Sekiranya confession aku ini disiarkan terima kasih diucapkan kepada admin.Hidung berdarah lagi meh.Apa lagi penyelesaiannya kalau bukan ambik sehelai tisu dan lap sehingga tiada lagi darah yang mengalir keluar.Marah,kecewa,sedih kini ku rasai.Waktu aku tengah tulis confession ni pun otak aku memang dah kosong habis kaku tak tahu nak buat apa lagi melainkan cuba untuk bertahan dan tabahkan diri sendiri.
Semalam mak aku call sebelum aku ready nak solat Subuh.Waktu tu aku dah rasa semacam asal lah mak aku call pagi buta ni kan.Lepas je aku habis cakap dengan mak aku,tangan aku menggigil wei dan memang kaku terus.Dah tak tahu nak buat apa lepas dengar berita yang mak aku bagi tahu.Guess what?Ayah aku buat hal lagi.Ada skandal dengan janda mana ntah.Tapi yang pasti ayah aku memang tak serik.Tahun lepas pun macam tu jugak perangainya,tapi kantoi dengan kitaorang 1 family yang dia dah kahwin pun dengan mak tiri aku sekarang ni.Without pengetahuan mak dan jugak adik-beradik aku yang lain.Aku?Memang speechless habis sebab aku antara yang paling rapat dengan ayah.Waktu tu jangan cakaplah aku punya nyampah dan benci tu sampai aku jarang balik rumah dan call ayah aku.Kalau aku call pun,aku just call mak aku je tanya khabar dia dan bagi kata-kata semangat.
Mak aku?Seorang perempuan yang dari luaran kau tak kan pernah sangka dia sedang cuba bertahan dan tabah dengan sikap suaminya.Ntahlah sekarang ni aku pun buntu tak tahu nak buat apa melainkan hanya tawakal dan doa sahaja kepada allah mudah-mudahan allah lembutkan hati ayah aku untuk berubah.Bukan aku tak cuba untuk nasihat ayah aku tapi ibarat mencurah air ke daun keladi kata orang.Adik beradik aku pun dah cuba buat perkara yang sama dengan aku tapi akhirnya diorang pun give up dan fed up dengan ayah aku.Atas sebab itulah aku buat keputusan nak berhenti kerja bulan Mei ni untuk jaga mak ayah aku kat kampung nanti.Bukan nak cakap apalah berat jugaklah aku nak decide untuk resign sebab kerja aku sekarang ni sebagai seorang guru yang memang aku minat habis.Tapi tulah aku pun terpikir kalau aku resign nanti,apalah nasib student aku.Dahlah diorang semua tu nakal manja dan kena bagi perhatian lebih dan agaknya cikgu baru nanti boleh ke handle perangai diorang dan jugak diorang boleh ke terima cikgu baru tu?Banyak wei persoalan yang aku pikir punya pikir sampai stress jugaklah.Apa pun aku harap aku boleh naikkan prestasi student aku nanti untuk peperiksaan pertengahan tahun ni.At least aku pun senang hati nak lepaskan diorang nanti.Kenapa aku terpikir nak berhenti?Sebab mak aku sekarang ni dah tak sihat dan segagah macam dulu.Aku je yang boleh diharapkan di kalangan adik beradik sebab aku yang bongsu dan tak kahwin lagi,so tak ada komitmen lah sangat tak macam abang dengan kakak aku.
Oh ya sebelum aku nak habiskan cerita aku ni,aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat doktor Ahmad(bukan nama sebenar).Sebab tadi dia ada wassap aku suruh makan ubat dan bebel apa ntah yang aku balas dengan bluetick je.Manalah tau kan doktor Ahmad tu baca ke confession aku ni.Dan aku pun nak mintak maaf jugak kat doktor Ahmad sebab ambik sambil lewa je nasihat dia pasal sakit aku ni.Apa pun doktor adalah diantara orang yang baik hatinya yang allah takdirkan untuk merawat sakit aku ni.Nak tahu tak?Aku pun tak sangka wei doktor Ahmad ni yang rawat aku masa aku wat medical check up dulu sebab dia ni sebenarnya senior waktu aku sekolah maahad dulu.
Korang yang baca confession aku ni.Doakan aku kuat boleh?Sebab waktu ni keadaan aku pun dah makin tak baik.Berat badan aku makin susut,selera makan pun makin berkurang.Aku kalau boleh tak nak lah tengok orang yang aku sayang sedih dan kecewa macam ni.Cukuplah biar aku je yang tanggung sorang-sorang.Kalaulah aku ada kuasa adiputra boleh pindahkan emosi dan sakit hati tu dah lama aku buat aku pindahkan kesengsaraan mak aku pada aku tapi sedar semua tu tak akan dapat mengurangkan rasa sakit yang mak aku pendam selama ni.Dan jugak aku harap aku pun tak give up nak cepat sihat.Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan allah selalu.Amin.Maaf kalau cerita aku ini banyak kesalahan tatabahasa ke atau bahasa kurang menarik sebab aku cikgu subjek matematik je.hihihi.
– iman dania
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit