Salam semua. Selamat Hari Raya pembaca tegar IIUM Confession. Nama aku Moon Al-Fonso, mestilah bukan nama betul.
Aku ada cerita nak share pasal kawan aku (dah mintak izin dah). Aku harap semua yang sedang atau plan untuk mengalami kisah, cerita dan kes ni ambik iktibar. Cerita dia sebijik macam cerita Bella dengan Alip Ajis.
Tak habis lagi kes Alip – Bella, dah kena tangkap basah, curang 11 kali, ada pulak scandal ke 12 yang muncul mengaku ada hubungan dengan Alip. Tak tahu la kan kalau ada yang ke 13, 14. Semoga selesai cepat kes si Bella ni, aku doakan.
So, case kawan aku ni pun sama. Dia dicurangi laki dia banyak kali. Cumanya, laki dia ni bernasib baik sebab tak pernah kena tangkap. Liat betul nyawa dia nak kena tangkap masa curang dengan bini dia.
Background sikit pasal kawan aku, diorang berdua ni dedua professional worker dalam bidang kesihatan. Tempat je lain-lain.
Kalau nampak luaran bahagia dengan dua orang anak, rumah cantik dan kehidupan yang stabil. Selalu pegi cuti sesama dan nampak happy je diorang satu family.
Cuma satu hari, pukul 10 malam camtu, kawan aku call sambil nangis teruk. Aku tak dengar sepatah haram dia cakap. Aku biar dia nangis dulu. Dah reda baru aku tanya dia dekat mana. Dia park kete tepi jalan mat. Aku pun pegilah carik dia berbekalkan lokasi dia share.
Sampai je, rupanya dia dah pack baju dia dengan anak-anak dan keluar rumah. Anak tengah tido. Sedih tengok. Dia dah mintak izin laki dia untuk dia nak balik rumah mak dia. Tenangkan diri.
Cumanya dia malu nak balik rumah mak dia sebab dia tak nak aibkan laki dia. Mesti mak dia tanyakan kenapa ko ni Tipah lari rumah macam ni.
Aku pun bawak dia balik rumah aku. Aku duduk sorang. Bagi dia lepak dan tenangkan diri dulu malam tu. Sabtu pagi, baru aku sembang dengan dia.
Apa kes sampai lari macam ni? *walaupun aku macam dah boleh agak. Dia kata laki dia curang sejak beberapa tahun lepas. Cuma tak pernah kantoi je.
Dia baru tahu sebab dia “terberjaya” unlock phone laki dia. Jumpa macam-macam I tell you. Nak sebut geli mat tapi memang hina la laki dia ni.
Kawan aku kata, dia curang dengan co-worker, drug rep even patient pun dia ngorat. Cilakak betul mamat ni. Family diorang pun tak tahu lagi sebab si tenuk ni (laki kawan aku), rupa inesen, father of the year, worker of the year tapi belakang main betina lain.
Aku tanya, ko nak report tak? Dia jawab tak tahu lagi sebab dia kena pikir panjang. Kalau kena Sispa si tenuk tu habislah kerjaya si tenuk. Kawan aku pikir lagi pasal kerjaya tenuk ni.
Aku tanya dengan tone polis, ko ada bukti tak?
Dia kata sempat SS beberapa conversation, ambik video / gambar scandal dia “bersama” and beberapa bukti si tenuk tu check in dan belanja tenuk-tenuk betina dia tu. Dia dah dokumenkan baik-baik semua benda alah tu. Berlian otak ko Tipah. Tak sesia jadi doktor. Hahaha.
Kawan aku inform, setelah lama bersabar dan perhati laki dia, satu hari tu hampir je si tenuk kena tangkap basah. Cuma, orang yang dia call time tu lambat bertindak untuk kepung tempat tu.
So, si tenuk dan si tenuk betina berjaya lolos dari hotel diorang check in. Dia masih lagi selamat dengan izin Allah. Kalau kena tangkap basah haritu, maunya aku yang datang ludah si tenuk jantan dengan betina ni.
Kata dia lagi, dekat tempat kerja orang si tenuk dah ada yang bercakap-cakap. Kadang dia datang nampak la kekawan si tenuk ni pandang dia macam kesian. Simpati jelah kot eh sebab nak tegur tak jadi apa kot. Habis SKT kalau diorang kalau report tenuk ni.
Pastu, bila si tenuk tu balik dari kejadian yang hampir kena serbu tu, kawan aku tak tahan, dia confront si tenuk ni. Terdiam mat si tenuk sebab dia tak sangka bini dia tahu segala aktiviti luar dia selama ni.
Kata malam ada kes, emergency. Kadang balik lambat sebab nak ready kes esok. Acah konsultan ko ek. Rumah diorang dekat je wei dengan tempat kerja tapi hari biasa tu kadang sampai dekat mahgrib. Rupanya makan luar.
Mengamuk si tenuk petang tu. Habis dihumban semua barang dalam rumah. Tu cepat-cepat kawan aku bawak anak-anak naik bilik dan kemas barang.
Nak tahu apa alasan curang si tenuk? Dia kata kawan aku busy layan anak dengan sibuk kerja. Tak layan dia pun. Pepaham jelah nature keje diorang. Disebabkan tu, si tenuk lama dah tak sentuh bini dia. Kawan aku pun ada nafsu mat. Dia kadang cuba goda tapi tenuk tolak. Kesian kawan aku.
Nasib jugak dia tolak, kalau tak mau ko kena herpes ke sipilis. Jadi, si tenuk betina 1, 2, 3 sampai berapa tah nombor dia yang layan kehendak dan nafsu tenuk si tenuk jantan ni.
Ada jugak eh tenuk betina yang bini orang. Kalau aku la, nak je aku ganyang tenuk betina bini orang ni. Takde akal betul. Lain macam nafsu akhir zaman ni.
So, kawan aku failkan cerai dekat tenuk. Reaksi dia? Ok, my freedom has come. Yahoo. Tapi si tenuk ambik sambil lewa juga kes cerai ni. Saja nak seksa kawan aku. Diorang lama jugak duduk bincang pasal anak, rumah semua.
Rupanya tenuk ni ada berkira duit dengan kawan aku. Nampak macam lavish eh rupanya berkira dengan bini sebab sibuk belanja tenuk betina lain. Banyak jugak dia habis duit dekat tenuk-tenuk betina tu. Hutang pun banyak rupanya. Adoii.
Setelah beberapa kali naik court, akhirnya selesai urusan kawan aku. Time ni dedua family dah tahu cuma dedua family ambil langkah untuk dengar dari dedua pihak.
Nasib in-law dia ok dan basuh habis si tenuk tu. Masuk ke tak, tak tahulah. Hampir kena tumbuk jugak si tenuk ni dengan abang kawan aku time tu.
Sekarang, kawan aku getting better. Bos department dia pun ok, siap support untuk kawan aku ni pegi jumpa psikiatri.
So, kepada si tenuk, ko mmg bernasib baik tak kena londehkan segala kecurangan ko macam si AA tu. Kalau semua scandal ko dedulu report pasal ko dalam sispa, padan muka ko. Aku tolong tepuk tangan untuk kawan aku. Aku nantikan saat itu.
Kawan aku ni baik, dia cakap biarlah si tenuk. Last dengar sebelum raya, nak kawen dengan tenuk yang bini orang tu. Laki dia suruh si tenuk ambik bekas yang dia dah celup-celup tu. Eiii.
Kawan aku pulak, dia nak move on dengan anak-anak. Maybe nak pindah negeri kelahiran dia balik. Berkhidmat dekat sana.
So, lelaki atau perempuan dekat luar sana, tolonglah hargai pasangan masing-masing. Curang tu memang seronok tapi kesian dekat pasangan yang setia dengan pencurang tu.
Aku doakan kawan baik aku tabah dan semua yang sedang lalui hal ini ikut sama kuat. Aku doakan jugak jodoh aku nanti baik-baik jelah. Kalau takde juga, kita single je sambil jaga mak aku yang kiut miut ni tengah makan kacang sambil layan drama. Haha. Ok. Panjang cite aku ni. Tata..
Moon Al-Fonso
– Moon Al-Fonso (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit