Tabiat Suka Menipu

Aku Mysha. Aku seorang anak sulung dari 4 orang adik-beradik. Mak ayah aku dah bercerai 11 tahun yang lalu dan mak aku kawin lain.

Bukan nak cerita pasal family, tapi pasal diri aku sendiri.

Aku seorang yang pandai, dari tadika sampai ke universiti. Result aku semua cemerlang dan tak pernah sekali pun aku gagal.

Disebabkan aku tak pernah gagal, jadi aku tak pernah solat dengan betul dan tak pernah berdoa dengan betul. Dan aku jugak suka menipu.

Menipu dah jadi habit aku dari kecil sampai ke dewasa sekarang ni.

Mak ayah aku tipu, sedara aku tipu, kawan-kawan aku tipu, majikan aku tipu, bahkan husband aku pun aku tipu. Sebab aku rasa menipu tu tak salah. Aku takda rasa bersalah kalau nak menipu.

Dan kejadian yang berlaku baru-baru ni, aku tipu family aku yang aku dapat kerja kerajaan di Putrajaya.

Tapi aku berniat untuk buat-buat tak nak pergi dan aku bagitahu mak aku yang aku dah reject tawaran tu.

Tapi aku silap, mak aku seorang kakitangan kerajaan dan dia sangat ramai kawan yang boleh tolong kat sana (Putrajaya).

Aku dah berdebar, gelisah. Aku tipu lagi dengan bagitahu mak yang kawan aku dah tolong jadi aku tinggal lapor diri je nanti.

Suami aku pun turut tertipu juga. Dan mak, ayah tiri, adik dan suami aku ikut hantar aku ke Putrajaya untuk lapor diri.

Untuk pengetahuan, mereka tinggalkan aku di bilik sewa sahaja. Keesokan hari nya baru lah aku lapor diri, kononnya.

Sebelum terlupa, mak aku yang bayar deposit rumah sewa dan mak aku juga bayar sebulan gaji pada company tempat aku kerja sebelum ni sebab aku notis 24 jam.

Aku meneruskan penipuan aku kononnya aku bekerja di Putrajaya sebagai pegawai kerajaan.

Sampai lah satu hari, setelah seminggu, aku rasa gelisah. Sangat gelisah sampai aku terkena anxiety. Peluh tak berhenti, pucat dan tangan aku dah terketar-ketar.

Suami aku tiba-tiba call tanya aku dekat mana, kerja ke. 

Aku jujur kali ni, “Tak, saya kat bilik. Saya anxiety”. 

Dan dia pun cakap, “Saya tahu, saya dapat rasa ada yang tak kena dengan awak. Malam ni saya bertolak, ambik awak balik”. 

Jadi aku kemas barang, dan pagi esoknya suami aku sampai untuk pickup aku. Bawak balik rumah kami.

Tapi aku masih berdiam diri, tak ceritakan apa-apa.

Dua hari lepas tu, aku tergerak hati untuk jujur semua pada suami aku. Aku ajak dia bercakap dari hati ke hati. Aku ceritakan semuanya.

Aku tengok air muka suami aku berubah, jadi keruh, sedih. Dan aku menangis, aku rasa menyesal sebab tabiat menipu ni dah melekat dah sebati dengan diri aku.

Suami aku maafkan aku, dan dia suruh aku jujur juga dengan mak aku.

Aku beranikan diri, taip mesej dekat whatsapp sebab aku tak mampu nak call. Mak aku garang. Dan lepas aku send je mesej tu, mak aku terus seen. 

Dan reply, “MashaAllah kaklong, tak habis-habis lagi menipu. Dari kecik, sampai kau tua dah ada suami pun kau menipu kaklong.

Bawa-bawa bertaubat. Mungkin sebab ni Allah tak bagi kau rezeki anak, tak bagi kau rezeki kerja yang elok. Sebab kau suka menipu dan aku tahu, kau mesti tak solat.”

Aku menangis meraung sekuat hati aku. Aku tak salahkan mak aku sebab kata-katanya yang agak pedas. Tapi memang betul apa yang dia cakap. Aku suka menipu, aku tak solat.

Sakit sangat rasa dalam hati ni. Aku dulu sekolah agama, mak ayah pun bukan jenis yang tak solat. Tapi kenapa aku macam ni?

Dan sekarang, alhamdulillah, aku bertaubat dan aku sedang istiqomah dalam memperbaiki diri aku.

Doakan aku ya semua. Terima kasih..

– Mysha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *