Syurga Yang Tertutup

Aku seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai suami yang bertanggungjawab dan sepasang anak yang sangat comel dan bijak. Syurga yang aku maksudkan bukan lah suami, tetapi ibu. Begitulah tinggi aku meletakkan darjat seorang ibu.

Untuk perkenalan, ibu dan abah berpisah semasa umur aku 16 tahun. Selepas berpisah, aku dan adik beradik tinggal dengan abah di rumah yang sedia ada manakala, beberapa bulan selepas penceraian, ibu berkahwin dengan lelaki pilihannya yang lebih muda. Ibu tinggal dalam satu daerah yang sama. Cuma kami jarang bertemu mungkin disebabkan rasa marah terhadap suami ibu.

Masa berlalu, aku bernikah dengan suami semasa berusia 23 tahun. Aku mula rapat dengan ibu semula selepas melahirkan anak yang pertama kerana berpantang dirumah ibu. Aku mengambil masa yang agak lama untuk belajar menjadi seorang ‘ibu’. Jadi, aku mengambil keputusan untuk stay agak lama dirumah ibu memandangkan selepas berkahwin, aku masih tinggal di rumah abah.

Setelah hampir sebulan, aku mula merasakan yang ibu seakan tidak selesa aku tinggal di rumahnya. Aku memberitahu suami dan suami bersetuju untuk pulang ke rumah abah walaupun aku masih takut dan tidak yakin. Alhamdulillah, semua baik2 sahaja.

Beberapa bulan selepas tu, suami mencari rumah sewa untuk keselesaan anak kami, dan rumah itu tidak jauh dengan rumah ibu memandangkan rumah itu juga berdekatan dengan tempat kerja suami. Ibu dan ayah tiri kelihatan gembira dengan keputusan kami. Dan aku kerap datang ke rumah ibu dengan menagih rasa rindu yang lama terpendam selepas penceraian tersebut. Aku akan datang 3 kali seminggu.

Lama kelamaan, aku perasan ibu seakan2 selalu memberi alasan tiada di rumah dan sebagainya sekiranya aku mahu datang. Jadi, disebabkan rasa bersalah, aku pun kurangkan datang kerumah ibu. Aku fikir mungkin ibu letih melayan anak2 aku yang mula melasak walaupun ibu cuma duduk. Aku sendri yang menguruskan anak2 walau dimana.

Sejak 6 bulan yang lepas, aku berpindah satu taman dengan ibu. Lebih dekat dari rumah yang sebelumnya. Disebabkan ibu dan suaminya telah beberapa kali memberi ‘hint’ bahawa mereka tidak selesa dengan kehadiran aku dan anak2. Aku hanya menjengah mereka sekali seminggu sekadar bertanya khabar.

Tetapi lain pula reaksi mereka. Mereka seakan terasa pula bila aku sudah jarang ke rumah mereka.Aku jadi buntu. Aku just beritahu mereka aku takut sekiranya aku datang, mereka sedang sibuk. Lalu ibu membalas, ibu memang sibuk.

Tipulah kalau kata hati seorang anak itu tidak terasa bila ibu nya sendiri tidak suka dengan kehadiran nya. Aku masih datang, tapi cuma menyinggah. Tidak lagi bertandang seperti dulu. Aku datang cuma 2 mggu sekali. Itupun kalau ada suami ataupun datang bersama adik beradik lain.

2 hari lepas, adik lelaki aku datang ke rumah ibu. Aku ikut sama. Semasa sedang berborak, ayah tiri memberitahu aku secara berbisik bahawa ibu sudah tidak bekerja. Aku iyakan sahaja. Tetapi aku faham, maksudnya sekarang ibu hari2 akan berada di rumah, tetapi ibu tidak akan menerima aku sebagai tetamu. Aku dapat tangkap apa yang cuba disampaikan oleh ayah tiri aku.

Aku cuma berdiam. Kini, giliran ibu sendri memberitahu bahawa ibu sudah tidak bekerja tetapi pintu rumah ibu tutup sambil memandang aku. Aku dengar. Aku diam. Perkara itu diulang lagi oleh ayah tiri aku secara terang bahawa maksud ibu adalah pintu rumah ibu tertutup untuk aku. Ya, untuk aku. Tiada selindung. Berulang kali disebut. Sehingga aku jawab, ya.

Aku perlukan pendapat. Aku juga seorang ibu walau anak2 aku masih kecil. Tetapi aku tidak dapat membaca kenapa ibu begitu menyampah dengan aku walhal kalau aku tak datang, mereka terasa. Tapi dalam masa yang sama mereka selalu pesan jangan datang. Walaupun cuma menyinggah sekali setiap 2 minggu, aku tetap diberi warning. Sumpah sedih.

Aku harap, readers boleh share pendapat dengan aku supaya aku stay positive. Since aku jugak tengah struggle dengan minor depression, benda ni sangat effect aku.

– Miss B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *