Hai, nama diberi Moon. Umur 23 tahun. Ini merupakan confession kedua saya tentang ayah saya. Confession ini ialah tentang saya yang cuba bersabar dengan kerenah ayah dan sedikit pandangan saya mengenainya. Sebelum itu, maafkan saya jika confession ini merepek.
Ceritanya, musim PKP ni, ibu saya bercadang untuk ubah suai dekorasi rumah. Jadi, hampir semua ruang disusun atur semula. Perabot yang lama, ada yang dibuang dan ada juga perabot baru ditambah.
Tak dinafikan, memang agak bersepah rumah ini sebab ibu saya masih cari idea untuk susun sesetengah perabot yang ada. Saya dan adik-adik ikut sahaja, asalkan ibu senang hati. Lagipun, yang keluar duit membeli itu ini, ibu bukannya kami. Hehe.
Disebalik kegembiraan kami yang seronok menghias rumah, kami sebenarnya memendam rasa dengan ayah. Kami memang biasa dengan perangai ayah yang suka ‘complain’. Ada sahaja yang tak kena di matanya.
Kebanyakan masa, kami memang berterus terang sahaja dengan ayah yang kami tak suka sikap ayah yang ini. Agak biadab juga sebenarnya, tapi kami buat bersebab.
Sebabnya, untuk ibu. Sepanjang ibu buat projek ‘house transform4tion’ ni, bagi kami ayah tak langsung menolong. Yang ada, setiap kali balik rumah dari kerja akan cakap “kenapa bersepah lagi”, “kenapa ni kat sini”, “tengok rumah orang tu kemas je” dan macam-macam lagi.
Paling saya geram, lepas ibu penat mengemas, dia tunjuk gambar rumah orang lain pada ibu. Siap cakap pada ibu, dia juga mahukan dekorasi yang sama di rumah sendiri. Saya dan adik-adik bila dengar memang rasa mendidih hati. Apalah agaknya perasaan ibu ye?
Paling ‘best’, bila ayah kongsi gambar-gambar dekorasi rumah dalam group WhatsApp keluarga. Siap puji tuan rumah yang kreatif dalam menghias rumah. EXCUSE ME??? Terus rasa nak ‘block’ ayah sendiri dalam WhatsApp. Boleh ke? Huhu.
Saya ada banyak perkara tentang ayah yang buatkan saya berjauh hati dengannya. Salah satu, isu ‘common sense’ seperti ini. Kalau anda semua rasa, perangai ayah yang ini ‘isn’t worth complaining for’ , saya faham kerana kedengarannya memang remeh sahaja hal ini.
Cuma, ‘point’ utamanya, saya mahu berkongsi pandangan tentang peranan penting dalam keluarga. Tidak kisah lah sama ada anda seorang ayah, ibu atau anak, suami atau isteri. Juga, baik lelaki mahupun perempuan umumnya.
Bagi saya, setiap orang berperanan penting untuk saling menghargai tidak kisahlah pada sesuatu yang sempurna atau pun tak sempurna.
Dalam hubungan kekeluargaan, pada asalnya juga dibina antara dua orang yang tak sempurna tapi saling melengkapi. Akhirnya pada hati manusia, ia kelihatan sempurna juga.
Lagipun, apa sebenarnya sempurna? Kita semua tak akan beri jawapan yang sama. Kerana, kita sendiri tidak tahu sempurna itu apa. Kita selalu lihat pada luaran sesuatu untuk mencari kesempurnaan dan lupa untuk hayati isinya.
Saya ambil contoh daripada situasi keluarga saya semula. Ibu saya cuba juga capai ‘expectation’ ayah dalam mengemas dan menghias rumah.
Tetapi, ayah selalu akan membandingkan (secara tak langsung) usaha ibu dengan orang lain. Ayah sendiri tiada penanda aras terhadap apa yang dia mahu. Sentiasa berubah-ubah.
Bukankah ini menunjukkan manusia sememangnya tidak sempurna? Tetapi lebih kepada perlu saling melengkapi untuk kelihatan sempurna?
Bagi saya, sempurna ini lebih kepada bersyukur-menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Kita lihat banyak perkara dengan mata, tapi kita lupa untuk melihat dengan hati.
Dengan mata, kita lihat secara kasar. Sepintas lalu, hanya di permukaan. Cubalah lihat dengan hati. Sekecil-kecil perkara, jika dilihat dengan hati, rasa indah dan tenang.
Syukur, hargai dan gembira sahaja dengan apa yang ada di depan mata. Tak perlu tunggu sehingga cukup semua yang kita mahu tetapi rasa cukup dengan apa yang ada.
———-
Semoga apa yang saya tulis ini dapat sampai ke hati pembaca. Yang buruk, sila tinggalkan. Yang baik, ambillah satu dua buat pengajaran.
– Moon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit