Assalamualaikum,
Saya terus straight to the point, saya selalu nampak kawan-kawan merungut dekat sosial media pasal diorang depress. Tapi diorang hari-hari minum starbucks, beli iphone 7, makan secret recipe. Ada jugak mak bapak diorang memahami masalah diorang dan tolong diorang. suasana enviroment diorang hidup pulak sihat. adik beradik tak menyusahkan. Kawan-kawan diorang pon ada yang cuba nak bantu.
Saya kenal ramai kawan-kawan lain yang hidup diorang lebih depressing daripada diorang yang update kat social media ni. Ada yang makan roti je hari-hari. Ada yang abang kakak buat hal berhutang, gejala social, berzina, ketagihan dadah. Ada yang mak ayah dah takde. Tapi diorang tak pernah nak bising kat media social. Mereka kuat. Saya kenal jugak seorang kawan saya ni, bagi saya dia lah yang paling kuat antara kawan-kawan saya yang lain. Dia pernah hampir kene bunuh abang sendiri beberapa kali sebelum ni. Setiap malam dia terpaksa dengar jeritan antara abang dia dengan mak bapak, gaduh sampai barang-barang pecah hancur. Gadget mahal-mahal kene curi abang sendiri, dijual atau dipajak gadai. Duit tu diguna beli dadah sebab abang dia terlalu ketagihan dadah. Mak bapak dia masih sayang abang dia sebab tu diorang tak mahu hantar diorang ke pusat pemulihan.
Hampir setiap hari dia hidup dalam ketakutan sebab bila-bila masa saja dia boleh mati dibunuh. Dia benci “suicidal thoughts”. Sementara orang-orang yang “konon” depress ni asyik-asyik update dekat sosial media nak bunuh diri bagai, kawan saya sorang ni struggle nak stay alive sebab abang dia. Polis, gangster, ah long selalu datang ke rumah sebab hal abang dia. Hutang sangat banyak sampai ayah dia tak tido malam stress fikir hal anak. Bapa dia ada masalah jantung jugak, pernah surgery. Mak dia juga pernah surgery. Dia juga pernah kene rush ke hospital sebab masalah anxiety. Abang dia hutang kereta, rumah, pampers dan susu anak pon ayah yang belikan. Kerja pon takde. Dah cerai banyak kali tapi ada anak. Yang jadi mangsa kawan saya sebab kebanyakan barang dan duit dia yang kena curi. Pintu bilik dia selalu kena robek. Habis semua barang dia. Tapi dia tak mampu nak buat apa sebab mak bapak dia taknak dia buat apa-apa.
Yang paling kesian lagi, mak bapak dia tak percaya dia ada depression yang betul-betul walaupun doktor pernah bagitahu yang dia ada masalah dari segi mental. Dia selalu muntah, tak cukup rehat tapi dia selalu nak ceriakan kami. Dia tak nampak pon depress. Dia masih bertahan sampai sekarang. Dia menangis sorang-sorang. Kalau dia tunjuk dia menangis, mak bapak dia marah dia. Dia bagitahu semua ni pon dekat saya sahaja. Tapi saya dah tak mampu tengok dia terpaksa hidup dalam environment teruk macam ni. Saya berdoa agar dia akan dapat kerja yang baik dan akan pindah jauh-jauh. Sayang sekali dia masih student, dia dapat duit sikit dari bisnes online dia cukup untuk dia sendiri tapi duit itu pon kena curi.
Maaf semakin lari tajuk. Saya hanya nak bagitahu sini. Orang yang betul-betul depress tak nampak sebab diorang tak mahu orang nampak. Yang asyik update dekat sosial media tu biasanya (tak smua) lebih ke nak perhatian padahal hidupan diorang sangat senang dan mewah. Selalu travel keluar bersama keluarga, adik beradik semua tak menyusahkan, tak ambil dadah, tak berhutang sampai beribu. Hari-hari makan makanan sedap. Benda yang diorang stress je pon study je.
Kawan saya masih bersyukur dia masih hidup.
Assalamualaikum
– KawanSayaYangDepressed
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit