Syukur Seorang Isteri

Hai, aku cuma nak ceritakan perjalanan aku sebagai seorang isteri yang mungkin ada part orang akan kecam, ada part orang boleh ambil pengajaran dari cerita aku.

Akhir2 ni, aku terasa nak meluahkan rasa penat yang kadang2 datang dalam diri ni. Aku nak ingatkan bahawa ini bukanlah satu keluhan melainkan ini hanyalah satu luahan.

Pernah juga aku luahkan di page rumahtangga dan ramai katakan aku tidak ada masalah pun dalam rumahtangga malah aku beruntung.

Kadang2 apa yang kita rasa hanyalah perkara yang kecil bagi sebahagian orang.

Baiklah aku ceritakan… Aku tak akan cerita details. Cuma aku akan cerita kan prinsip aku dalam rumahtangga. Contohnya, aku ni bukan isteri yang perfect sarapan tersedia, anak2 terurus, kain baju tersusun.

Tidak, aku ni mungkin dari segi mata orang lain aku ni pemalas. Hingga akhirnya aku admit ya aku pemalas.

Sebab keutamaan aku ialah suami aku. Maksud aku layanan aku terhadap suami. Tak pernah aku menolak, tidak pernah aku kata penat, mengantuk. Aku sentiasa bersedia untuk suami.

Dan bila aku lebihkan part tu, kadang2 energy aku dah kurang sikit. Jadi aku buat kerja rumah simple2 je. Tak kemas sangat, masak simple.

Dulu aku stress sebab dalam ahli keluarga dia nampak aku lembik, pemalas. Hakikatnya memang aku dah lembik.

Tapi aku tak kisah, cuma tanggapan orang tu buat aku tak selesa.

Ada tak orang macam ni? Normal ke? Kadang tengok orang bangun pagi, siapkan sarapan, lunch, jaga anak. Hati aku ni tak sekental orang lain.

Aku buat juga cuma tidak sehebat orang lain. Suami aku ok je. Cuma aku je penat dah part tu. Jadi aku rilek2 je

Padahal anak 5 dah. Aku ni graduate. Yang mana ramai juga isteri yang lepasan U tapi kerja biasa buat part time kat rumah. Aku ni buat la freelance sikit2.

Jadi aku amat penat, mungkin aku ni ada kelemahan part handle my own expectation. Nak rumah kemas bersih masak, semua nak perfect. Kerja aku pun nak perfect.

Jadi untuk nak perfect dalam semua aspek tak mungkin. Sementara anak kecil aku ibarat hadiahkan diri ni untuk famili aku. Untuk anak dan suami. Semoga ada pahala aku dalam part ni.

Part solat sunat memang fail. Part zikir dan baca Quran paling aku suka.

Walaupun jeles dengan orang solat sunat tapi aku tak mampu.

Part kerja, kemahiran aku, idea aku, semua yang aku belajar dulu ibarat tertanam. Hanya mampu bina impian bila anak dah besar aku nak menyinar dalam bidang yang aku pilih.

Tak ada masalah pun kan? Cuma rasa rendah diri, bila tengok kawan pakai cantik2 sekarang kawan2 belajar dulu semua dah pangkat besar. Entah, kita ni hanya manusia kan. Ada keinginan.

Aku bukan perfect,

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ada perkara yang kita tak dapat jika kita pilih perkara lain, misalnya jika bekerja, masa dengan famili akan berkurang.

    Buatlah apa yang suami puan suka. Bersyukur dengan apa yg dikurnia, banyak confession di sini meluahkan tentang kesukaran hidup kita.

    Yang penting kita redha dengan jalan hidup kita, tidak perlu banding dengan orang lain.

    Hidup ini singkat, nikmatilah dengan cara kamu sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *