Syurga Dibawah Telapak Kaki Ibu

Assalamualaikum, salam jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah syukur diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini.

“Uwekkkk, uwekkkk, uwekkkk”. Itulah suara atau tangisan pertama seorang bayi yang baru sahaja berpindah ke alam dunia dari alam rahim. Bukan rahim Sepahtu, tapi rahim seorang wanita hebat yang bernama Ibu.

Bukti awal kasih dan sayangnya seorang Ibu kepada kita adalah Ibu sanggup bawa kita kemana-mana sahaja,makan makanan yang sihat lagi khasiat dan selalu bercakap dengan kita “adik sihat ke kat dalam ni? tunggu eh sekejap,nanti adik boleh keluar boleh dah jumpa ibu” sambil usap perutnya yang kian membesar. Senyum sambil menitis air mata Ibu tersebut yang sedang menanti kelahiran bayinya. Saya pasti kalau semua orang diberi tunjuk seorang bayi walaupun dia bukan darah daging kita,pasti semua akan tersenyum gembira melihat celoteh bayi itu. Sebab bayi itu kan Penghuni Syurga Allah,mereka tiada dosa.

Tatkala bayi itu membesar menuju ke peringkat kanak-kanak, Mereka dah mula cakap sikit-sikit dengan sebutan yang acah manja tapi Ibu boleh faham. (Salah satu kelebihan Ibu) Dunia mereka adalah dengan bermain, nak main je kerjanya,tak kisah dengan adik beradik ke sepupu ke. “eh nia, jom itee main macak-macak? Comel je nada mereka. Teringat masa sayakecik dulu naik kereta kecik tolak pakai kaki smbil pakai helmet turun bukit. haha tergelak teringat zaman tu.

Seorang Ibu sanggup memenuhi pemintaan kita dek kerana kasihnya ya Allah Ibu kepada kita. Sanggup basuhkan baju,gosok baju sekolah,bagi duit belanja,belikan ‘tab’,mainan dan sebagainya. Ingat tak masa kita semua kecik dulu, Ibu sering berpesan “adik jangan lupa solat,hormat orang tua ye. dah besar nanti jadi orang yang berguna” Alhamdulillah hari demi hari kian berlalu dengan pantas.

Bila dah meningkat remaja, Ibu tak berhenti mecurahkan kasihnya kepada kita dengan menjadikan kita sebagai kawan. Faham masalah kita,tahu apa yang kita rasa, Pendek kata kasih Ibu ni meningkat hari demi hari. Masa di universiti,”along/angah/adik, duit belanja ada lagi ke? makan apa? Ibu rindu lah” itulah ayat yang sering diterima oleh kita dari Ibu. Sebut je nak duit, akan Ibu cari sampai dapat,walaupun masa tu takde duit,atau orang Kelantan kata takdo pitih. Tak ke hebat wanita bernama Ibu ni? Sampai Nabi kita Muhammad SAW pun ada sentuh pasal Ibu berulang kali.

Tergamakkah kita guriskan hati Ibu? yang sanggup berkorban jiwa raga demi melahirkan,menjaga,mendidik,membimbing kita dengan penuh rasa kasih sayang.

Tergamakkah kita menghantar mereka ke rumah orang tua-tua?
Tergamakkah kita berkata ‘Ah” kepada Ibu?

Ya kadang-kadang memang kita ada rasa marah kerana bebelan Ibu,tapi percayalah itu hiburan bagi wanita bak kata Datuk Ustaz Kazim Elias. Janganlah ambik hati.

Jika kita benar-benar menghayati pengorbanan Ibu, takkan pernah terbit 0.0000000001% pun perasaan ingin mengguriskan hati Ibu kita. Syurga kan ada bawah telapak kaki Ibu. Hebatnya Ibu. Tak lupa juga kepada kasihnya Ayah terhadap kita. Cuma abang nak highlight kan Ibu. Jangan cakap abang tak pentingkan ayah ye. Ayah penting,tanpa ayah juga kita takkan berada didunia ni.

Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Doakan saya si Pengembara Dunia.

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit