Assalamualaikum semua. Pertamanya, biar saya perkenalkan nama saya Hawa (bukan nama sebenar), berasal dari johor dan berumur hampir 30 tahun.
Tujuan saya menulis ini, untuk meluahkan apa yang saya rasa setelah saya putus tunang awal tahun ini.
Pada awal kehidupan saya setelah saya putus tunang, saya sangat tertekan dan boleh dikatakan saya kena depression atau anxiety.
Pada malam saya diputuskan, saya menangis tanpa henti, saya tak boleh tidur sepanjang malam, menangis sambil menjerit-jerit, badan saya mulai mengigil sebab menahan nangis dan sedih yang teramat dalam hati ni.
Keesokan paginya saya pergi ke klinik. Untuk apa saya pergi ke klinik? Entah. Saya pon tahu. Mungkin saya berfikir untuk mencederakan diri sendiri, lukakan diri sendiri, tapi saya tak mampu.
Saya tak dapat berfikir dengan wajar masa tu, yang saya tahu saya pergi ke klinik, beritahu pada doctor yang saya tak sihat, sakit kepala teramat sangat yang mungkin sebenarnya berpunca daripada nangis sepanjang malam.
Doctor membuat pemeriksaan dan mendapati semua normal. Saya mendesak doctor dengan mengatakan saya rasa tak sihat, sehinggakan doctor mengambil darah saya untuk pemeriksaan lanjut.
Yer, ini yang saya mahukan, rasa sakit pada fizikal supaya dapat kurangkan rasa sakit dalam hati ni.
Setelah Allah SWT timpakan ujian ini kepada saya, saya banyak mempersoalkan kepada pencipta kita, kenapa saya Ya rabbi? Kenapa saya Ya Rabbi? Kenapa saya Ya Rabbi?
Ya Rabbi, engkau tahu sudah berapa kali hamba patah hati, kenapa hamba diuji berulang kali dengan ujian patah hati. Rasa putus asa terhadap urusan jodoh ni, macam-macam idea fikiran negative timbul antaranya merasakan jodoh sudah tak ada didunia ni.
Saya mencari Allah SWT, saya solat fardhu 5 waktu dan solat Isthikarah tapi masih buntu, saya rasa saya tak jumpa jalan keluar dari masalah ini. Jawapan yang saya jumpa dari solat Isthikarah ini bukan solusi kepada masalah jodoh saya,
Bukan solusi untuk kepastian samaada dia pilihan yang tepat atau tidak, tetapi dorongan hati kepada langkah seterusnya yang saya perlu ambil setelah Allah SWT timpakan ujian ini kepada saya.
Saya yang sangat lemah, bersedih setiap hari dengan merasakan solat fardhu dan solat Isthikarah belum dapat menghilangkan rasa sedih, risau, gundah dalam hati saya ni.
Saya mencari lagi solat yang mampu menenangkan hati saya. Lalu saya terjumpa satu video mengenai solat sunat hajat yang diajarkan oleh Tuan Guru Syeikh MZA.
Saya mengikuti apa yang diajarkan oleh beliau, Alhamdulilah, saya merasakan ketenangan kerana melalui solat ini saya meletakan pengharapan saya semula kepada Allah SWT terhadap urusan jodoh ini.
Saya berhajat supaya Allah SWT memberikan saya jodoh yang tepat dan terbaik kepada diri ini.
Keajaibannya pada saya setelah melakukan solat sunat hajat ini, saya mendapat satu mimpi daripada Almarhum Syeikh Ali Jaber mengatakan bahawa “Allah SWT akan mengijabahkan doa kamu jika kamu berterusan mengamalkan doa ini”
Sudah berbulan saya ditimpa ujian putus tunang ni, namun tidak ada satu detik pon saya melupakan tunang saya tu.
Iman adakalanya turun naik, meragukan keyakinan pada Allah SWT, meragukan sama ada Allah terima atau tidak doa yang selama ini saya ucapkan,
Saya masih belum berhenti menangis pada ketika ini, masih memikirkan kalau tunang saya akan kembali kepada saya satu hari nanti.
Adakalanya bila keyakinan kembali kepada Allah SWT, saya mampu untuk redha, namun jika saya teringat kenangan bersama tunang saya, saya jadi down semula.
Sekarang ini, sejak kedatangan bulan Ramadhan. Setiap malam saya amalkan tahajjud. MasyaAllah, ketenangan yang saya tidak dapat ungkapkan. Saya rasa lega dapat luahkan pada pencipta.
Doa tahajjud saya pada bulan mulia ini, saya berharap tunang saya akan kembali pada saya dengan peribadi yang lebih baik agar dia yang Allah SWT pilih untuk dijadikan suamiku nanti.
Walaubagaimana pon, saya takut adakah caraku ini terlalu memaksa penciptaku, sedangkan dia telah memisahkan kami dengan takdirnya.
Adakah saya masih belum redha dengan takdirnya? Sukarnya untuk tawakal (put Allah SWT in trust) setelah berdoa kepada Allah.
Hikmahnya dari ujian ini, saya dapat rasakan Allah mencintai saya, kerana dari saya hanya solat fardhu, Allah ajarkan saya untuk solat Isthikarah, dari solat Isthikarah ke solat sunat Hajat dari solat Sunat hajat ke solat Tahajjud.
Malah zikir dan doa banyak diperbaiki dan ditambahi. Inilah makna ujian ini buat saya.
Kesimpulannya, saya masih cuba memahami maksud Allah SWT dari ujian ini. Saya dapat rasakan setelah ujian ini datang, saya lebih dekat dengan Allah SWT.
Jika ini hikmahnya maka ini bukan ujian tetapi kasih sayang Allah SWT pada saya. Seharusnya saya lebih bersyukur sebab dapat ujian ini.
Kepada tunangku, saya hanya mampu memperjuangkan mu melalui doa dalam solat malamku dan itu lah level tertinggi saya dalam menyayangimu, satu saat nanti, saya akan meredhakan kepergian mu juga.
Kepada readers, letakkan la harapan sepenuhnya pada Allah SWT, kerana jika engkau letak harapan pada manusia nescaya engkau akan kecewa. Amalkan zikir “Hasbunaallah Wanikmalwakil”.
Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa muslimin dan muslimat.
Assalamualaikum.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit