T20 Yang Tersepit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca2 IIUM Confession yang dihormati semua…

Confession ni bukanlah apa2 yang serius pon cuma saja nak luahkan rasa hati ni… aku mengharapkan mungkin ada nasihat2 yang aku boleh take note nanti untuk improve kan aku punya status kewangan.. atau ada yang share pengalaman macamana korang improve ekonomi keluarga korang…

Seperti tajuk, aku ni kalau ikut pendapatan isi rumah tergolong dalam T20 tapi yang paling bawah skali…aku rasa kalau tolak rm50 aku dah boleh masuk M40 (pendapatan bersih setelah tolak kwsp dan cukai)… haha.

Mungkin T20 aku tu kira jumlah pendapatan sebelum tolak cukai dan kwsp. Dan oleh sebab tu aku tak layak terima apa2 imbuhan dari kerajaan… apa benda bph, bpn semua aku tak layak…

Tak kisah pon sebab bantuan tu memang untuk yang memerlukan walaupun aku tahu ada golongan T20 yang tak declare pendapatan (maybe buat bisnes) dapat jugak.

Aku ada anak 2 orang insyaAllah nak masuk 3, ada rumah, ada kereta… semua sederhana saja… tak mahal mana… ramai orang ingat T20 ni hidup selesa kan tapi aku rasa biasa saja… serba sederhana. Aku tak kisah pon, sebab aku memang asal dari keluarga susah…

Ayah keja kampung gaji lebih kurang 600 lebih saja sebulan, mak aku tak kerja… tapi ayah aku hebat, dia jenis jimat cermat… mampu besarkan kami adik beradik dalam kehidupan serba sederhana. Alhamdulillah berkat usaha mak ayah aku, aku sekarang dapat kerja yang ok dan selesa…

Berbalik pada cerita aku, aku rasa hidup kat malaysia ni macam disekat untuk jadi kaya… hahaha…. kat negara lain aku tak tau lah, mungkin ada yang lagi teruk dari malaysia atau ada yang lagi ok…

Maksud aku aku teringin nak rasa money freedom tu… nak makan sedap tiap2 hari… nak melancong ke luar negara dalam negara tak payah fikir banyak… tak perlu nak kumpul2 duit dulu, save budget…

Bayangkan gaji aku baru banyak tu dah kena cukai… tak masuk lagi cukai pintu, cukai tanah… segala bapak cukai. Cukai pendapatan tu memanglah boleh claim balik dan ganti dengan bayar zakat nnti. Tapi bila kena potong tu mengganggu jugak la perjalanan kewangan keluarga….

Aku rasa kerajaan kena kaji balik berapa pendapatan yang perlu dicukai ni… belanja hidup sekarang makin tinggi kot… takat gaji 10k tu tak payah la dok cukai sangat.

Belanja nak besarkan anak2 bukan sikit… masuk tadika… yuran tahunan mak ai.. mahai benor. Dengan susu pampers, aku rasa sorang anak 1k jugak sebulan habis.

Hantar taska 2 anak sebulan paling kurang 500, tapi yang boleh kecuali dari cukai cuma 1k setahun tak kira berapa orang anak kau ada… haha..

Ya aku rasa ramai akan terfikir tak boleh harap kerja makan gaji sahaja sekarang, kena ada side income bisnes..

Memang aku dengan suami tengah usahakan bisnes… cuma kami dua2 tak ada basic dan pengalaman jadi sedang merangkak2 la sekarang ditambah kekangan masa dan tenaga dengan kerja hakiki.

Bisnes pon tak boleh nak rancak sangat… nanti ada yang bising di tempat kerja hakiki kalau ada sikit silap atau tak perform orang kata.

Jadi kami slow2 bisnes… tugas hakiki tetap kami jalankan dengan penuh tanggungjawab. Harapan kami moga suatu hari nanti kami mampu untuk lepaskan jawatan hakiki dan terukan bisnes dan usaha untuk dapat money freedom tu…

Ya aku tahu tak mudah bisnes ni… ada naik turun… harap aku kuat nak hadap semua tu. Dan seperkara lagi aku rasa dah muak dengan keja hakiki, makin tinggi pangkat makin banyak skop tugas yang diberi.

Perlu hadap pulak macam2 kerenah orang atasan. Tambah2 bila orang tahu kau buat bisnes, banyak la mata2 memerhati, tunggu masa kau buat silap terus nama kau naik… cuti anak demam pon salah bisnes kau… haha.

Bab bisnes ni pon aku rasa kat malaysia ni macam kekangan sangat. Contoh aku kerja kerajaan tak boleh nak daftar ssm… nasiblah laki aku keja swasta… kalau dua2 lakibini kerja kerajaan kesian tak boleh daftar ssm. Kenapa nak sekat macam tu ya?

Lepas tu kau dah penat2 kerah tenaga dan keringat… lepas dah rugi puluh2 ribu, baru nak rasa untung sikit dah kena cukai pulak… huhu.

Bab sedekah, zakat tu aku tak kisah… itu memang kewajipan umat islam, pelaburan untuk akhirat. Cuma aku tak berkenan cukai ni sebab dia macam memaksa dan kita tak tahu betul2 ia disalurkan ke mana.

So point confession aku ni aku rasa macam takrifan T20 tu tak tepat kat Malaysia ni… dan segala cukai2 dan kekangan untuk rakyat majukan ekonomi keluarga perlu di kaji semula. Jangan terlalu banyak syarat2 tak masuk akal dikenakan untuk mulakan/ jalankan perniagaan.

Akhir kata…

Aku bersyukur sangat2, dari dulu pernah merasa hidup susah, kemudian sederhana… syukur sangat pada Allah atas rezeki ni. Dan syukur juga kami masih belum hilang pekerjaan di zaman2 covid ni walaupun ramai yang sedang diuji….

Tapi aku tak nak selesa dan berserah, aku nak usaha lebih, aku nak sampai tahap aku boleh bagi dan bantu siapa saja terutama mak ayah adik beradik aku dan family in law aku.

Berapa saja dan bila2 saja. Aku nak rumah yang selesa, aku bebas nak makan sedap bila2 saja, nak melancong ke mana saja… beli apa saja…. bawa mak ayah dan mak mertua aku pergi umrah dan jalan2 di arab saudi ke jordan ka…

Kalau nampak orang susah aku boleh hulur berapa saja dan bantu secara berterusan macam ustaz ebit liew… hehe…

Aku pon tak tahu ada rezeki atau tak… usaha dan doa dulu. Berangan dulu sikit2… hehe… walaupun kalau tengok bisnes kami sekarang masih jauh dari impian… hahaha…

Moga ada rezeki untuk kami dan pembaca yang ada niat untuk majukan hidup. Sambil usaha untuk dunia, akhirat jangan dilupa (pesan untuk diri aku sendiri)…

– Mak Cik T20 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *