Syurgaku Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Assalamualaikum,

Saya seorang gadis yang telah kematian bapa. Dan saya anak sulung. Saya seorang sahaja perempuan dan mempunyai adik lelaki. Telah 19 tahun ibu saya sakit.Tapi di sini saya tak nak mention apa penyakit ibu saya supaya orang tidak tahu siapa saya. Cuma kalau disebut nama penyakit, kita hanya akan faham “oo yang macam ini yer?” Tapi penyakit ibu saya,nama penyakit sama macam penghidap lain, tapi symptom yang dia alami, saya sendiri tak pernah tengok dan doktor sendiri pun cakap “saya sendiri tidak pernah jumpa pesakit seperti ibu awak.Complicated!” Itu doctor pakar cakap. Niat saya hanya untuk berkongsi.

Kalau ditanya tak pernah cuba kaedah perubatan Islam? Ya dah banyak hatta jumpa Ustaz Harun Din. Tapi Allah belum izinkan ibu saya sembuh.Hospital pun, dari di pantai timur,KL dan Selangor, hospital di utara semua dah pergi kecuali di Selatan belum sampai. Kami bukan orang kaya.Ibu saya seorang suri rumah, dan arwah bapa saya bekerja kerajaan dan masih belum pencen ketika meninggal dunia.Keadaan ibu saya memerlukan orang lain di sampingnya setiap masa.

Jadi sebelum ini,masa arwah bapa saya ada,kami ada maid. Masa itu gaji maid murah tidak macam sekarang. Dan dia tinggal selama 10 tahun. Tahun yang bapa saya meninggal, maid dah balik dan tiada pengganti. Sekarang saya tidak bekerja, dan menjaga ibu saya. Jadi masa saya belajar dulu maidlah yang jaga ibu saya. Kadang arwah bapa saya ada,walaupun mata arwah tak berapa Nampak,ada sakit jantung dan diabetes, dia sanggup pergi kerja untuk mencari rezeki buat kami anak beranak.

Pada permulaan saya menjaga ibu, selalu saya dengar dari mulut orang perkataan sabar. Bagi saya, sabar itu senang untuk dilafazkan Tetapi untuk melakukannya sungguh sukar sekali. Nak keluar rumah susah.Kena berkorban banyak perkara. Saya bukan jenis kaki shopping, ada sale nak beli. Biasanya saya masuk supermarket tengok-tengok dan keluar. Cuci mata je.Dah dok di rumah rasa tension macam tak tengok dunia luar.Kadang beli buku je untuk dijadikan bahan bacaan.

Tapi,bila di situasi ini,saya nampak beberapa perkara :

1- Saudara mara hanya pilih kasih. Kita yang tidak kaya, dia tidak peduli. Yang kaya disanjung. Yang datang membantu adalah kawan sedangkan mereka tiada pertalian darah. Telefon bertanya khabar pun tidak. Masa ibu sihat, hari-hari datang bungkus makanan.

2- Allah sentiasa bantu saya walaupun saya tidak bekerja. Ada sahaja rezeki saya. Kadang adik saya berikan duit,ada kawan yang tolong buatkan hantaran majlis pertunangan saya, ada yang tolong berikan barang untuk majlis pertunangan saya. Semua orang yang tiada pertalian darah dengan saya.Tapi sedara? Datang pada majlis, bawa makanan kemudian mengutuk pihak lelaki kerana lewat tiba.

3- Disebabkan mulut badan binasa. Arwah Ayah selalu cakap, hari ini mereka tiada di saat kita susah, sanggup menipu orang lain dengan mengatakan datang ziarah kita. Allah ada, Allah yang akan beri pembalasan. Hari ini,dah sampai pada tahap itu. Tapi seperti biasa,mereka tidak pernah serik.

4- Selalu bertanya saya, “nak berkahwin ini siapa nak menjaga ibu saya?” Saya jawab, saya yang akan jaga. Kadang hati panas juga dengan manusia seperti ini. Saya jawab “Selama ini siapa yang jaga dia? Saya! Maka saya yang akan jaga dia”. Bila jawab macam itu, ditanya pula “Bakal suami nak jaga ker, takut sekarang je terima,nanti dia hantar balik semula”.

Dan banyak lagi. Siap ada mendoakan penceraian saya. Sebenarnya macam-macam lagi saya dah lalui. Sampai 1 tahap, saya cakap pada diri, “Ingat, hari tu janji pada ayah nak jaga ayah dan ibu! Ayah dah takde, sekarang ada ibu sahaja.Ibu pun manusia. 1 Hari nanti saya pun akan tua. Dan saya sendiri akan lalui apa yang ibu saya lalui.” Saya kuat sekarang kerana ada ibu. Kalau tanpa ibu,semua orang dah buang saya. Apa saya buat, semua salah di mata orang. Orang nak bercakap,cakap apa mereka mahu kerana mereka tidak berada di tempat saya. Kalau nak cakap saya kuat, saya tidak kuat. Tapi ujian Allah bagi dekat saya dalam tempoh yang agak panjang ini, sedikit demi sedikit saya belajar untuk memahami beberapa perkara.

Perkara pertama, apa orang mengata, sila abaikan. Kedua, hidup ini terlalu singkat. Ketiga, apa yang saya dah buat untuk hari akhirat saya? Jujurnya, menjaga orang sakit ini perlu kesabaran yang terlampau tinggi terutama menjaga orang tua. Kerana mereka kembali seperti kanak-kanak dan kadangkala degil. Kadang saya pun tertekan dan marah ibu saya. Selepas marah saya menyesal.Kadang marah sambil tahan nangis sebab terlampau tekanan. Kadang saya fikir, orang lain menjaga orang sakit dapat pahala, saya dapat dosa sebab marah ibu saya. Saya kuat di pandangan orang kerana saya sedang laluinya dan anda tidak laluinya. Tapi pilihan apa yang saya ada? Lari dari masalah tidak akan menyelesaikan masalah. Allah uji tanda Allah sayang saya.

Pastinya ada yang berkata, dulu masa kecil ibu yang jaga kita.Sekarang giliran kita. Ya betul. Menjaga budak kecil dan menjaga orang dewasa agak berbeza. Terutama mengangkat orang sakit,kena tahan dengan kedegilan mereka dan bermacam perkara lagi. Apa pun saya tetap akan menjaga ibu saya. Saya tidak percaya orang lain untuk menjaga ibu saya even adik beradik saya sendiri. Biarlah saya susah sekarang, yang penting hasilnya saya dapat di akhirat. Ibu saya adalah syurga saya sekarang.Kawan-kawan yang ada ibu dan bapa,berbaktilah kepada mereka. Inilah peluang kita untuk mengutip pahala. Bila mereka tiada lagi, tiada lagi orang yang akan doakan kita.

Maaf coretan saya agak panjang.

– Baby

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit