Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau share cerita aku ni. Aku nak share apa yang aku tanggung sekarang ni sebab aku adakalanya rasa stress.. Aku Yan berumur akhir 30-an telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. 3 sudah bersekolah. Punca pendapatan aku sekarang adalah dengan berniaga online dan suami aku pula memandu grab.
6 tahun yg lepas aku dan suami masih bekerja, disamping itu aku membuat biz online sebagai side income. Semasa itu ekonomi sedang ok, biz online yg aku buat pun sangat ok. So aku dan suami mencapai kata sepakat utk kami berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada biz online ini. Selain itu, terdapat pelbagai masalah yg berlaku di tempat kerja menyebabkan kami mengambil keputusan tersebut.
Semasa itu, semua yg berniaga online dan yg membuka butik boleh dikatakan suksess belaka. Aku sempat membuat saving hampir 300k dan membeli 2 biji kereta dengan bayaran bulanan yang agak tinggi dan renovate rumah sedikit.
Tapi itu dulu, sejak 4 tahun kebelakangan ni aku sangat tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang. Biz online aku tidak seperti dulu lagi, teruk sangat. Dimana zaman ekonomi sekarang ni, ramai yg berjimat. Sehingga sekarang juga, insurans kami anak beranak dan loan ASB kami suami isteri telah kami terminate. Ini kerana kami tidak lagi mampu untuk membuat bayaran pada setiap bulan. Anak2 pergi dan balik sekolah juga aku yg hantar, bagi menjimatkan kos .
Suami aku ada cuba mencari kerja tetap yg lain, tapi faktor umur dan kesihatan membataskan. Aku juga terikat dengan anak2 yg sedang membesar. Sekarang ni hampir setiap bulan aku akan mengeluarkan saving untuk menampung bayaran2 kereta, rumah dll.. Mesti korang cakap kenapa aku tak jual sahaja kereta tu.. bukan aku tak nak jual, hutang kereta tu sahaja ada 60k lagi, sedangkan harga dah jatuh dibawah pasaran, maybe dalam 40k sahaja, so aku kena tanggung hutang nak bayar kat bank 20k lagi dan kereta pun tak dapat kat aku.
Entahlah.. kadang2 aku buntu dgn permasalahan ni. Suami aku bawa grab berapa sangatlah yg dia boleh bantu. Manakala duit saving aku pula semakin menyusut. Duit ni sahaja lah yg aku ada, utk meneruskan hidup, dimana aku tidak mempunyai kwsp atau pencen dihari tua. Dan aku juga berjimat cermat dalam mengatur perbelanjaan. Dengan dividen dari saving ini lah yang aku gunakan untuk membayar yuran persekolahan dan kelengkapan anak,untuk renew/roadtax insurans kereta dan membuat persiapan raya kami anak beranak.
Kadang2 aku berpesan kepada diri aku sendiri, supaya belajar meredhai atas apa yang berlaku ini, supaya suamiku tidak terpalit dgn dosa ini. Aku mohon korang jangan kecam, aku cuma perlukan nasihat dan pandangan dari korang semua. Maaf sekiranya jalan cerita aku ni berterabur.
– Yan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit