Assalamualaikum rakyat marhain sekalian. Terima kasih buat admin kalau sudi postkan tulisan aku ni. Aku doakan admin iium confessions dengan semua yang masih hidup semoga kome tabah menjalani tahun 2017. Aku ni 20an dan bekerja di sebuah sekolah sampai pukul 5 petang. Aku nak cerita pasai kakak sulung aku. Aku namakan dia kaklong jelah. Kak aku ni kahwin dah 9 tahun. Laki kak aku ni army dan orang berpangkat lah jugak. Kak aku ni housewife. Depa ada 3 orang anak semua hero belaka. Anak first kak aku autism yang hyper punya tu. Aku banyak geram dekat anak anak kak aku terutama yang autism tulah. Barang-barang aku banyak rosak sebab anak² kak aku ni. Oh btw aku duduk dengan mak aku. Kak aku ni duduk dengan kami sejak bulan 4 lagi. Sebab laki dia kena kursus dekat kl. Sebelum ni depa duduk rumah sendiri dekat pulau. Jadinya dia nak hadap anak dia 3 orang tu masalah sikit. So dia baliklah duduk dengan mak aku.
Jujur cakap, bila dia dan anak² dia stay sini aku macam geram kekadang. Yalah pi hantar anak dia sekolah pepagi, ambik anak dia pepetang semua mak aku kena teman. Fyi kakak aku ni sejak kahwin tak pernah drive. Lesen ada tapi yalah nak pi mana semua dengan laki dia kan. So sepanjang 7 tahun lah tak drive. Tetiba bila laki dia kursus lama gitu, nak taknak dia kenalah drive. Kalau dak sapa nak hantar. Aku? Memang taklah. Bila depa duduk sini aku rasa tak aman. Aku geram, menyampah sebab aku rasa keamanan aku kat rumah ni dah hilang. Anak² dia asyik bising,mengamuk,cry sokmo. Rumah aku 2 tingkat so atas papan. Depa selalu lompat kat atas tu pungpang pungpang. Aku tak boleh nak sabar kekadang. Oh aku juga seorang makcik yang garang and I dont like children. Bila anak² dia buat hal or menggeramkan aku, aku akan marah, cubit, rotan tapak kaki takpun gigit tangan budak bertiga tu. Cumanya taklah kekuat sampai berbekas lebam bagai. Bila dah kak aku kena drive hantar anak² dia sekolah, taska bagai. Kena ada orang teman. Dia tak boleh handle sensorang takut anak dia mengamuk tetiba. Jadinya mak aku lah kena teman. Serius aku kesian dekat mak aku. Dengan kerja, layan cucu yang hingaq bagai semua. Sekolah si abang tu 30 minit dari rumah kami. Yang lagi 2 beradik tu hantar taska ja dekat area sini.
Dan dalam lepas raya ritu katanya tahun 2017 depa akan pindah duduk kl. Time tu aku rasa macam lega gila. Aku selalu kata dekat diri takpa sabar sikit lagi ja depa dah nak keluar. Dan tuptup laki dia apply pi oversea. Nak kerja dengan pertahanan sanalah. Selama 3 bulan. Aku time tu adoii stress. Baru ingat nak lega tapi lain pulak jadi. Aku ada tanya kak aku dia tak halang or cakap ka dekat laki dia tak payah lah pi. Pasai anak dia tu autism. Perlu perhatian bapak dia kot haaa. Lagi 2 orang tu pun sama. Aku faham tugas suami, ayah ni cari nafkah. Tapi tak fikir ka aku biar anak bini aku duduk dengan inlaw aku family depa okay ka? Selesa ka? Ipar aku, mak mentua aku larat ka nak hadap semua tu? Kak aku kata dia dah bagitau laki dia. Tapi laki dia still nak pi jugak. Laki dia apply ya dan dapat. Bukan laki dia terima offer ke oversea. Dan kak aku kedua bersalin awal disember ritu. Kiranya dia pun balik mai berpantang dekat rumah mak aku ni selama 100 hari. Dan bertambahlah bebudak dalam rumah ni jadinya dan bertambahlah sakit kepala aku haha. Kak kedua aku anak dah 3 orang termasuk yang baru lahir. bermulalah episod abg yang autism ni akan masuk sekolah khas. Dan mak aku pun suruhlah aku teman kakak aku pepagi buta tu hantar anak dia sekolah. Aku terus cakap kat mak aku kenapa pulak aku? Dekat ja pun. Pi lah sendiri blablabla. Bukan payah pun. Dan mak aku cakap tak larat nak teman. Terus aku diam dan kata yalah. Takkan mak aku nak teman dah tak larat. Jaga kakngah pantang lagi bagai. Layan cucu yang memacam hal lagi.
Hang bayangkan anak dia dok bising, lompat,jerit bagai dia tak marah weyhhh. Tu antara sebab kenapa aku yang dok marah. Aku rasa nak lempang ja bebudak ni kekadang. Si abg yang autism tu 7 tahun. Abg kedua 5 tahun. Last sekali 4 tahun. So kome boleh bayangkan kak aku nak jaga anak² dia yang semua lelaki, jarak umur dekat dan suka mengamuk, hyper, tantrum bagai. Laki dia mestilah kursus dan lani selamat kat oversea dah. Dan keluarlah cerita yang kaklong aku ni lama dah pendam rasa dengan laki dia dan mentua dia. Tapi dia diam ja. Kakngah aku ja yang tau. Cumanya tak semua dia cerita. Kakngah aku bagitau time kak aku pantang anak kedua, kak aku stay rumah sendiri. Mentua dia mailah melawat semua. Dan time dia dalam keadaan tak larat lepas bersalin mak mentua dia suruh dia buat semua kerja rumah bagai haaa. Kesian kak aku weyhh. Dengan si abg lagutu. Anak kedua baru lahir. Syukur kak aku tak stress sampai meroyan ka apa. Dia ada mengadu kat laki dia dan laki dia suruh kaklong aku dengar cakap mak dia. Buat ja semua kerja yang disuruh perghhh. Dan mak mentua kak aku ni selalu suruh kak aku kerja bagai. Bila dah jadi housewife dia pertikai awat kak aku hantar anak² dia pi taska, hantar si abg pi terapi, sekolah khas bagai. Katanya kak aku jagalah dah housewife. Dulu zaman dia boleh ja jaga anak 7 orang sendiri blablabla. Kak aku diam ja. Kalau aku mampuih aku menjawab. Yang si abg walaupun autism tapi dia pandai haaa. Cumanya hantar depa pi taska sebab nak bagi depa pandai berkawan, belajar urus diri semua haaa. Kalau kat rumah memang kak aku tak boleh buat satu kerjapun. Sat anak mengamuk, sat yang ni cry, sat yang tu benjol haaa. Dah namapun duduk dengan mak aku, takkan nak bagi mak aku yang buat kerja rumah semua. Mak aku pun tak berapa sihat.
Kak aku ni nafkah setiap bulan dari potongan gaji laki dia. Tetapi kad bank dia laki dia pegang haaaa. Dan kalau dia perlu barang apa² or duit kena mintak laki dia. Tu pun keperluan sahaja. Kalau dia teringin apa² susah sikit nak dapat ler. Sejak kak aku balik duduk sini baru laki dia bagi kad bank tu. Tu pun sebab yalah kak aku nak guna duit untuk anak semua bagai haaaa. Dan laki dia bagi duit untuk yuran taska, dan beli keperluan makanan untuk anak macam jajan, biskut haaa. Untuk minyak dan tol dekat kak aku. Kekadang tak cukup pun semua tu. sesikit haaa. Aku baru tau kak aku duduk sini tak bagi duit dekat mak aku or bayar duit air/api bagai. Aku ada tanya laki dia tak bagi duit untuk rumah ka? Dia kata dak. Bila abg aku mintak, kak aku bagilah dalam rm50 gitu. Weyhh bayangkan anak dia tengok tv tengok komputer bagai semua. Laki dia tak fikir ka nak kena hulur duit untuk kelengkapan rumah? Makanan basah, kering semua. Abg dengan mak aku yang keluarkan duit untuk tanggung makanan seharian anak bini dia kat rumah ni. Bukan nak berkira sangat tapi ada batas jugaklah sesuatu hal tu.
Dan serius laki dia memang tak tolong sangat bab anak. Bab hal rumah lagilah. Setakat apa rosak dia repair adalah. Cumanya membasuh, cuci, jaga anak semua krik krik krik. Dan laki dia seorang yang tak percaya bila kak aku kata dia lenguh badan, sakit kaki bagai semua. Mintak tolong urut pun laki dia tak buat. Bagi laki dia semua tu benda kecik. Jangan mengadalah nak sakit sangat bagai haaa. Depa laki bini kurang komunikasi sangat. Laki dia balik kerja tengok fon semua. Kaklong aku buat kerja kat dapur, laki dengan anak² dia kat depan. Tau² anak nangis sebab gaduh dan laki dia dok belek fon, bagusnya perangai. Tu pun anak hang jugak woi. Mak laki kak aku ni kiranya macam kuat boleh buat semua. Jadi laki kak aku ni mengharapkan kaklong aku kenalah jadi macam mak dia yang tak mengeluh dan boleh jaga 7 anak sampai semua besar berjaya haa gitu. Tapi dia silap. Sebab mak dia besarkan depa adik beradik normal. Kak aku nak jaga anak depa yang special. Mana nak sama cara didikan bagai. Pernah aku dok drive tetiba si abg tu mai depan dan baring dekat atas stereng dan dashboard tu weyhhh. Time tu aku terkejut terus aku jerkah. Dah lah aku time tu dekat trafic light. Bayangkan tu dahlah. Dengan aku makcik dia yang garang pun dia buat perangai. Apatah lagi dengan mak dia yang tak marah anak² dia tu.
Dan lepas kakngah aku cerita aku diam dan muhasabah diri sikit. Aku terfikir acano oneday kalau aku pulak lalui semua tu? Aku suami isteri dan anak² kat tempat kak aku. Ada tak orang nak tolong? Jadi Aku akan cubalah ikhlaskan hati untuk tolong kaklong aku lepasni walaupun aku tak puas hati dekat anak dengan laki dia kekadang haaa. Sebab dia dah basuhkan baju aku, masak kat rumah ni, setel semua kerja rumah. Jadi maybe ni cara untuk aku balas jasa kaklong aku sementara dia duduk dekat rumah ni. Tambah pulak kawanbaik aku Hani ada cakap si abg tu special. Anak syurga. Aku kenalah sabar dan cuba bertolak ansur dengan depa. Bebudak lagi tak reti apa sangat. Aku cubalah hadam nasihat tu insyaAllah. Dan aku tabik kak aku sebab mampu bertahan. Kalau aku jenuh mengamuk silap haribulan jodoh tak berpanjangan.. Huishhh jangan buat main. Aku doakan kaklong dan kakngah aku mampu lalui segala asam garam dalam rumah tangga. Terutamanya kaklong akulah. Aku hope dia kuat untuk terus jadi isteri yang tabah disamping jadi mak dan ayah untuk anak² dia buat masa lani sebab laki dia kat luar kawasan kan.
Aku share ni sebab aku nak pembaca dan kaum adam akan tanggungjawab sebagai suami dan ayah haaaa. Rajinkanlah tolong isteri kalau takmau buat kerja rumah pun. Tolong tengokkan anak² pun jadilah sementara wife kome sibuk buat kerja rumah, masak bagai. Jugak buat kaum hawa supaya kuatlah demi rumahtangga, suami dan anak anak. Aku respect semua suami dan isteri yang mampu bertolak ansur dan menjaga kepentingan,kebajikan dan tanggungjawab memasing. Hope nanti kalau aku dah kahwin aku jugak akan boleh melalui alam perkahwinan dengan baik. Aku tau ada orang lain lagi memacam ujian rumah tangga. Kena maki sepak terajang, kena curang semua bagai. Aku doakan semua suami isteri kuat melalui ujian yang Allah kirimkan. Salam satu Malaysia, salam Perak Amanjaya.
-Bell
– Bell
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit