Tabah Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum …pertama sekali aku ucapkan thanks pada admin kalau dapat publish kan story aku ni …sorry sebab panggilan aku bag panggilan diri aku …okay apa yang aku nak share ni bukan nak aib kan keluarga sendiri ke apa ke …ni aku ikhlas nak share …sebab bagi aku maybe Ada jugak nasib yang lebih Kurang sama dengan aku …

Okay aku ni bukannya asal keluarga yang senang …Dari kecik aku dah rasa hidup susah …susah macam mana ??? Nanti aku cerita one by one …aku Ada 3 orang Adik beradik…aku Anak kedua…yes anak kedua ni Ada sifat dia tersendiri…tapi Adik aku sejak kecik duduk dengan makcik…just akak dan aku saja mak jaga..Adik aku duduk dengan mak aku punya adik…dia nak sebab Tak Ada anak kecik masa tu sebab anak dia semua dah besar,..Kira kehidupan Adik aku terjamin gila …mewah beb …tiap Kali raya balik rumah mak aku barang dia hem jangan cakap lah..,aku mak mampu bagi pakai baju yang harga sepasang 15 ringgit …tapi aku dengan akak Tak pernah mengeluh sebab aku dah Syukur sangat sebab janji Ada baju raya…

Okay sebab apa tabahnya seorang ibu??? Okay mak aku ni hanya meniaga warung kampung ja …buat nasi lemak semua la …masa kecik pergi meniaga naik bas ja beb…kitaorang duduk flat ja masa tu…pergi mana mana naik bas…nak makan KFC ke pizza ke Boleh Kira setahun tu berapa Kali ja …tapi Tak apa semua tu Tak penting….

Nak diringkaskan…ayah aku bekas banduan…tapi sedikit detik pun aku Tak pernah benci dia …sebab aku kenal dia macam mana …anak anak dia Tak pernah pukul ke marah ke …duit kadang bersepah (duit balance ) Kat rumah sikit Tak pernah hilang …aku hormat dia …selalu ingat kan anak dia solat…benda wajib yang kena buat…tapi apa salah bapak aku??? Sampai Adik beradik mak aku semua benci dia !!!! Benci tahap aku Tak tahu nak cakap macam mana …Sampai kan Adik mak aku raya pun Tak nak salam bapak aku…sebab apa ??? Sebab bapak aku bekas banduan…

Weh korang dapat rasa Tak apa aku rasa ??? Hinanya bapak aku Kat mata diorang…masa bapak aku dekat dalam (penjara) makcik (kakak mak aku ) suruh mak aku bercerai dengan mak aku !!! Kau rasa tu sokongan ke apa ??? Masa bapak aku dalam tahanan …memang hidup kitaorang susah …sangat susah …memang mak aku meniaga…tapi Tak tahu lah nasib masa tu Allah nak uji…makan pun pernah tahap cecah biskut dengan air masak …bila nak Pinjam Adik beradik semua berkata… dah Tak nak tolong dah la Tak yah Canang sana sini!!! Bila nak pnjam nenek Tak dapat tapi bercerita…hinanya family aku time tu..,

Hidup kitaorang susah Sampai aku umur dekat 16 tahun baru rasa dapat bernafas skit …masa susah dlu bila Tak dpaat Pinjam duit…memang mak aku pinjam ah long…bukan seorang ah long tapi lebih Dari 3!!! Kau bayang kan …meniaga habis bayar ah long ja…nak hidup punya pasal…

Aku memang sejak umur 13 tahun aku dah kerja part time…balik sekolah pastu hujung minggu …mana Ada aku kerja …so aku dah tee biasa hidup susah dan Cari duit sendiri …even mak aku Tak bagi sebab dia tak nak Adik beradik mengata dia susahkan anak dia… apa peduli aku…bukan dorang bagi duit…memang ad yang tolong tapi entahla bagi aku macam kalau tolong mengata buat apa…tapi Ada jugak yang tolong okay ja …tapi still Ada yang Tak suka bapak aku..yela ipar ja …

Aku pendekkan jela…panjang nau takut bosan …hahaha …betul janji Allah…dia yang beri ujian dia jugak beri penyelesaian…dan semua terjadi semua mematangkan aku.. dan ni takdir yang harus aku terima…

ipar yang duk mengata pasal bapak aku..sorang sorang anak diaorang aku tengok lagi teruk …jangan kan masuk penjara …lagi teruk Dari tu pun Ada…tapi kitaorang satu family dah malas nak fkir …apa yang terjadi pada bapak aku…itu kisah silam dia..tapi dalam mendidik anak dia …dia Tak pernah abaikan…Sekarang bapak aku jauh lebih bagus …meski dia bekas banduan…aku tahu bukan salah dia …hanya untuk cari duit mungkin dengan cara yang salah untuk bagi anak isteri makan tapi lain jadi..susah time tu …nak Cari duit sanggup buat apa ja …

Alhamdulillah walaupun aku anak bekas banduan …anak peniaga nasi lemak …aku berjaya tamatkan pelajaran aku dengan sengenggam diploma…pengurusan dan pengajian Islam …paling aku sayu dan sedih …bila aku balik…bapak aku dan mak Akan cakap ni la anak saya yang belajar tu..universiti…beb …pandangan orang pada mak bapak aku time tu aku rasa Allah ja yang tahu betapa bersyukurnya aku …

Tapi bagi aku…ujian yang mak aku lalui…paling aku Tak dapat lupakan…sejarah dalam keluarga…besar kan anak even suami dekat penjara…Pinjam ahlong…meniaga tu meniaga ni…nak besarkan kitaorang… ya Allah kau permudahkan dan kau tempatkan mereka syurga kelak akhirat Ya Allah Ameen …

Satu ja aku nak pesan…kalau Ada antara korang yang senasib dengan aku …atau lebih teruk..jangan pernah mengeluh…sebab ni semua Akan buat kau kuat….even parents kau teruk macam mana …kau jangan pernah benci…redha korang terletak pada diorang…..
Maaf kalau cerita aku tak brapa nak best sebab aku kongsi apa aku rasa… Tq admin…dan aku harap korang doakan dan Kita Sama sama doakan sesama Kita kebahagiaan di dunia dan akhirat …Ameen

– Iris

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit