Assalamualaikum dan hai warga IIUM Confession. Pertama kali menulis di sini, biasa membaca je. Baru je terbaca berkenaan mertua vs menantu dan hati ni membuak2 nak luahkan kat sini.
Mari berkenalan dulu, nama aku Esah, berkahwin dekat 10 tahun ada 3 anak.
Alhamdulillah sepanjang berkahwin aku happy dengan suami dan anak2. Jadi kalau happy kenapa nak luahkan kat sini? Ceritanya begini, aku dan suami berkenalan di alam maya je.
Mula rapat bila aku putus cinta sebab BJJ (bercinta jarak jauh) aku namakan suami aku ni Manap. Dia ni rajin komen2 kat status aku, kat gambar aku. Aku lak rajin la reply komen2 dia tu.
So masa putus cinta tu aku banyak update status yang aku sedih ditinggalkan bla bla blaaa..
So masa tu dia pm minta no fon, dan kami bertukar no. Dari situ kami banyak bersms (masa ni takde wassap) atau call. Waktu tu aku bekerja so takde hal bayar bil ratus2. Kalau dia tak call aku, aku lah yang call dia tapi banyaknya dia yang call la.
Bila dah banyak berborak kenal diri masing-masing, aku nekad nak berjumpa dia. tapi masa ni dia posting kat selatan tanah air. Jadi bila dia dah balik ke KL aku bawak adik aku teman pergi jumpa dia.
Memang takut juga la masa tu, risau kalau Scammer ke apa ke sebab dia hanya ada 1 je gambar kat alam maya tu. tapi sebab adik aku lelaki so tawakal aje la.
Long short story, rupanya kami memang suka sama suka. Alhamdulillah aku tak bertepuk sebelah tangan.
So bermula la dia bagitau yang dia ada masalah dengan keluarganya. Dia sebenarnya lari dari rumah atas sebab dia selalu didera oleh emak sendiri.
Kiranya dia hidup dalam keadaan keluarga narsisistik. Manap juga pernah kemalangan dan emaknya ambil sebahagian duit insuransnya.
Duduk di rumah kena bayar sewa, apa saja keperluan dalam rumah Manap kena minta kebenaran. Pukul rotan benda biasa. Jadi bila tak tahan dengan semua tu dia nekad lari dari rumah tu, hidup sendiri masa umur sebelum umur 20.
Masa dia bercerita tu aku ingatkan dia sekadar nak uji aku je. tapi aku husnuzon, maybe betul agaknya. Satu hari dia bawa aku berjumpa seseorang.
Dia kata itu mak dia. Masa tu mak dia kat hospital tak sihat. Masa aku jumpa tu kecut isi perut risau juga apa2 yang terjadi. Tapi aku disambut baik oleh maknya.
Kebetulan Manap nak ke tandas, jadi aku tinggal bersama maknya dia katil. Maknya pun bagitau yang dia adalah mak angkat Manap. Bukan ibu sebenar dia.
Dulu anak mak pernah couple dengan Manap. Tapi lepas jumpa keluarga Manap, anak mak tak nak teruskan Hubungan tu.
Sebab anak mak bagitau apa yang pernah Manap bagitau aku. Jadi mak ambil Manap jadi anak angkat dia. Kat situ la dia menumpang kasih syang.
Menitik jugak air mata aku dengar kisah yang mak cerita kan pada aku. Aku bagitau mak aku kisah Manap, dan aku cakap aku memang ikhlas berkawan dengan dia.
Mak aku pun nangis sebab sedih ada orang yang buat macam tu kat anak sendiri. Aku cakap kalau tak, takde la ada orang sanggup buang anak kat mana2 lepas beranak kan..
Hampir setahun berkawan bercinta, aku pun rasa tak muda lagi jadi aku usulkan niat nak berkahwin ngan Manap.
Mulanya dia tak nak sebab dia takut family aku tak boleh terima dia. Tapi aku cakap aku nak kawin ngan dia bukan dgn keluarga dia. Dan keluarga aku dah pun tau Asal usul Manap.
Walaupun abang2 aku ada juga yang cakap alah kau dengar pihak dia je, pihak keluarga dia kau tak tanya pun, entah2 dia menipu. Tapi entahlah masa tu hati rasa sayang, aku rasa tak penting pun semua tu.
Manap memang awal lagi dah bagitau aku, dia memang boleh jaga aku, tapi untuk nak bawak aku ke rumah keluarga dia tidak sama sekali.
Mula ya aku sedih tapi sebab ikhlas aku memang sayangkan dia kerana Allah aku teruskan juga hajat hati berkahwin dengan Manap.
Manap minta pertolongan bapa kawan baik dia, dan dengan bantuan mak tadi kami disatukan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Riang hati tak terkata.
Manap ni, orangnya baik, tak merokok, bukan kaki lepak. Ada sedikit baran tapi aku masih boleh hadap sebab arwah ayah aku dulu pun garang dan sedikit baran.
Pernah juga dia marah anak sulung aku yang sedikit nakal sambil pegang rotan, sampai aku tengok dia macam bukan diri dia.
Tapi sebab aku ada sekali aku cepat peluk dia dan bawa anak lari masuk ke bilik.
Lepas dah lega tu dia sendiri bagitau aku next time dia macam tu, dia mohon aku bawa anak2 jauh dari dia sebab dia takut tak sedar apa yang dia buat. So sekarang kalau anak2 nakal biar aku je yang marah anak2.
Masa mula berkahwin dulu, apa saja dalam rumah tu dia akan minta kebenaran aku. Contoh kalau tengah makan, dia akan tanya, boleh tak nak tambah nasi?
Kalau apa2 ada dalam peti ais, dia akan tanya aku boleh ke kalau nak makan coklat ke buah ke atau apa yang ada dalam peti ais tu.
Aku pernah marah dia supaya jangan minta kebenaran lagi sebab kita ada dalam rumah sendiri bukan rumah orang lain.
Tapi dia kata dah terbiasa masa duduk ngan family dulu, macam susah nak stop.
Mula2 aku macam annoying juga tapi lama2 aku rasa biasa je la. Sampaikan anak2 aku pun dah terbiasa mcm tu nak apa semua kena minta kebenaran aku atau ayahnya dulu.
Manap ni walaupun dia ada masalah dengan maknya, tapi dia tak pernah jentik aku, tipu la kalau kata tak bergaduh suami isteri tapi kami bergaduh nak kenal diri masing-masing.
Sangat jarang bergaduh sebab kami lebih banyak meluah apa yang kami rasa. So aku tak berapa setuju dengan ayat lelaki yang layan baik maknya akan layan kau begitu.
Sebab Manap selalu kena pukul, dera dan layan dia dengan sangat buruk tapi masih dia layan aku dan anak2 dengan baik, cukup segalanya.
Dia kata dia tak boleh terus ada di situ sebab taknak jadi anak derhaka. Apa yang dia buat sekarang tak jenguk balik rumah mak dia pun dia cakap dia anak derhaka juga.
Aku selalu doakan moga terbuka hati, Allah lembutkan hati Manap dan keluarganya agar bertemu kembali.
Sekarang ni mak angkat Manap dah meninggal, 2 bulan lepas mak aku meninggal asbab kanser. So kami cuma ada keluarga kami je. Dia juga rapat dengan abang2 dan adik2 aku.
Cuma sekarang ni aku dah set in mind apa akan jadi kalau berjumpa dengan Keluarga Manap nanti. Anak-anak makin besar, dan petah bertanya. Kenapa selalu balik kampung ibu je, ayah takde kampung ke? Atau akan bertanya siapa nama mak ayah ibu dan ayah.
Aku tau sooner or later anak-anak akan diberi tahu juga, Manap pun ada kala bercerita juga pasal kisah2 dia kena dera, buli masa bersama keluarganya dulu.
Aku tahu deep down his heart dia rindu kan keluarganya sebab kami punya keluarga yang bahagia. Dia pernah cakap kenapa la mak saya tak macam awak?
Masa dia mula bercerita dulu aku skeptical juga dengan maknya. Tapi bila aku dah ada anak2 sendiri aku rasa barangkali mungkin maknya ada penyakit yang Manap tak tahu. Depression ke stressed ke, siapa tahu kan.
Mulanya aku sedih sebab tak dapat kenal keluarga mertua sendiri. Tapi aku selalu doakan yang mereka dipermudahkan segala urusan kehidupan.
Apapun, mohon doakan kami sekeluarga.
– Esah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit