Sorry aku tak pandai susun ayat untuk memudahkan pembaca faham maksud yang tersirat dalam fikiran aku.
Bismillah, ya Allah ampunkan aku atas kelemahan aku tulis luahan seperti ini.
Aku belum mampu beri khidmat yang terbaik untuk suami aku. Jauh sekali kedua orang tuaku mahupun keluarga dan sahabat2 aku.
Aku merupakan pejuang Depression Survivors Malaysia, yang pernah beberapa kali “su1c1de attempt”.
Aku tau confession ini akan dilemparkan stigma2 pelbagai kerana aku juga pendosa yang tak lari dari diuji imannya. Buat survivors2 dari DSM dan Cancer Survivor Malaysia, doaku sentiasa bersama kalian.
Aku pergi membawa diri berhijrah ke negeri kelahiran suami.
Suami aku wallahi seorang suami yang sangat aku cinta kerana Allah. Dan masih merangkak untuk jatuh cinta lagi berkali-kali dengan pasangan halal awal dan akhir ni
Aku sangat mengimpikan kelak dia akan jadi IMAM untuk SOLAT JENAZAHKU. Dia rajin bantu aku.
Cuma dia masih tak bersama aku dari segi ‘sokongan mental’ seperti mana yang aku harapkan kerana hanya dia support system yang aku perlukan teramat sangat saat2 ini.
Aku minta Allah bantu aku untuk teruskan misi survival menjaga nyawa ini. Aku ada anak yang masih perlukan aku. Aku bahagia jadi cikgu kepada anak aku sendiri.
Untuk yang suka bertanya tak takut mati dan sebagainya kepada insan2 seperti kami, pernah ke kalian dibesarkan di tempat yang penuh cabaran?
Tengok keganasan gangster2 pijak orang sana sini depan mata atau di sekolah? Diuji dengan kematian dan kehilangan insan tersayang? Penceraian ibubapa?
Ada kalian rasa iman saya yang bermasalah sehingga saya menjadi mangsa pedofilia dari seawal umur sekolah rendah?
Bukan sekali, dua atau tiga kali bahkan berkali-kali syaitan2 bertopengkan manusia ni lelaki2 durjana ni melakukan “s3xual Harassament dan Grooming” pada aku yang masih mentah.
Ini takdir yang dah tertulis untuk aku.
Aku redha. Tapi sejak dari peristiwa tu aku dah berjanji dengan diri aku, TAK ADA SEORANG LELAKI pun yang aku boleh percaya. Darah daging sendiri pun sanggup kau musnahkan hidupnya.
Aku depression sebab aku tak minta jalan hidup aku seperti ini.
Sehingga nafas ini, tiada keampunan mampu aku beri untuk mereka.
Hanya doa mampu aku titipkan buat bidadari kecil ku ini, dan semua wanita2 lelaki2 kat luar sana dilindungi dari fitnah dunia dan nafsu durjana manusia.
Terkadang, suami meninggalkan aku untuk lepak bersama teman-teman ‘sefikrah’ yang lebih menghiburkan hatinya. Perasaan aku kosong.
Diuji dengan penceraian kedua orang tua, aku tetap teruskan nekad untuk menyempurnakan separuh dari agamaku untuk bersama dia yang aku minta pada Allah suatu masa dulu walau pada awalnya mendapat tentangan dari pihak keluarganya.
Jujur,
Aku rindu syurgaku (suamiku). Aku rindu nak talk heart to heart dengan dia. Tak nak ke luangkan masa untuk dengar semua cerita2 aku sebab aku?
Aku suka ke hospital tempat aku mendapatkan rawatan kerana aku rasa masih lagi diperlukan, aman dan tenang untuk aku bercerita dengan orang yang tidak dikenali.
Aku kerap ulang pada suami. Dia Syurga yang Tak aku Rindukan. Moga dia bahagia dengan sahabat2 seperjuangan dia.
Ya, kita perlu diingatkan tentang dosa dan sebagainya. Aku juga suka baca nasihat2 lembut dan berhemah dari semua. Cuma Allah nampak struggle aku sendirian di sini.
Aku disini bertahan mungkin kerana doa IBU dan ayahku. Cuma jangan campak stigma tak ada iman pada mereka yang diuji.
Korang rajin2 tengok brain scan result, beza pesakit2 anxiety dan sebagainya. Tak sama ya? Dan itu tak diminta dan tak dibuat-buat.
Aku selalu berharap nyawaku tersenarai dari jadi salah sorang yang terkorban atas sebab apapun moga kematian yang baik2 Allah takdirkan untukku setelah episod duka menghantui seumur hidupku.
Namun ya Allah, jika Kau Mengetahui bahawa anakku tidak selamat berada di dunia penuh cabaran dan fitnah akhir zaman ni, izinkanlah aku pergi bersamanya.
Ampunkan aku ya Allah, atas kelemahan hambaMu ini. Ambil nyawaku kerana tempat ini bukan diciptakan untuk insan berhati tisu dan fragile sepertiku.
Korang boleh dengar lagu favourite aku ‘NO ONE KNOW BUT ME’. Dan kegemaran halwa telingaku Surah Al Fajr (berserta terjemahan).
Surah ni sangat istimewa untuk jiwa2 yang mencari ketenangan yang sebenar.
Doakan Allah redha dengan aku. Dan makbulkan segala doa2ku. Moga berbalik kebaikan yang sama buat kalian juga.
Tolong sharekan doa2, warm wishes dan support korang kat aku. Thanks in advance.
Untuk orang yang tiada EMPATI dalam diri sila berwaspada. Malaikat maut mungkin sedang mengintai kita tanpa kita sedari. Jangan jadikan kata2 anda, dosa jariah berpanjangan.
Terlalu banyak aku mahu bercerita tapi cukuplah sampai sini dulu.
– Depression survivor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit