Tabiat Menangis Tanpa Sebab

Salam perkenalan, nama saya Gembira. Umur baru 20an dan dibesarkan dalam keluarga yang baik dari segi pendidikan, kewangan, dan agama. Jadi masalah yang saya cerita mungkin tak ada kaitan dengan faktor latar belakang keluarga. Mungkinlah.

Oh lupa, saya rasa saya dalam kategori ‘introvert’ juga walaupun saya cikgu. Saya boleh saja bersosial dengan orang, pergi gathering, ziarah rumah orang, tapi aktiviti macam tu sebenarnya sangat memenatkan bagi saya.

Sebab saya asyik fikir apa yang orang fikir pasal saya, contohnya orang tu terasa tak kalau saya cakap macam ni, orang ni selesa ke dengan saya, saya terlebih cakap ke saya nampak sombong ke, ekspresi muka saya okay ke tak.

Kedudukan tangan dan kaki saya okay ke tak, takut nampak janggal. Jadi saya lebih tenang dan happy kalau tak ada orang dan buat aktiviti sendiri di rumah.

Okay straight to the point. Saya ada satu masalah atau kelemahan yang saya kena ubah memandangkan saya masih muda. Saya yakin ada caranya untuk ubah jadi sebab tu minta pendapat pembaca semua.

Masalahnya adalah saya cepat menangis. Kadang-kadang tak sedih sangat pun tapi laju je air mata ni keluar siap pakej tersedu-sedu lepas tu suara cakap pun menggeletar. Keadaan ni sangat memalukan saya, saya bagi contoh situasi dari zaman study sampai kerja.

1. Masa zaman student dulu, saya pernah hantar assignment kepada pensyarah perempuan saya yang terkenal dengan ketegasan dan kegarangannya.

Lepas dia dah belek assignment yang saya buat tu, dia tegur dengan sangat baik dan sopan, tak ada nada garang langsung, saya pun lega sebab dia tegur elok-elok.

Katanya “Assignment tu salah, nanti awak buat baru ya”. Saya tak rasa sedih pun, dia siap bagi kata semangat lagi pakej dengan senyuman, so saya memang rasa okay saja tak rasa kecewa sangat lagipun assignment tu tak lah susah sangat nak buat baru.

Tapi tiba-tiba dada saya berombak, tersedu-sedu saya sambil air mata mengalir laju. Saya sebenarnya nak cakap “Okay baik puan, saya buat yang baru” saya nak cakap dengan nada biasa saja tapi intonasi nya macam nangis teruk sambil tersedu.

Masa tu saya jadi terkejut dengan tindak balas badan saya, tak expect saya boleh nangis. Saya tak rasa nak nangis tapi badan saya tak boleh kawal. Macam orang lain pulak yang kawal saya.

Pensyarah tu pun bagi tisu tenangkan saya. Mesti dia ingatkan saya sedih kena buat baru. Nak saja saya cakap kat pensyarah tu saya okay saja buat baru, jangan percayakan air mata saya. Kawan dekat sebelah pun senyum saja, maybe dia pun sebenarnya terkejut.

2. Zaman belajar juga, ada satu masa tu saya nak balik ke kampung dari kolej kediaman tempat saya study. Lazimnya sebelum balik kampung bermalam, student kena ambik kad pelajar di pondok guard kolej kediaman.

Bila cari-cari kad dalam bakul tu, saya tak jumpa saya punya. Guard pun tolong carikan sekali tapi tak jumpa.

Tiba-tiba air mata saya bergenang pastu dada berombak sambil tersedu-sedu saya cakap dengan guard “Tapi saya nak balik…” Guard pun gelakkan saya.

Yelah mana taknya, dah besar panjang pun boleh menangis macam budak tadika. Padahal niat saya cuma nak cakap dengan nada bersembang je, nak bagitau saya nak balik. Tapi jadi lain pulak intonasi nya. Malu sungguh saya masa tu.

3. Zaman kerja pula, baru saja berlaku tahun ni. Saya ada buat satu kesilapan berkaitan pengisian maklumat dalam sistem. Saya tak bagitau pada guru besar tentang masalah itu selama 3 bulan. Punyalah takut nak bagitau walaupun masalah tu boleh saja selesai kalau diberitahu.

Silap saya dah 3 bulan berlalu baru saya sedar yang saya kena bagitau sebelum habis tahun tu, jadi saya decide untuk jumpa guru besar di bilik beliau.

Sebelum tu, kat rumah saya dah praktis dah nak explain macam mana pada guru besar, saya tak rasa takut sangat pun sebenarnya sebab dah praktis, cuma takut sikit saja, saya rasa konfiden pada hari itu masalah saya akan selesai.

Sampai saja di bilik guru besar, saya disoal oleh guru besar “Ha..apa masalah yang awak buat sampai nak jumpa saya?” Guru besar saja tegaskan sedikit suara dia padahal dia sebenarnya orang yang kelakar dan sempoi saja, guru besar lelaki kan selalunya sempoi saja.

Bila saya duduk saja berdepan dengan dia. Terus tak boleh keluar suara, sebab saya dapat rasakan kalau saya keluar suara akan bunyi menggeletar macam orang nangis, saya malu kalau saya menangis depan guru besar. Malulah 7 keturuan saya. Korang rasa saya berjaya tak tahan nangis?

Alhamdulillah saya berjaya tahan sampai lebih kurang 10 saat, lepastu berjurai-jurai air mata keluar. Hahaha..bibir pun bergerak begegar-gegar macam teruk nau kena marah.

Aduh..tewas lagi..saya terpaksa explain pasal masalah sistem tu pada guru besar dengan nada suara yang menggeletar sambil nangis. Apa yang saya praktis kat rumah tu gagal terus. And again, guru besar bagi saya tisu. Boleh bayangkan kan?

Ya Allah malunya saya..saya dah lah nak kerja lama lagi kat situ. Ini baru kerja setahun , tiba-tiba terfikir tak sabar nak tua, nak pencen sebab malu. Hehe..

Oh btw, saya suka ja jadi cikgu, jangan risau, saya ajar dengan bersemangat, anak murid pun selesa dengan saya setakat ni.

Disclaim siap-siap sebab takut kena kecam dengan netizen sebab terfikir nak pencen hehe. Tapi satu kelemahan dah terkeluar depan guru besar. Saya harap guru besar rahsiakan kecengengan saya.

4. Saya baru berkahwin lebih kurang setahun setengah, Alhamdulillah dikurniakan suami yang penyabar tak pernah marah-marah dan tegur secara elok.

Tapi kadang-kadang bila ada pergaduhan kecil atau salah faham dengan suami, saya tak pandai nak explain sebab air mata dan sedu-sedu mendahului dan menghalang saya untuk explain dan fahamkan suami.

Bila menangis sambil bercakap, point yang nak di explain tu tak sampai. Saya jadi tak suka dengan diri saya yang kuat menangis ni. Mungkin suami pun lama-lama akan bosan dan tak hairan kalau saya menangis sebab sesuatu.

Dia pun mungkin tak tau bezakan mana satu tangisan bila saya benar-benar sedih dan tangisan yang tak sedih.

Apa yang saya ceritakan ini baru 4 dari puluhan cerita menangis tanpa sebab. Saya risau orang ingat saya suka nangis sebab minta simpati atau tak profesional dan kebudak-budakan. Tambahan pula, saya akan cepat menangis kalau berada dalam saat genting atau cemas.

Contohnya tengah print kerja, printer tiba-tiba rosak padahal dah lewat nak pergi kerja, saya nangis, lif kat rumah lambat pulak tu, nangis lagi. Saya tak pasti bila saya start jadi macam ni.

Jadi pembaca, tolong beri nasihat, tips yang berguna untuk hilangkan nangis ni, macam mana nak jadikan hati tisu ni kepada hati batu. Atau share lah apa faktor saya jadi macam ni, mungkin ada yang mempunyai pengalaman yang sama.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Cikgu Gembira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *