Assalamualaikum semua. Memandangkan dah masuk bulan 12 atau lebih glemer dengan musim berkahwin, saya nak citer laa pasal tabung kahwin. Sebelum tu saya perkenalkan diri dulu. Saya Puan N seorang ibu kepada dua cahaya mata yang baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 8.
Selalunya bila tiba musim berkahwin ni kan, yang masih bujang mesti laa sibuk memenuhi undangan makan nasi minyak sambil menyulam angan nak kahwin jugalaa kan. Hahaha. Takpe dik, itu normal laa naluri camtu lain laa ko ni bernafsu songsang kan. Tapi biasalah, kalau cakap pasal kahwin, mesti soalan pertama adalah calonnya kan? Kalau calon dah ada soalan seterusnya adalah duitnya kan?
Ni nak buat throwback sketla, 10 tahun yang lalu, saya tiada bf jauh sekali calon suami. Masa tu, saya baru mula bekerja sbagi pegawai kerajaan gred 41. Semasa kali pertama terima gaji, saya wujudkan satu tabung yang dipanggil tabung kahwin.
Dalam asas menyimpan, kita kena ada 3 jenis simpanan. Jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Kiranya, tabung kahwin ni kategori jangka sederhana memandangkan rukun nikah yang belom sempurna iaitu tiada lagi pengantin lelaki. Kalau dah lengkap rukun nikah tu, dia jadilah tabung jangka pendek.
Saya peruntukan RM400 sebulan untuk tabung ni. Jumlah yang ajuga besar sebab gaji saya masa tu dalam RM2300. Tolak bayar kete RM450, bagi mak RM200, byr PTPTN RM100, duit minyak RM400 (pasal keje jauh takmau menyewa), duit kutu RM200 (tabung jangka pendek – cover insuran kete n nak travel), takaful ikhlas RM100, ASB rm150 (tabung jangka panjang) tinggallah duit baki RM300 untuk bernyawa sampai hujung bulan.
Ditakdirkan 2 tahun selepas tertubuhnya tabung kahwin, saya bertemu jodoh dengan kawan sekerja saya seorang jejaka pemalu yang buat part time jual insurans. Kami takde cintan cintun pun, saya terus ajak kahwin. Kami bertunang 10 bulan pastu kahwin. Masa tu dalam tabung kahwin ada RM8000 laa.
Biasala, tabung kadang2 terbocor juga time ada belanja luar jangka. Dan dengan muka takmalunya saya mintak hantaran RM 10k beserta seutas gelang tangan emas 916 seberat 10g dan sediakan rumah sewa sebulan sebelum kahwin – take it or leave it. Dan dengan gentlemannya si dia menerima tawaran tersebut. Maka bermulalah episod memecahkan tabung sehingga kering.
Seperti mana gegadis lain yang mempunyai dream wedding, saya pun macam tu juga. Jadi untuk memenuhi impian saya yang nak macam2 masa wedding (photoshoot, baju glemer, pelamin smpi 2, photobooth, lavish cake, doorgift cute, tumbang lembu sekor) saya gunakan sepenuhnya simpanan tabung kahwin dan sedikit ASB saya. Saya tak usik pun duit hantaran. Jamuan pula di spedo oleh keluarga saya memandangkan majlis kat kampung kan gotong royong. So jimatla duit katering.
Masa majlis pula ada salam kaut, semua saya bagi dekat mak kira balik modal jujugala dia. Duit hantaran 10K pula saya gunakan untuk melengkapkan rumah sewa dengan set bilik tidur, aircond, tv 40 inci, peti ais kecil 2 pintu, mesin basuh 7kg dan kabinet dapur ringkas.
Jadi tiadalah episod sadis tido beralas toto dan ikat perut bayar hutang slps kahwin. Status tabung kahwin pula berubah menjadi tabung rumah slps kahwin. Tabung rumah ni kena buat confession lain laa pula.
So kesimpulan daripada karangan ini adalah menabunglah kamu sebelum berkahwin walaupun belum ada calon. Kalau sampai sudah pun teda berjodoh, tukarkanla tajuk tabung kahwin kepada tabung haji takpun tabung rumah. Selamat menabung ye!
– N
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit