Syurga Bukan Untuk Aku?

Hi assalamualaikum semua, itu pertama-tama sekali aku nak bagitahu… tolong sangat kepada korang yang dekat luar sana, kalau tak bersedia nak berkahwin jangan berkahwin atas sebab family atau lari dari masalah. Ianya takkan selesai.

Aku dari family yang beragama dan broken family, dan aku dulu seorang tahfiz. Time aku sekolah dulu, mak aku sangat² tak benarkan anak² dia bergaul dengan lelaki.

Iya, aku faham sebab batas agama, tapi sampai terlalu ikat anak² dia dari bergaul dengan orang ramai dan selalu bagi alasan “takut anak rosak”.

Aku dari kecil memang jarang bergaul dengan orang ramai sebab aku selalu berfikir apa yang mak aku cakap dekat aku. Hari demi hari aku membesar dengan keadaan begitu.

One day, mak aku keluarkan aku dari tahfiz dan masukkan ke KV dalam keadaan aku terpaksa terima. Dan dari situlah aku mula rosak.

Waktu mak bapak aku hantar aku ke KV, mereka bergaduh. Dan ya… aku rasa sebab akulah mereka jadi macam ni. Aku berfikir, adakah patut aku keluar dari family ni, mereka boleh bahagia?

Aku mula cari jalan untuk mereka benci aku dan buang aku dari family. And yes, aku decided untuk rosakkan diri aku sendiri.

Aku mula bergaul dengan lelaki, mula hilang batas dan akhirnya sampai terjatuh dalam dosa zina. Aku rasa bahagia apa yang aku buat sebab aku tak pernah dapat kasih sayang dari manusia yang aku sayang. Hari demi hari aku mula rasa dosa yang aku buat tu perkara biasa.

Dan mak aku mula nampak lain dari diri aku. Aku mula menjawab. Aku mula guna makian dan lain².

One day, mak aku menangis tengok perubahan aku yang teruk. Dan dia minta untuk aku berhenti KV. Aku memberontak sebab aku rasa seronok hidup bebas yang selama ni aku tak pernah dapat.

Akhirnya bapak aku bagi aku pilihan untuk sambung belajar but stay dengan family, atau dengan kawan. Dan bapak aku ngaku yang itu salah dia sebab sekolahkan aku.

Aku mula rasa sebersalah dengan mak bapak aku… dan aku cakap dekat diri aku, aku nak berubah jadi baik balik. Tapi mak aku tak percaya yang aku akan berubah.

Aku mula rasa kecewa dengan mak aku atas keputusan yang dia buat tanpa pengetahuan aku. And yes, aku makin teruk dari sebelumnya.

Boleh katakan lebih 5 orang lelaki yang aku pernah tidur dan aku mula pergi ke tempat yang haram.

One day, mak aku cakap dengan aku suruh aku berkahwin. Aku pun fikir, dah terlalu banyak dosa yang aku buat, better aku kahwin.

Tapi dekat sini mak aku memaksa aku untuk berkahwin sedangkan aku tak betul-betul bersedia untuk berkahwin. Aku cuma ikut semua keputusan yang mak aku nak.

Sampailah aku dah bertunang dan hampir kahwin. Lagi 3 bulan nak kahwin aku gaduh dengan bekas tunang aku berkenaan dengan hubungan aku dengan dia, atas sebab dia tunang dengan aku atas keinginan mak aku.

Kami mula banyak bergaduh sampai satu masa aku decided untuk putus tunang. Tapi mak aku still nak aku kahwin dengan dia.

Pernah sekali kami berjumpa dan aku terlepas cakap “mak lagi sayangkan anak orang lain dari anak sendiri”. Mak aku terkedu bila aku cakap macam tu.

Dan kali ni aku minta untuk betul² putus tunang sebab aku fikir, yes aku banyak lagi dosa yang aku tak taubat dan aku tak patut fikir untuk lari dari semua ni dan berkahwin.

Aku nak cari diri aku balik. Aku nak kenal diri aku balik. Dan aku nak taubat sungguh-sungguh. Aku rasa menyesal atas apa yang aku dah buat dekat diri aku sendiri.

Tapi jawapan mak aku ialah, “tak, mak tak percaya kamu”.

Aku mula kecewa yang teruk untuk kali kedua. Aku menangis sorang² dan berfikir, “aku ni teruk sangat ke? Aku ni takda peluang untuk berubah ke?”.

Kenapa orang yang lahirkan aku sendiri tak boleh support aku?

Aku down sangat. Sampai aku fikir yang aku ni memang dah takda peluang untuk jadi lebih baik.

Dan sampai sekarang aku masih dalam situasi ni. Syurga tak layak untuk pendosa?

“Maafkan aku wahai diri.”

– Miss bar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Firman Allah SWT:
    قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

    Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Surah al-Zumar (53)

    Penuhi rukun-rukun dan syarat-syarat taubat, azam utk tidak ulang kerana Allah semata-mata. Semua org berhak utk bertaubat. Mintak taufik & hidayah kepada Allah.

    Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan mereka yang masuk ke dalam syurga-Nya tanpa hisab. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *