Tabung Masa Depan An4k-An4k

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession, nama aku Hisyam. Aku sebenarnya nak bercerita satu perkongsian hidup. Cerita ni di ceritakan oleh ibu aku.

Ibu aku ni kahwin muda, waktu muda ni bekerja dekat kilang yang ramai Melayu dan Cina. Dia ada seorang kawan kerja berbangsa Cina nama “Jun”.

Jun ni pun dia kahwin muda. Tapi dah ada satu orang anak, tengah makan waktu rehat dan berborak ni ibu aku ternampak Jun ni ada tulis sesuatu dekat buku nota 555 lama dulu.

Ibu aku pun saja gurau “itu buku hutang ke?” Kawan ibu aku pun jawab tidak itu buku untuk anak dia.

Anak dia baru umur setahun tau. Ibu aku curious dia pun cakap nak tengok, jadi ibu aku pun tengok apa yang kawan dia Jun ni tulis.

Sekali rupanya dia tulis macam tabung, yang mana duit macam angpao tu semua dia memang asing khas itu untuk anak dia.

Lepastu, dia letak dalam beberapa ringgit setiap hari dan letak dalam tabung itu pun duit untuk anak dia. Jadi ibu aku bila baca tengok banyak juga. Lebih kurang satu ribu ringgit, anak Jun ni baru umur setahun.

Tahun 90an dulu seribu tu dah kira banyak kalau tahun 2023 ni mungkin nilai dia dalam 2ribu ringgit atau lebih.

Ibu aku pun tanya mana dapat idea macam ni, katanya keluarga dia ramai yang buat macam ni. Kalau terdesak dan terguna senang, boleh ganti.

Duit ni diorang simpan untuk masa depan anak untuk nak belajar, kira simpanan masa depan anak anak.

Balik tu ibu aku pun bincang dengan ayah aku nak buat juga. Jadi sebelum aku lahir dah ada tabung sendiri dalam RM400. Ibu dengan ayah aku pun asingkan duit tu.

Lepas aku lahir macam duit raya, duit saudara mara kasi, duit nenek/atuk aku kasi ayah dengan ibu aku memang tak sentuh langsung.

Duit tu memang di simpan dalam bank. Ibu aku cakap ni amanah duit anak.

Waktu adik aku lahir pun ibu buat benda sama. Setiap hari ayah dengan ibu aku ni kongsi duit cukupkan 5 ringgit untuk masuk dalam tabung nama aku. Setiap hari, tak pernah miss.

Kalau macam tertinggal satu hari esoknya ayah dengan ibu aku masukkan 10 ringgit. Ganti mana hari yang terlupa dan ibu aku setiap bulan catat ada berapa ringgit.

Aku ingat lagi umur aku 10 adik aku umur 7 tahun ibu aku pun cakap “ni duit along dengan adik nak belajar ke nak apa senang” aku tengok dalam buku bank tu ada lebih kurang 21 ribu ringgit yang adik aku pula ada dalam 15 ribu.

Aku waktu ibu tunjuk buku bank aku pun cakap “duit along ke ni ibu” ibu dengan ayah aku jawab iya duit aku dengan adik.

Lepastu aku macam bermotivasi, nak pergi raya sakan. Waktu raya pergi sana sini boleh dapat 3-4ratus selalunya aku ambil dalam 50 ringgit yang lain suruh ibu simpan bank.

Setiap raya aku dengan adik memang all out. Lepastu dah kira terus ikut ibu dengan ayah simpan dalam bank. Setiap tahun tengok baki memang seronok sangat.

Ibu dengan ayah aku memang tak pernah sentuh langsung duit aku dengan adik. Sampai lah sekali ni terdesak. Jadi ibu dengan ayah aku guna duit aku dalam seribu dan adik seribu.

Sebelum guna tu pun ibu dengan ayah dah cakap nanti diorang ganti balik. Tapi aku cakap tak apa guna, kalau ikutkan 95% simpanan tu duit ibu dengan ayah aku. Tapi lepas setahun ibu ganti balik duit seribu yang di guna pakai.

Bila aku habis SPM ambil lesen motor dan beli motor sebab nak sambung belajar pun pakai duit simpanan aku beli barang. Macam laptop, segala keperluan.

Aku ingat lagi umur aku 21 tahun. Ibu aku bagi kad bank suruh aku guna sebaik mungkin. Dalam simpanan aku ada dalam RM40 ribu.

Sambung belajar tu aku nak guna pun takut, takut aku jadi boros. Seminggu aku limitkan paling banyak 150 ringgit. Memang aku sepanjang belajar sampai aku habis degree belanja setakat banyak tu je seminggu.

Dari duit yang ibu ayah simpankan tu lah aku beli kereta pertama aku. Kadang² tu ada juga terikut nafsu belanja banyak.

Tapi lepastu aku rasa macam bersalah sebab ibu dengan ayah tabungkan duit aku ni 20 tahun lebih bukan setahun dua. Adik aku sambung belajar pun sama dia dapat duit tabung yang ayah dan ibu simpankan.

Habis belajar kerja aku sambung balik simpan. Setiap hari aku masukkan 10 ringgit dalam tabung. Tabung kaca yang memang nak buka kena pecahkan. Setiap tahun baru aku pecahkan kira dan simpan dalam bank.

Adik aku pun buat benda sama. Aku dengan adik pun buat tabung khas duit untuk bawa ayah tunaikan Umrah dan Haji dulu.

Waktu aku kahwin pun guna duit simpanan tu juga. Aku dengan isteri siap buat benda sama simpankan duit tabung untuk anak-anak kami.

Waktu isteri aku dengar yang aku ceritakan pasal tabung yang ibu dan ayah aku buat dia rasa memang kagum. Sebab selama dia kecik dulu duit raya atau duit orang kasi dia memang hampir semua kena pakai dengan mak ayah dia.

Dah macam umur 15 tahun baru dia simpan sendiri duit raya. Itu pun separuh mak ayah dia guna.

Sebab ibu dengan ayah aku sendiri dia tak pernah guna langsung duit pemberian orang untuk aku dan adik.

Aku sekarang anak baru umur 3 tahun kembar. Setiap hari aku dengan isteri masukkan duit dalam tabung anak 10 ringgit.

Kalau ada duit syiling kumpul sebulan tu pun semua masuk tabung anak. Duit raya dan segala duit saudara mara kasi memang aku suami isteri tak sentuh langsung.

Aku harap anak anak aku nanti dapat guna tabung simpanan ni sebaik mungkin pada masa hadapan.

– Hisyam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *