Tabiat Keluar Malam Lelaki

Salam hormat para pembaca IIUMC. Dikala malam menjelma ni, aku ingin sekali meluahkan isi hati yang terbuku lama berkenaan tabiat suami aku yang suka keluar malam dengan kawan-kawan.

Maaf ini bukan luahan KRT atau yang sama dengannya.

Untuk makluman pembaca sekalian, aku bukanlah isteri yang setiap waktu mengekang suami daripada berjumpa kawan2nya. Aku juga jarang minta dia duduk di rumah melainkan jika anak sakit atau ada benda nak diselesaikan.

Suami aku bebas dengan hobinya (setiap pagi – jika cuti, dan petang – setelah habis waktu kerja). Kami berdua di bidang profesional. Masing2 ada kerjaya sendiri.

Berbelas tahun kahwin dan aku tengah mengandung. Umur kami lebih kurang, tak tua lagi. Tengah kemuncak kerjaya kata orang.

Sejujurnya apa yang aku tak faham ialah kenapa seolah2 tak cukup2 masa yang diperuntukkan dengan kawan2? Sedangkan asal waktu lapang, setiap masa telefon sentiasa berbunyi dek kerana “kawan2 bertanya khabar”.

Bunyi tak logik kan? Tapi itulah yang aku hadapi setiap hari selama berbelas tahun. Kawan2 yang dia sukar untuk katakan “tak” kalau mereka minta dia keluar. Tak kira masa. Malam2 buta pun. Kawan suami aku ramai. Di mana-mana semua dia ada kawan.

Bukan aku tak suka, tapi kadang2 rimas sebab sikap suami yang tak boleh menolak walau satu ajakan pun. Mereka label suami aku “line tak clear”.. atau “kena rantai kaki”..atau “bini tak bagi”.

Yang aku sedih, banyak kawan2nya yang bersikap macam ni orang yang nampak “baik” dan warak. Sedangkan pada hakikatnya melabel isteri kawan2 sendiri dengan gelaran2 buruk.. hanya semata2 suami aku tak terima ajakan mereka mengeteh sampai lewat pagi (1-3 pagi).

Kebanyakan mereka pula tidak ada anak, atau tidak ada isteri dan keluarga yang tinggal bersama.

Banyak kali hadir keadaan sukar/ susah.. tidak ada satu pun kawan2nya yang bertanya khabar lagi. Atau membantu laju2 sebagaimana suami aku memenuhi permintaan mereka.

Aku juga yang bantu segalanya. Kawan2 yang “dijaga” sangat tu semua hanya masa senang, masa bergelak ketawa. Sedangkan masa susah, dia rahsiakan dan minta bantuan aku semata2.

Berbelas tahun aku hidup dalam keadaan “suami suka keluar malam” ni. Aku tak faham kenapa tak boleh hanya keluar waktu siang atau bukan larut malam/ awal pagi. Hampir setiap hari.

Kalau tak ditegah maka setiap malam hilang. Itupun aku penat bergaduh & cuba bertolak ansur. Nak keluar jumpa kawan2 pada aku tak ada masalah, selagimana tak melampau..

Ini sampai lewat malam/ pagi buta, setiap hari ada saja “alasan” nak keluar dengan kawan. Dengan sikap kawan2 yang sangat buruk, menggelar isteri orang “queen control”..

Dulu masa mula2 kawin dalam setahun dua, tabiat suami memang tak boleh dibendung. Setiap hari memang dia akan hilang sampai 1-2 pagi. Melepak minum jumpa kawan.

Bayangkan berbelas tahun tabiat yang sama masih tak dapat kikis. Kami bergaduh setiap hari sebab tabiat berkawan suami aku ni.

Jauh dalam hati… aku ingin suami berubah.. jadi manusia normal yang boleh duduk di rumah lepas Isyak, berehat dengan anak2.. sembang2 sangai dengan family.

Cemburu aku tengok suami kawan2 yang boleh duduk rumah, tak gila berkawan macam suami aku. Aku pernah dengar sorang pakcik sebut, lelaki yang baik akan cuba duduk rumah lepas Isyak.. melainkan memang bekerja atau sedang menuntut ilmu (kuliah agama & lain2).

Aku ada terfikir nak berpisah, cuma aku bersabar sekejap atas sebab peribadi. Memang aku akan jadikan tabiat keluar malam suami sebagai sebab utama untuk berpisah.

Berbelas tahun aku cuba berkorban segala2 yang aku ada.. daripada kewangan tak stabil, sampai ke tahap sekarang.

Nasihat aku pada lelaki di luar sana. Berpada-pada lah berkawan. Bukan setiap waktu kita boleh ganggu kawan2 lelaki kita dan label “kena ikat kaki” kalau kawan kita tolak ajakan keluar.

Tak kira masa telefon kawan2 kita walaupun sama2 lelaki. Sesuka hati label buruk2 isteri2 kawan kita yang tak keluar ngeteh lewat pagi. Ters3ksanya aku dengan kawan2 suami yang buruk akhlak ditambah pula sikap suami yang tak mampu sebut “tak” pada kawan2nya.

Kawan2 ketawa sekarang yang aku tengok tak ada pun dengan suami masa dia susah. .sekadar baik masa mereka perlukan.

Aku sebenarnya dah terima takdir dan tengah planning slow2 untuk berpisah dalam setahun dua ni. Pada aku memang aku patut serahkan dia pada kawan2 dia. Bagi dia hidup puas2 dengan tabiat keluar malam tu.

Aku pun sebenarnya tak mampu dah nak bergaduh selalu punca keluar malam ni.. kesian kat anak2.

Mohon para pembaca doakan aku & anak2. Mudah-mudahan ada jalan selesai yang paling baik untuk aku tempuhi dengan anak2.

Aku juga berdoa supaya walaupun aku tak dapat suami sebaik suami yang boleh duduk rumah baik2 tak diganggu setiap hari, Allah bagi aku kebahagiaan dengan cara lain yang lebih indah.

– Ana Ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *