Tahajjud dan Mimpi

Assalamualaikum.. hai, nama aku Bulan, umur 30 an, sudah berkahwin, memiliki seorang anak. Dalam cerita ni, Bulan bukan ingin tekankan tentang mimpi Bulan, tetapi kelebihan tahajjud.

Ceritanya bermula, ketika Bulan di universiti, Bulan berkenalan dengan seorang lelaki yang Bulan namakan sebagai Awan.

Awan seorang yang baik, Awan senior Bulan yang banyak membantu Bulan dalam pelajaran,. Selepas Awan habis belajar, Awan dan Bulan putus kerana keluarga Awan tidak merestui hubungan ini.

Bulan yang undur diri, tetapi Bulan rasa sangat-sangat sedih dan kecewa, setiap malam pukul 3 pagi Bulan bangun tahajjud, memohon ketenangan daripada Allah.

Pada suatu malam, Bulan berdoa pada Allah lebih kurang doa Bulan, Ya Allah, Bulan teringin melihat gambar jodoh, tunjukkanlah gambar jodoh Bulan, sekejap pun takpe..

Malam tu, Bulan tidur, Bulan bermimpi ditunjukkan gambar, sekejap je gambar tu ditunjukkan, separuh badan sahaja, bentuk muka bulat, rambut lebat belah tengah.

Bulan cerita pada emak, tapi emak kata, anggaplah mimpi tu mainan tidur, emak risau jika Bulan reject lelaki yang tak sama dengan wajah dalam mimpi Bulan.

Selepas tamat belajar, Bulan bekerja dalam bidang yang diceburi, Bulan berkenalan dengan seorang lelaki yang Bulan namakan sebagai Bayu. Bayu seorang lelaki yang baik, bentuk mukanya petak dan rambutnya tajam2.

Awalnya Bulan menolak Bayu tetapi disebabkan kesungguhan Bayu dan ibu Bulan berkenan sangat pada Bayu, jadi Bulan pun terima Bayu.

Bulan dan Bayu bertunang agak lama iaitu 3 tahun, sebulan sebelum berkahwin, tempahan pelamin sudah siap, barang2 perkahwinan separuh sudah dibeli, tiba2 Bayu tidak mahu berkahwin dengan Bulan.

Bulan pujuk dan merayu pada Bayu, kerana memikirkan perasaan ibu bapa Bulan yang akan malu jika Bulan tidak jadi kahwin.

Saudara mara kebanyakan sudah tahu yang Bulan akan berkahwin pada tarikh tersebut. Bulan tidak tahu punca kenapa Bayu tiba2 berubah. Bulan bertanyakan sebab tetapi Bayu banyak berdiam diri.

Pada masa itu juga, Bulan diuji dengan ujian gangguan mistik, rumah sewa Bulan ada gangguan mistik, kadang2 dengar bunyi lelaki berdehem padahal Bulan tinggal dengan dua orang je housemate perempuan,

Tengah malam orang ketuk dengan kuat bunyi pintu bilik Bulan, sampai tak boleh tidur, tambahan pula Bulan tengah kecewa dan jauh dengan keluarga.

Disebabkan Bulan tengah kecewa sangat2, Bulan sentiasa bangun tahajjud pada pukul 3 pagi, Bulan berdoa kepada Allah SWT, Bulan diminta petunjuk kenapa tiba-tiba Bayu berubah.

Semakin hari gangguan Bulan semakin teruk, waktu petang Bulan akan gelisah dan sedih tiba2. Kawan Bulan yang hijabnya terbuka, merasakan ada sesuatu yang sering mengikuti Bulan.

setiap malam Bulan diganggu mimpi yang seram dan tidur yang tak lena. Tetapi Bulan tetap bangun tahajjud pukul 3 pagi. Mungkin syaitan tidak suka Bulan bangun tahajjud.

Kawan Bulan membawa Bulan buat rawatan islam, selebihnya Bulan buat rawatan sendiri. Pada hujung minggu, Bulan tumpang tidur di rumah mak saudara Bulan.

Mak saudara Bulan, masa tu belum ada anak lagi, ttc sudah lama, Bulan merasakan rumah makcik Bulan ada sesuatu, tambahan lagi makcik dan suaminya kerap bergaduh.

Pada malam jumaat, di rumah Bulan, Bulan tersedar daripada tidur, kemudian Bulan tiba2 terfikir untuk bawa makcik Bulan berjumpa ustaz yang merawat Bulan.

Tiba2 telinga Bulan berdesing dengan kuat, terdengar suara perempuan tua yang seram, memarahi Bulan, dia marah Bulan bawa makcik Bulan jumpa ustaz, kemudian dia menghina Bulan, kerana Bulan single dan sering ditinggalkan.

Bulan melawan balik Bulan cakap aku ada Allah dan Rasul, aku khalifah Allah di bumi ni, terus diam makhluk tu..

Bulan menangis, sebenarnya Bulan penat dengan gangguan bunyi suara, ketuk pintu, mimpi seram, bunyi garu di siling dan macam-macam lagi tambahan kepala pun rasa pening dan badan panas.

Bulan rasa nak demam, malam itu jam menunjukkan pukul 1 pagi lebih, Bulan gagahkan diri bangun tahajjud, kali ni Bulan rasa sangat2 sayu,

Bulan berdoa bersungguh-sungguh Bulan teringin mimpi bertemu dengan Rasulullah,

Bulan ungkit di dalam doa, masa zaman kanak-kanak dulu Bulan selalu baca doa mimpi bertemu dengan nabi dalam buku risalah doa, depannya gambar wanita bertelekung solat, tetapi Bulan tak pernah mimpi jumpa dengan Rasulullah.

Masa zaman kanak-kanak juga, Bulan selalu baca buku kisah nabi, setiap kali baca kisah nabi wafat Bulan akan menangis.

Selepas itu, Bulan tertidur dalam keadaan berselawat, Bulan bermimpi berada di dalam rumah yang banyak pintu, banyak cahaya yang masuk, tiba2 Bulan mendengar orang memberi salam dan meminta izin untuk masuk.

Bulan bisik di dalam hati “siapakah lelaki arab ini”. “Tak pernah ku lihat wajah yang sempurna ini”.

Memakai serban yang besar, baju jubah berwarna hijau pekat. Kening dan hidungnya terbentuk elok dan cantik. Matanya seakan bercelak, kulitnya putih, janggutnya rapi. Senyuman tak pernah lekang di bibir.

Katanya Bulan seorang yang taat kepada Allah dan rasul, dan kuat amalan. Katanya lagi, semasa kanak-kanak Bulan suka panjat pokok.

Ya, masa kanak-kanak Bulan suka panjat pokok buah dalam keadaan berbaju kurung, Bulan pernah terjatuh dalam keadaan kain kurung Bulan tersangkut, kepala Bulan dibawah, macam kelawar pula rasa.

Tetapi Bulan tidak cedera kerana jatuh di pasir. Ketika itu tiada siapa pun melihat Bulan. Beliau memberitahu tak lama lagi Bulan akan berkahwin dan memiliki anak. Akhir sekali, beliau meminta izin untuk pergi,

Bulan terkelu dan tidak mampu berkata-kata, tetapi hati berbisik “jangan pergi lagi”. Bulan tersedar dari tidur. Bulan bangun dan rasa tenang sekali. Demam pun rasa kebah.

Selepas beberapa hari, gangguan Bulan semakin berkurang, selain berzikir, baca ruqyah dan Al-Quran, Bulan kerap mandi air limau purut untuk mengurangkan gangguan. Pada waktu cuti Bulan pulang ke kampung.

Malam itu Bulan bermimpi melihat Facebook, Bayu bersanding begitu ceria di pelamin dengan pasangannya. Bangun dari tidur, Bulan anggap mimpi itu mainan tidur, kebetulan semalam adalah tarikh perkahwinan Bulan dan Bayu.

Petang itu, entah kenapa Bulan teringin melihat Facebook Bayu, terkejut Bulan apabila melihat Bayu bersanding di pelamin seakan sama dengan mimpi Bulan. Bulan sudah redha tetapi keluarga Bulan begitu marah dan sedih dengan tindakan Bayu.

Sepatutnya tarikh itu adalah tarikh pernikahan kami. Bapa Bulan yang memilih tarikh itu.

Beberapa bulan selepas itu, Bulan berkenalan dengan seorang lelaki yang Bulan namakan sebagai Bintang, wajahnya seakan sama dengan mimpi Bulan dahulu, bentuk mukanya bulat, rambutnya lebat.

Bulan bisik dalam hati, jika ia benar jodohku maka Allah akan permudahkan, Bulan hanya berharap pada Allah bukan lagi pada manusia.

Akhirnya Bulan dan Bintang menikah. Kini memiliki seorang anak. Manakala, mak saudara Bulan, Bulan bawa juga buat rawatan islam, seminggu selepas itu mengandung.

Kini memiliki dua orang anak. Kesimpulannya, selagi kita hidup, kita akan terus diuji, letaklah Allah SWT dan Rasulullah saw yang utama didalam hati.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *