Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar lagi beberapa hari kita dah nak raya. Aku doakan Allah terima semua amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadan yang akan berlalu pergi tak lama lagi ni… (sedih pulak, huhu)
Aku terpanggil nak kongsi cerita kawan aku ni bila viral baru ni kes makcik yang dibuang anak-anak sehingga terpaksa menghuni rumah orang tua.
Tak lama kemudian menantu makcik ni buat hantaran di fb menceritakan apa yang terjadi yang menyebabkan anak-anak tidak mahu menjaga ibu mereka.
Kawan aku ni adik beradik dia ramai, ibu meninggal masa mereka semua kecik lagi. Bapak pulak tak pernah ada kerja tetap dan bergantung pada pencen arwah ibu yang tak seberapa untuk sara makan minum mereka sekeluarga.
Tapi tu la, duit yang sepatutnya cukup untuk menampung belanja anak-anak yang tengah membesar ni tak sampai semuanya pada mereka, jadi dari kecik ada yang dah mula bekerja cari duit poket sendiri.
Adik beradik kawan aku ni alhamdulillah semuanya pandai2, jadi ada satu masa tu 4-5 orang belajar universiti sebab jarak umur yang dekat.
Bayangkan kos belajar untuk 5 orang sekaligus, memang tak terjangkau untuk keluarga b40. Rezeki diorang adik beradik semuanya dapat ptptn/ biasiswa.
Setakat ni mesti korang tertanya-tanya apa kaitan dengan tajuk confession ni kan?
Kawan aku pernah cerita yang bapak dia ni tak macam bapak orang lain, bapak dia tak kisah pasal anak-anak dari sebelum mak dia meninggal sampai la sesudah itu.
Duit pencen arwah pun hanya dapat 100-200 untuk belanja dapur, selebihnya tak tau ke mana. Bila anak-anak mintak duit belanja sekolah atau uni, memang susah nak dapat.
Kawan aku cakap dia dapat RM5 – RM10 je duit belanja satu sem. Satu sem ye bukan satu minggu. Bayangkan berapa lama RM5 tu tahan pada tahun 2010. Setengah hari pun tak sampai. Terkedu aku mendengarnya.
Aku pun tak tau macam mana mereka survived sebab dari cara dia cerita tu (tak detail sangat sebab dia ni susah nak bercerita) memang bapak dia jenis yang tak peduli kat anak-anak.
Selalu anak-anak kena tinggal berminggu-minggu tanpa duit belanja yang cukup. Kadang-kadang sampai terputus bekalan elektrik. Kalau aku takut kot tinggal kat rumah kampung gelap gelita.
Tapi yang bestnya mereka adik beradik ni sepakat, siapa ada duit lebih, akan kongsi dengan yang lain. Sedara mara juga ada yang sudi membantu sedikit sebanyak walaupun banyak drama disebabkan ramai sedara mara tak suka bapak kawan aku tu.
Setelah beberapa tahun, mereka semua dah bekerja dan berkeluarga. Seronok aku dengar yang semuanya kerja bagus, ada yang jadi professional dan juga pegawai atasan kerajaan.
Ada juga yang kerja biasa-biasa tapi siapa yang ada rezeki lebih, mesti akan tolong adik beradik yang susah.
Mesti korang nak tau apa jadi kat bapak dia kan???
Aku dapat tau bapak dia dapat rumah sebiji dengan segala belanja rumah anak-anak tanggung! Belanja bukan biasa-biasa pulak tu. Agak mewah la untuk bapak dia yang duduk seorang.
Sebagai seorang kawan yang ikut cerita dia dari zaman sekolah memang tak boleh belah wei.
Bila aku tanya kenapa diorang sanggup jaga bapak sampai macam tu sekali, dia jawab, arwah ibu semasa hayatnya sangat menyantuni arwah atok walaupun ibu dan adik beradik tidak dibesarkan oleh arwah atok.
Kisah arwah ibu mereka lebih tragis, aku pun tak ingat sangat ceritanya tapi yang aku ingat arwah sangat disayangi dan dihormati orang sekeliling semasa hayatnya walaupun arwah seorang pendiam.
Katanya kalau nak balas balik perbuatan bapak yang tak bertanggungjawab tu, memang boleh sangat, tapi mereka adik beradik sepakat tak berdendam,
Setiap kali ada rasa marah atau tak puas hati dengan bapak, semangat dan kenangan arwah ibu jadi kekuatan untuk mereka adik beradik terus berbuat baik dan menyantuni bapak.
Memang berat untuk melupakan dan memaafkan tapi tidak mustahil. Katanya bapak la satu-satunya syurga dunia mereka yang tinggal.
Maaf kalau tunggang langgang bahasa aku, lama tak menulis baku. Aku cuba tak nak campur bahasa, jadi kalau ada ayat macam tak kena tu, maafkan la ye hehe
Harapnya ada sesuatu yang baik korang semua dapat dari perkongsian aku ni. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk sentiasa memaafkan sebagai mana kita mahu dimaafkan.
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca IIUM Confession.
– Nobody (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit