Assalamualaikum geng readers dan Admin and thanks Admin, aku nak confess pasal pakcik aku sendiri. Aku nak pesan, jangan sesekali menderhakai ibu bapa kita. Buruk padahnya.
Ibu aku ada 5 beradik, dan masing-masing umur dah lebih 50. So korang dah boleh agak kan umur nenek aku berapa ? Okey. Hubungan ibu aku dengan pakcik yang lain ok je. Tapi setelah nenek aku jatuh sakit, hubungan makin renggang.
Masa nenek aku sakit teruk, ibu aku and 2 makcik aku yang jaga. Yang 2 pakcik aku ni main lepas tangan je, even datang jenguk pun jarang, kalau datang pun ada laa 10-20min sembang.
Kadang-kadang kesian tengok nenek aku, dia selalu tinggalkan buah rambutan untuk pakcik aku, hari-hari nenek aku tanya “ada si Jal dengan Jaini call ?” Pastu kalau cakap takde call, mesti nenek aku akan pesan “sibuk laa tu, takprlah. Nanti kalau diorang ada call, katakan nenek ada simpan buah ni untuk diorang. Nanti datang laa ambik”. Ibu aku pun ada call diorang suruh datang ambik, last last sampai ke sudah. Sampai busuk buah tu.
Lepas 2-3 bulan, nenek aku jatuh sakit. Kiranya ni paling teruk laa sebab masuk icu, yang jaga ? Macam biasa laa, ibu aku and 2 makcik aku. Pakcik aku ? Datang hospital, dia pergi kat nenek angkat tangan nenek pastu lepas dari atas. And then cakap, “mak, mak kuatkan mak sihatkann” gila ke apa ? Lepas tu bini pakcik aku ni ada laa sembang2 ngan nenek aku, tapi nenek aku ni kurang dengar. Then dia cakap “mak, mak ni dengar ke pura pura tak dengar?” Wei kurang ajar gila.
Dah laa pakcik aku ni bahasakan diri dia aku-kau dengan nenek. And dia pernah cakap “mak, mak masuk rumah orang tua je lah. Senang sikit, duduk sana mak terjaga. Ada ke patut, aku dengar pun sedih. Duit tiap-tiap bulan dia bagi RM200, kerja pangkat tinggi ketua, anak doctor engineer. Kadang ibu aku terpaksa korek tabung untuk beli lauk and pampers untuk nenek aku (masa tu zaman susah).
Pada 2009 nenek aku meninggal, dan pakcik aku datang hanya di KUBUR sahaja, diulangi DIKUBUR sahaja. Itu pun duduk jauh-jauh. Lepas habis kenduri hari ketiga, dia tanya ibu aku pasal tanah yang keluasannya 5 ekar milik nenek aku, tapi tanah tu dinamakan untuk ibu aku dan adiknya. Pakcik aku siap fight kat mahkamah semata-mata nak nama dia ada dalam tu dan dia nak jual tanah tu.
Start ni mula renggang hubungan ibu aku, sampaikan pakcik aku sanggup maki kitorang. Sanggup buat cerita kat orang kampung, sampai orang kampung anggap ibu aku yang salah, padahal ibu aku berada dipihak yang betul. Tapi ada juga yang percaya dengan ibu aku, yang mana kenal tu tahu laa macam mana. Yang paling aku tak boleh lupa, pakcik jai cakap dekat abang aku “aku doakan korang bercerai laki bini, dan bala sampai ke ibu kau dan keluarga kau”
Dan setelah dia cuba macam-macam benda untuk buat ibu aku masukkan nama dia, tapi ibu tetap berkeras. Dan akhirnya pakcik aku senyap entah apa khabarnya, tapi ibu aku ada bagi RM5k seorang hasil duit jual tanah tu. tapi duit tu digunakan kearah songsang. ada juga dengar cerita yang pakcik jai tu kurus and sakit. Manakala pakcik jaini pula macam orang kurang siuman, anak-anak dia pun ada yang bercerai, dan anak dia sekarang ada yang bergaduh sebab harta.
Aku nak pesan, jagalah ibubapa and hubungan adik beradik. What goes around, comes around. What you do now, is what you get tomorrow.
Semoga kisah pakcik aku ni boleh dijadikan teladan, harta dunia ni hat mana sangat kita nak mewah tu. Bukan boleh bawa ke kunur pun. Sekian, Assalamualaikum.
– Orked
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit