Akhir-akhir ni kalau perasan makin sengit perang supplement dengan produk kecantikan khususnya dalam kalangan perempuan. Semua nak cantik.
Aku terpaksa guna medium ni untuk luahkan apa yang terbuku di hati ni memandangkan ramai kawan aku sendiri penjual, pengguna dan tak kurang ada yang pentaksub supplement. Uish kalau aku share kat wall sendiri maunya putus silaturrahim tujuh keturunan. Ni luahan hati, maaf siap-siap kalau ada yang sentap ke apa. Yang baik kita jadikan teladan, kalau nak bantah biar berasas.
Ok, berbalik kepada topik asal. Yang aku nak fokus kat sini adalah supplement sebab kalau produk kecantikan tu bila cakap ada merkuri biasanya orang dah akan berjaga-jaga. Orang kata perempuan ni kalau sebut je produk tu ada merkuri terus stop, tapi lelaki kalau cakap dalam rokok ada &%^%4 pun susah nak stop. Orang katalah huhu….
Supplement ni walaupun dah macam-macam amaran para doktor bagi tetap gak semua nak cantik dengan cara singkat, nak jugak consume demi sihat dan cantik. Bila kita share pandangan doktor ni, simple je dikatanya doktor ni anti. Eh jap, kalau anti pun apa manfaat bagi doktor tu? Cuba korang fikir logik. Biasanya para doktor ni cakap berdasarkan pengalaman berhadapan dengan pesakit yang berpunca daripada supplement.
Cuma kadang terdapat beberapa doktor syorkan supplement sebagai makanan tambahan tapi bila kita check rupanya doktor tu jual supplement gak huahuahua…
Untuk sihat dan cantik ni cukup dengan jaga kesihatan, makan makanan seimbang; banyakkan makan buah dan sayur, minum banyak air kosong dan kena bersenam. Takde jalan singkat nak sihat dan cantik dengan sekadar telan beberapa pil lepas tu tadaaaaaa dah cantik.
Aku tengok kebanyakan testimoni benda alah ni mesti akan kata syukur jumpa benda ni. Kenapalah dari dulu lagi I tak jumpa benda ni, kalau tak mesti I dah cantik jelita pelopes.
Eh, syukur mendenya kalau dah sembang pumpangpumpang sebab consume produk nilah I jadi cantik tu dah boleh jatuh syirik. Even kita makan ubat lepas tu kata sebab makan ubat tulah jadi sihat tu dah menyebabkan masalah kepada aqidah.
“Eh kita cakap camtu maksudnya asbab consume tu jadi sihat, bukan kata dengan ambil benda tu jadi sihat.”
Yeke… Selama ni sedar tak sembang tu konon bagi testimoni nak tarik pelanggan motif terus nak sebut produk tu terbaik kan? Terfikir nak kaitkan dengan asbab ni bila ada yang persoalkan je.
Tak kurang ada yang bagi testimoni melampau cakap sebelum ni tak cantik, tak putih, gemuk macam gajah la macam badak air la. Bersyukur ke macam tu? Ke sebelum jumpa produk tu belum kenal erti syukur? Lepas ni claim sebab ambil produk nilah I kenal rasa syukur huhu… Haaa marah ni :P
Kalau korang nak consume gak walaupun dah ada tegahan daripada pakar perubatan, terpulanglah. Tapi korang kena ingat tanggungjawab kat sana nanti. Korang ingat bila overclaim camtu boleh lepas sesenang kat sana nanti?
Selalu tengok member-member yang consume supplement ni update kata tak pakai make up pun dah cantik, ambil supplement *** je. Aku kesian dengan diorang ni, aku harap dan doakan kesihatan yang baik untuk diorang.
Bila tengok baby diorang yang tembam menyebabkan semua orang geram pun aku kesian. Aku risau kalau baby tu sebenarnya tak sihat tapi semua tak sedar sebab baby tu nampak montel dan gebu. Aku cuma terfikir dia consume supplement tu sejak awal kehamilan dan sampai baby tu lahir. Memang montel budak tu menakutkan dan baby tu disahkan ada penyakit yang mungkin pada fikirannya normal. Anak-anak dia yang lain takdepulak penyakit tu, takde pulak montel menakutkan camtu. Penyakit tu menyebabkan baby tersebut alahan beberapa jenis makanan antaranya kekacang tapi mak dia masa dalam kandungan lagi dah consume produk berasaskan kekacang sampai sekarang. Alasan produk tu elok, kacang dia takde GMO. Tak tahulah nak cakap lebih anak orang, memandai pulak kita nak complaint kan. Aku cuma doakan baby dia sihat je
Harapan aku semoga yang suka ambil dan jual sebarang produk ni telus dalam perniagaan mereka. Jika produk tu sebenarnya tak elok maka aku harap diorang sedar awal sebelum terlambat. Aku jugak harap diorang percaya dengan pakar perubatan yang bertauliah dan bukan sekadar termakan momokan leader mereka yang muka baby face yang kononnya prihatin tu hakikatnya tanpa disedari hanya mahu memenuhkan poket masing-masing je. Harga setiap produk tu bukan murah oiii
Oh ya satu lagi yang aku perasan dalam kalangan yang jual produk ni biasanya suka up gambar dan compare dengan gambar lama mereka yang mereka katakan buruk sebelum ni. Gambar untuk testimoni ni biasanya lightingnya lebih cerah, kalau tak guna filter pun tu memang faktor camera auto beauty kot. Kenapa aku cakap camtu? Sebab aku perasan sesetengah camera bila rakam video kualiti gambar tu dah tak sama; tangkap gambar nampak flawless smooth giler tapi kalau rekod video akan nampak make up blend tak rata haha… Tak yah la obses sangat nak cantik, putih, kurus. Jaga diet seimbang dan gaya hidup yang sihat insya-Allah bersyukurlah sebab Allah bagi kita kesihatan yang baik.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit