Ekonomi sekarang ade turun dan naik. Bila ekonomi gawat, pekerja kena buang sebagai salah satu langkah penjimatan.
Sebenarnya, tafsiran mimpi yang dialami raja mesir oleh Nabi Yusuf a.s. masih relevan dan boleh dipraktikkan sekarang. Raja mesir mimpi melihat 7 ekor lembu yang gemuk yang dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus dan melihat 7 tangkai (biji-bijian) yang hijau dan 7 tangkai yang kering. Dengan wahyu dari Allah, tafsirannya oleh Nabi Yusuf a.s. ialah, pada 7 tahun pertama, bercucuk tanam dan menternaklah secara bersungguh-sungguh tapi simpanlah sebahagian besar hasilnya dan makanlah sedikit sahaja hasilnya. Kemudian akan datang 7 tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan simpanan makanan kamu kecuali sedikit (untuk dijadikan benih). Kemudian, akan datang pula tahun yang ramai beroleh rahmat hujan dan tanaman yang subur.
Tapi ape yang biasa berlaku sekarang, bila ekonomi baik & untung banyak, berbelanja tanpa berkira. Bila ekonomi gawat & rugi, barulah perkenal langkah penjimatan yang antaranya ialah buang pekerja. Sepatutnya untung tu bukan untuk habis dibelanjakan pada tahun tu sahaja atau untuk dilaburkan bagi mengaut lebih keuntungan sahaja. Sebahagiannya perlu disimpan untuk hadapi ekonomi gawat yang biasanya berlaku setiap beberapa tahun sekali berdasarkan rekod lampau.
Biasanya, ade 2 sistem menggaji pekerja: 1. Bayar gaji murah tapi mampu menggaji ramai pekerja untuk berkhidmat sehingga 30 tahun tempoh perkhidmatan. 2. Bayar gaji mahal tapi tak mampu menggaji ramai pekerja. Jadi, dari masa ke semasa, kena buang pekerja. Maka, diwujudkan sistem penyingkiran ikut survival of the fittest.
Biasanya, banyak syarikat mengamalkan cara kedua. Sebab itulah, jangka masa perkhidmatan pekerja swasta bukan 30 tahun. Boleh jadi 5, 10, 15, 20 tahun. Sebab tu walau gaji mahal, tak boleh amalkan gaya hidup ikut gaji. Barang berjenama. Simpan gaji. Simpan bonus. Bonus boleh buat bayar hutang rumah tunai dan simpanan untuk biayai pelajaran anak di IPT.
Disebabkan tempoh perkhidmatan pekerja swasta bukanlah 30 tahun, salah satu penyelesaian ialah menawarkan beberapa pakej kerja dengan tempoh perkhidmatan dan gaji berbeza. Contoh pakej untuk 10, 15, 20, 25 tahun perkhidmatan. Semakin singkat tempoh perkhidmatan, semakin tinggi gaji. Maknanye gaji untuk 10 tahun perkhidmatan lebih tinggi dari 15 tahun dan seterusnya. Maksudnya gaji dan bonus 10 tahun tu cukup untuk selesaikan hutang rumah, simpanan untuk biayai pelajaran anak2, sedikit simpanan untuk apabila telah diberhentikan.
Memang ade yang berminat dengan pakej ni sebab ade yang tak nak bekerja sehingga 55 tahun tapi nak bekerja untuk beberapa tahun saja dan kemudian berhenti awal untuk berniaga/bertani. Kebaikan pakej ni tak perlu sistem penyingkiran pekerja yang sedikit sebanyak boleh jejaskan produktiviti pekerja kerana banyak masa dan usaha diperuntukkan untuk membuktikan seseorang pekerja itu “layak untuk disingkirkan”. Pekerja stress akibat bimbang boleh diberhentikan keje bila2 masa. Atau stress tengok kawan kena buang tapi tak boleh tolong. Pengurus pun stress nak kena beritahu annak buah mengenai kena buang keje bila memikirkan anak bini pekerja terbabit.
Bercakap mengenai sistem suvival of the fittest, teringat petikan dialog berikut dari filem “The Devil Wears Prada”. Miranda memegang jawatan paling tinggi dalam syarikat penerbitan majalah fesyen paling hebat. Andrea adalah pembantu peribadi yang lebih disukai oleh Miranda kerana memiliki potensi, berbanding seorang lagi pembantu peribadi iaitu Emily.
Andrea: saya takkan tergamak buat ape yang awak dah buat kat Nigel, Miranda.
Miranda: awak dah buat pun… pada Emily. (Miranda pernah suruh Andrea untuk pilih sama ada ikut dia ke pertunjukan fesyen hebat di Paris atau jika dia tolak, dia akan diberhentikan kerja. Pada masa yang sama, Andrea tahu Emily sudah lama menanti peluang ke Paris ini. Tapi, jika Andrea pilih untuk ikut ke Paris, dia berpeluang untuk jumpa orang2 hebat termasuk wartawan yang merupakan bidang kegemarannya. Dia tak bercadang kerja lama dalam syarikat fesyen tu.
Andrea: itu bukan apa yang saya… tak, itu berbeza. Saya takde pilihan.
Miranda: oh, tidak. Awak pilih untuk maju ke hadapan.
Andrea: (geleng kepala, tak percaya)
Miranda: awak nak cara hidup ni? Buat pilihan seperti itu adalah perlu.
Andrea: tapi apa kata kalau… ini bukanlah yang saya mahukan? Maksud saya, apa kata kalau saya tak nak menjalani cara hidup seperti yang awak suka?
Miranda: oh, jangan jadi bodoh, Andrea, semua orang mahukan cara hidup ini. Semua orang nak jadi kita.
Begitulah situasi yang dihadapi oleh pekerja2, untuk maju ke hadapan, perlu “tergamak” untuk “singkirkan” orang lain.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit