Aku gemar membaca. Bab mengarang tak pandai sangat. Mungkin penulisan ini bakal dikecam? Mampukah hati ini menerima?
Belum memulakan, dah ‘over thinking’, judge netizen. Kalau macam tu baik jangan tulis apa2 kan. Harap2 yang suka kecam, tak akan baca penulisanku ini.
Pernah juga meluahkan sekali dulu. Ambil masa lama juga la menaip. Dah siap terus sent terlupa letak alamat E-mel (Tidak akan disiarkan).
Dalam hati berharap dah lupa letak alamat E-mel, harap2 tak sampai la. Dan kalau sampai pun harap2 admin tak siarkan. Kadang2 suka juga mengarang walaupun sedar tak ada seni untuk mengarang dengan baik.
Tak tahu nak mula macam mana? Tapi bagi aku yang level makcik-makcik ni, paling difikirkan kehidupan di ‘Sana Menanti, di sini kata pergi’.
Ya, aku Allah SWT sedang uji dengan sakit yang orang nampak macam sihat. Orang nampak aku macam kuat menghadap ujianNya ini.
Hakikatnya aku berpura-pura kuat ja sebab kalau aku tunjuk lemah pun, sakit aku tak ada orang pun yang dapat sembuhkan pun. Tak ada maknanya untuk aku lemah. Yang penting aku tak berpura-pura untuk tunjuk sakit.
Ya, hati aku selalu juga berdoa ke hadrat Ilahi supaya Yang Maha Kuasa sihatkan aku. Aku percaya Dia makbulkan doaku utk tidak rasa sakit di sebalik ujian penyakit yang sedang aku hidapi.
Aku wanita bekerjaya & boleh berdikari. Aku isteri & ibu. Alhamdulillah rezeki aku ketika negara dilanda bencana Covid-19 ini sentiasa ada.
Mulanya nak juga la bagi tau level pendapatan aku ada kat B40 ka, M40 ka, atau T20 ka, tapi kerana aku terfikir kesusahan rakyat Malaysia tika ini, rasanya lebih baik aku rahsiakan.
Aku cukup makan pakai saja seperti marhaen Malaysia yang lain. Aku asal anak orang kampung, cara hidupku masih sederhana cara orang kampung. Rumah baru ada sebuah & kereta ada sebuah masih dalam hutang dengan bank.
Suami aku anggota berpencen. Sebab aku tak sihat, suami aku buat keputusan untuk nikmati pencen sambil bantu aku & keluarga kecil kami.
Aku & suami dah kahwin hampir 20 tahun. Anak pun dah remaja. Cerita makan hati, sakit hati sepanjang perkahwinan ni terpujuk juga apabila akhirnya apabila suami aku lebih banyak ke dapur berbanding aku.
Walaupun sering kali mulut aku akan berbunyi, “abanggg dapur masak tu tolong kemas lepas guna ya”. (nada sehabis manja yang boleh aku buat). “abanggg, nanti tolong cuci bilik air, bolehhhh?” (padahal jadual cuci bilik air dah terpampang di pintu bilik air.
Ya suami aku dah galas tugas jadi ‘sura rumah’ sepenuh masa. Tapi tu lah aku kena jadi pengarah walaupun kebanyakan aktiviti rumah tangga aku sedar aku terpaksa pejam mata dek sibuknya aku dengan tanggungjawab aku terhadap kerja.
Aku terus bekerja kerana aku nak kumpul pahala. Bila aku ada duit sendiri, aku tak ralat untuk sedekah buat bekal di sana. Aku bebas untuk berbakti kepada ibu bapaku & bantu adik-beradikku sewajarnya.
Aku isteri yang sedang sakit & aku memang tak mampu untuk galas tugas semua aktiviti ‘maid’ di rumah sendiri setiap hari. Masa suami aku bekerja dahulu, aku upah ‘maid’ mingguan untuk kemas rumah aku.
Setiap kita baik suami atau isteri ada kelemahan & kelebihan tertentu. Mengimbau zaman perkenalan dulu, kami pasangan yang kenal melalui ‘telangkai’. Dulu2 lagi memang orang kutuk jika kahwin pilihan ‘blind date’. Bab bercinta sebelum kahwin memang aku tak reti.
Tapi sebelum aku terima nikahnya, aku letak syarat. Sebelum aku setuju dipinang ada soalan kuiz kena bakal tunang aku jawab. Beliau lulus tapi tak la cemerlang pun.
Syarat nikah tambahan versi ikut suka aku. 1. Sambung belajar. & 2. Berhenti merokok.
Suami aku berjaya laksanakan syarat yang aku minta. Tapi sambung belajarnya sampai diploma sajalah. (Aku lelah sendiri jadi tutor encik suami yang dikasihi).
Kami pasangan yang bercinta lepas kahwin. Awal2 lagi suami dah cakap, jika nak apa-apa bagitau. Tapi tu la, bukan semua yang aku bagitau mampu suami sediakan. Paling ketara bab berjalan2. Aku faham saja suami aku tak cukup duit untuk belanja jalan2.
Selalunya aku yang belanja bila bab jalan2 ni. Tapi ziarah terindah beberapa tahun lalu suami aku yang belanja. Ziarah ke Makkah & Madinah sekali dengan Mentua aku.
Gaduh berbaik tu dah jd asam garam dalam rumah tangga kami. Bermasam muka bermanja dah jd rencah teguhnya ikatan jodoh kami.
Pasangan yang baik ni ialah pasangan yang boleh layan kita dengan komunikasi yang baik. Tak ada maki hamun & kata2 kurang sopan terhadap pasangan. Aku pernah sj terasa hati sebab suami kata aku ‘malas’ nak kemas rumah.
Tapi sekarang ni walaupun aku tak parnah balas balik kata2 suami, tapi aku lihat suami aku pun bukan perfect mana pun urus rumah. Banyak yang aku kena tegur baru bergerak.
Alahai ada urusan la nak kena buat.
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit