Assalamualaikum.. aku kenalkan diri sebagai Aimie, seorang gadis biasa yang berumur 27 tahun. Aku seorang yang berkelulusan ijazah sarjana muda tapi bekerja sekarang bukan dalam bidang yang sepatutnya. Itu saja untuk pengenalan.
Alkisahnya, aku tak pernah bercinta dan memandangkan usia ku dah menghampiri 30an, mak aku selalu bising nak kenenkan dengan anak-anak kawan dia. Tapi setakat ni tak ada sorang pon yang berhasil.
Sampai lah minggu lepas, ada sorang kawan mak aku ni datang umah cakap nak tengok aku which means kengkononnya nak merisik la. Dia datang skali ngan anak laki dia, bakal jodoh aku. hihi. Aku punya lah gelabah ayam, yelah bakal mak mertua dan bakal jodoh datang kot, hahaha. Alhamdulillah, everything went well. So start la kitorang bertukar nombor telefon, tapi mak-mak kitorang yang sembang. aku ngan budak laki tu memang tak sembang apa pon.
Tiga hari kemudian, si laki tu ada whatsapp aku. Salam perkenalan kononnya. And dia cakap kat aku untuk mintak masa sebab dia nak buat istikharah. Okay fine, aku setuju sebab aku pon tak kenal dia kan. AKu ragu-ragu jugak nak jadi isteri orang yang tak pernah kita kenal ni. So kitorang setuju untuk bagi masa kat masing-masing.
Yang jadi masalahnya sekarang, dah hampir 2 minggu dia still tak whatsapp aku. Tak tau apa keputusan dia sekarang ni. Aku serba-salah sebab sebenarnya aku dah start suka kat dia lepas beberapa siri istikharah dan istisyarah bersama family aku.
Nak tanya pendapat korang, rasa macam proper tak kalau aku yang start whatsapp dia dulu? Kang nampak sangat macam aku ni terhegeh-hegeh kat dia pula…
_bakal isteri awak_
– -Bakal isteri awak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit