Untuk part I, (https://iiumc.com/syurga-di-bawah-telapak-kaki-ibu/).
Assalamualaikum, Alhamdulillah terima kasih kepada respon kepada post sebelum ni
Mungkin post terdahulu terlalu lopong. Jadi di sini saya nak terangkan sebab ramai yang cakap dari sebelum kahwin dah ada red flag.
Actually hubungan saya dan mertua sebelum kahwin baik sahaja.
Saya dan suami belajar di university swasta di negeri kami. Jadi semasa belajar saya duduk dengan abang dan ibu saya.
Suami pula dengan family dia. Saya juga rajin ikut mertua pergi shopping (sebelum kahwin) Hubungan kami memang baik. Kecuali kalau suami kata nak kahwin.
5 tahun bercinta dengan suami. 3 tahun belajar, 2 tahun kerja. Selepas itu baru kami buat keputusan untuk kahwin. Suami merupakan lelaki pertama saya kenalkan kepada abang saya.
Jadi memang abang dan ibu saya tak nak saya kawan lama lama (keluarga saya memang kolot bab ni. Kalau ada bawa jumpa keluarga maksudnya hubungan tu serious. Mohon ada yang faham)
Bagi yang kata saya baru rasa nak jaga ibu yang uzur sekarang. Minta maaf, saya memang jaga ibu saya sebelum saya kawin.
Ibu juga yang minta saya berkahwin. Selepas berkahwin abang saya sediakan penjaga untuk ibu. Memandangkan saya kerja dan isteri dia juga berkerja.
Saya tekankan yang saya cuma nak luangkan masa lebih dengan ibu saya.
Saya memang tak friend dengan mertua dekat mana mana media sosial. Tapi ada seorang anak mertua yang rapat dengan saya selalu tengok status saya.
Bila saya update gambar ibu saya. Keesokan hari mesti mertua ada kata “pergi rumah yang sana boleh” padahal baru minggu lepas saya pergi rumah mertua
Sebelum kahwin mertua tak pernah tunjuk perangai begini. So memang tiada red flag langsung. Bapa mertua pula yang suruh suami saya hantar cincin sendiri memandangkan bapa mertua busy.
Suami ada bagitahu hasrat untuk berkahwin kepada family sejak 4 tahun perkenalan kami. Jadi tiada isu membelakangkan ibu mertua.
Selepas kami bertunang. Ibu mertua rajin ajak suami cari barang hantaran saya. Dia lah yang macam excited cari barang. Kami ikat 2 tahun, tapi bila nak dekat majlis suami jumpa abang saya kata duit hantaran tak cukup.
Rupanya dia spend banyak sangat untuk beli barang branded. Masa cari barang hantaran dengan mertua, mertua minta yang branded sebab dia kata malu kalau bagi yang biasa biasa. Keluarga suami orang yang berada.
Manakala suami saya kalau setakat nak tanggung saya, bayar rumah, kereta dan nafkah cukuplah.
Kalau untuk beli barang branded macam founder timbang kilo belum boleh lagi. Saya pon tak minta sebab saya tahu matlamat kami nak ada saving lepas kahwin.
Jika suami kata tak cukup duit untuk beli barang yang mertua minta. Mertua akan cakap dah tahu takda duit kenapa nak kahwin. Tapi
Alhamdulillah sepanjang dua tahun kahwin kami bukan diuji dengan duit. Rezeki kami tak putus dan dapat beli seorang sebiji rumah
Ada yang kata kami tak mendalami agama. Alhamdulillah, sebelum saya post di sini. Saya sudah pon bertanya dengan ustaz. Tapi jawapannya seolah olah meuding jari ke pihak perempuan
1. Hati saya tak cukup bersih sampai tak boleh mengalah dengan mertua
2. Saya perlu ambil hati mertua
3. Anggap mertua macam mak sendiri
4. Jangan buat suami rasa tersepit
Saya cuma belum ada kesempatan nak dapatkan kaunseling sahaja.
Bila jawapan ustaz seolah salahkan saya. Di situ sebenarnya rasa bersalah. Saya cuma nak luangkan masa dengan ibu saya. Tapi setiap kali saya luangkan mertua seolah olah jeles.
Pernah dia kata dekat suami kalau macam ni perangai dia, tunggu dah tua nanti. Saya sebagai isteri saya rasa bersalah.
Tapi Alhamdulillah ada pandangan yang positif. Saya berterima kasih kepada semua yang dah bagi pandangan. Semoga urusan saya dipermudahkan.
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit