Syurga dan Neraka

Hi assalamualaikum. Saya kenalkan saya Melodi, seorang isteri dan ibu anak dua.

Tujuan saya menulis adalah untuk meminta pandangan dan pendapat supaya saya dapat selesaikan segala masalah yang sentiasa mengganggu fikiran saya.

Saya tidak tahu untuk mula dari mana supaya pembaca dapat faham situasi saya, saya cuba ringkaskan dan ceritakan point yang penting sahaja.

Saya sudah berkahwin selama 6 tahun, dan selama berkahwin saya banyak makan hati, banyak terluka dengan sikap toxic suami.

Saya tidak bekerja jadi semua urusan rumah dan anak-anak memang saya yang uruskan, suami balik kerja sentiasa bagi alasan penat untuk tolong saya.

Dia bagi alasan dia dah tolong cari rezeki untuk keluarga kecil kami. Saya faham kerja dia memang penat tapi saya juga penat uruskan rumah dan anak-anak seorang diri.

Dia suka marah-marah dengan kasar setiap kali saya buat silap walupun salah saya sekecil kuman. Dia akan maki saya, merungut dia penat cari duit untuk saya dan anak-anak.

Dia akan tampar saya bila saya melawan, dan akan maki dan hina saya sampai dia rasa puas. Dia juga pernah ugut untuk bunuh saya dan anak-anak masa bergaduh.

Setiap kali saya buat keputusan untuk sesuatu benda, dia akan persoalkan dan akan terus salahkan saya andai saya buat keputusan yang salah.

Disebabkan ini, saya jadi orang yang terlalu bodoh untuk bagi jawapan setiap persoalan dia, walaupun soalan itu hanya perlu memilih sayur A atau B. Saya takut buat keputusan, saya hilang keyakinan diri.

Dia juga tak mampu jadi imam yang baik untuk saya dan anak-anak. Puasa banyak tinggal, sentiasa berbohong untuk tunjukkan dia betul. Dia paksa saya untuk menipu untuk kepentingan dia.

Bila bergaduh, dia akan ungkit segala-galanya termasuk duit hantaran yang dia bagi.

Saya buat business online kecil-kecilan, niat saya nak bantu dia tapi bila saya ada duit dia kan ambik kesempatan pada saya, dia akan buat saya gunakan semua duit sampai habis baru guna duit dia.

Saya faham dia juga berjimat dari beli barang-barang kesukaan dia cuma saya tak suka cara dia setiap kali saya ada duit lebih. Dia seoalah-olah rasa insecure bila saya ada duit.

Dia pandai bermain kata-kata setiap kali bergaduh sampai saya hilang point saya. Dia suka gunakan kuasa veto dia sebagai suami untu buat saya diam.

Dia pemarah dan suka guna kata-kata kesat. Sikap negative dia buat saya juga jadi seperti dia, saya akan lepaskan kemarahan saya pada anak-anak setiap kali anak buat salah, saya ingat kemarahan saya tak tinggal kesan pada anak tapi saya silap.

Bila saya baca perkembangan anak boleh terganggu setiap kali ditengking, saya mula perhatikan sikap anak saya.

Anak saya jadi slow learner, jadi pemarah, suka pukul adik. Dia sentiasa tak yakin dengan diri dia bila kat sekolah. Saya takut anak saya semakin jauh hanya kerana kesilapan saya.

Kerana perkara-perkara toxic dia atas dan banyak lagi sebenarnya, saya jadi tawar hati, saya struggle dengan diri saya sendiri untuk bertahan. Saya selalu berdoa supaya dia curang so saya ada alasan untuk berpisah. Hahaha.

Saya sekarang tengah berperang dengan perasaan saya dan saya suka berdialog sorang-sorang dalam hati saya, seoalah-olah saya tengah bercakap dengan seseorang untuk menceriakan diri saya.

Saya tak tahu tahap kesihatan mental saya macam mana tapi saya takut suatu hari nanti anak-anak akan jadi mangsa amarah saya. Saya tak nak menyesal.

Saya perlukan pendapat, perlu ke saya bertahan lagi untuk anak-anak? Sedangkan dia la punca toxic dalam keluarga kecil kami.

Tapi kalau kami berpisah, macam mana saya nak sara anak-anak saya sebab saya tak ada kerja. Saya tak nak dia jaga anak-anak saya.

Saya tahu, selagi saya jadi istri dia, saya akan terus berdosa sebab saya dah tak boleh nak bersabar lagi. Tapi dia tak mahu lepaskan saya walaupun saya pernah melutut dekat kaki dia untuk lepas kan saya.

Tolong apa perlu saya buat sekarang?

– Melodi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *