Tabiat Ayah

Hi semua. Aku Miki. Kisah ni hanya sekadar aku ingin bercerita sebab aku ada terbaca IIUM Confession pasal bapa dia baru2 ni & sekaligus teringat kisah keluarga aku sendiri.

Ayah aku seorang yang outstanding sewaktu zaman belajar dan dapat masuk U terkemuka, salah satu perkara susah nak buat pada zaman itu.

Ayah aku juga kerja kerajaan selepas tamat belajar. Tetapi berhenti sebab nak buat bisnes. Walhal kalau ayah aku teruskan bekerja kerajaan sehingga sekarang dia akan mendapat jawatan tinggi. Kemudian berkahwin dengan mak aku.

Awalnya bisnes ayah memang bagus. Masa tu semuanya indah sebab boleh dikatakan ayah aku kaya, boleh bawa kami berjalan kemana mana saja masa kami kecil.

Tapi semuanya sikit demi sedikit ditarik bila ayah aku mulai gelap mata dengan duit. Tamak. Selalu ke negara luar untuk bisnes dan banyak kali ditipu.

Sehingga akhirnya ayah aku bankrup dan banyak hutang. Mak lah yang menyara kehidupan kami.

Walhal kami adik beradik masih kecil dan semua perbelanjaan A-Z mak yang tanggung.

Itu belum termasuk ayah mengambil duit gaji mak apabila gaji (ya, ayah aku tahu password account bank mak). Mak ketika itu hanya bekerja kerajaan gred rendah dan gaji tidak banyak mana.

Saban hari, hari2 kami membesar, kami saksikan sendiri perangai ayah yang makin teruk. Langsung tak ada inisiatif nak cari kerja padahal sihat wal’afiat. Dia lebih suka bisnes, kemudian kena tipu, duit habis, dan ulang benda sama.

Berapa banyak kali dia yakinkan mak bagi dia modal untuk bisnes tapi akhirnya, sama.

Ayah juga pernah ditangkap beli no ekor, berjudi guna duit mak padahal mak berjimat cermat nak besarkan kami. Sungguh, aku taktahu mana pergi sifat tanggungjawab ayah lepas dia bankrupt.

Apa yang kami boleh conclude macam ayah ni suka easy money. Buat kerja sikit tapi nak pulangan lumayan. Sebab tu juga lah agaknya bisnes dia hancur, mungkin ada duit yang tidak berkat atau sbgnya.

Sepanjang kami membesar, ayah tak habis habis buat hal. Bila ditegur memang akan melenting marah2 sebab ego tinggi. Aku tahu mak hanya bertahan sebab anak2, tapi aku dalam hati selalu nak mak cerai dengan ayah.

Bukan dalam hati saja, kami adik beradik pernah saja cakap macamni dengan mak bila ayah aku buat hal. Tapi mak diam saja. Aku tak kisah aku tak ada ayah selalu disamping keluarga, sebab aku taknak mak aku sakit.

Ada dia pun hanya jadi beban, untuk apa? Bayangkan, makan minum pakaian rumah semua ditanggung. Tapi masih nak keluar kesana kesini melepak minta duit.

Kerja rumah satu apa pun dia tak sentuh. Keluar melepak lepastu balik rumah, makan tidur. Itu sahaja hari2.

Oh ya, ayah aku ni juga taste tinggi (sebab dulu dia pernah kaya kan, baju seluar kasut dia semua mahal2 dulu).

Pakaian nak branded, jadi dia minta belikan dia semua pun yang ada brand. Kalau tak, kau nampak lah muka dia yang tak happy tu bila tak memenuhi standard dia.

Zaman remaja aku selalu malu bila nak isi borang pekerjaan ayah, gaji ayah, dan aku memang selalu tipu. Aku tulis saja bisnes dan gaji 2.5k.

Sebab aku benci kalau orang tahu keadaan family aku. Tapi apa yang aku kagum dengan mak, walaupun dia saja yang menyara kami, tapi sejujurnya kami tak pernah rasa susah.

Tak pernah takde makanan atas meja. Tak pernah rasa kurang dengan orang lain. Mak selalu bagi kami yang terbaik.

Mak pun kata dia tak tahu macam mana dia boleh besarkan kami lima beradik dengan hanya berbekalkan duit gaji itu saja, yang tolak komitmen, hanya tinggal beberapa ratus.

Sekarang, alhamdulillah kami semua adik beradik dah bekerja yang bagus2. Jadi sedaya upaya kami memang akan utamakan mak. Apa mak nak, kami cuba bagi. Duit bulanan untuk mak pun mmg kami bagi berbeza daripada ayah.

Kami happy tengok mak dah boleh ada simpanan, dah boleh beli emas, buat apa2 yang dia nak tanpa fikirkan duit sangat.

Kami tahu saja kadang2 ayah terasa hati sebab kami lebihkan mak, tapi kami mmg takboleh lupa apa yang ayah buat.

Sampai sekarang pun ayah masih sama, biawak hidup. Cuma dah kurang curi duit mak sebab kami dah bagi dia duit bulanan. Itu pun kadang2 tengah2 bulan dia whatsapp saja la anak dia sorang2 minta duit jajan.

Entahlah. Sampai bila ayah nak hidup macam ni.

Aku cuma harap kisah ni boleh jadi pedoman untuk semua. Kot2 ada bapak biawak hidup yang baca post ni jugak, sudah2 lah tu pakcik.

Cukup2 lah jadi beban untuk keluarga. Kalau takboleh mendatangkan kesenangan, jangan datangkan kesusahan. Itu saja kami minta.

Doakan kami semua banyak duit boleh buat mak happy lebih banyak lagi! Aamiin.

– Miki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *