibu untuk saya lepaskan rindu,
Saya masih ada mertua yang terima kepulangan saya,
Saya ada segala2nya…
Walaupun tak kaya, bersyukurlah,
Walaupun sakit, bersyukurlah,
Walaupun rezekinya sikit, berkongsilah,
Salam sayang untuk akak itu,
– Saya bertuah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit